"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, December 29, 2009

MUSUH GENTAR

"....dan ruku'lah kamu bersama orang-orang yang ruku'."


Gambar-gambar di atas dan di bawah di ambil dari carigold.com.

Musuh akan gentar kalau semua orang Islam benar-benar mengerjakan solat seperti yang di tuntut dalam alQuran, kerana solat yang baik akan mencegah sesaorang dari perbuatan mungkar.Saya mencari gambar-gambar seperti di atas kerana saya terbaca (di mana saya tidak ingat, rasanya disebuah blog) bahawa orang Yahudi akan gentar, sebenar-benarnya gentar, jika ia melihat solat berjemaah orang Islam diwaktu Subuh sama ramainya seperti di Solat Jumaat. Saya termenong sejenak selepas membaca dan cuba memikirkan implikasi kata-kata yang saya baru baca. Saya tidak pandai, dan amat cetek ilmu Islam dalam dada. Amalan apatah lagi! Belum boleh di kira orang yang soleh seperti yang dituntut dalam alQuran. Cuma hati saya amat gementar kerana ketakutan ketika membaca membaca ayat itu.Takut kerana setahu saya di Malaysia ini belum pernah saya mendengar cerita di mana-mana bahawa bilangan orang yang berjemaah diSolat Subuh menyamai bilangan orang yang berjemaah hari Solat Jumaat.

Saya rasa apa yang dimaksudkan ialah hakikat bahawa jika ramai yang solat Subuh berjemaah, ini bermakna bahawa besar kemungkinan mereka bersolat malam (bertahajud). Sebab itu mereka lebih bersedia untuk solat berjemaah ketika solat Subuh. Orang-orang yang demikian adalah orang yang terpilih di sisi Allah. MasyaAllah.Saya rasa amat terpinggir dibanding orang-orang seperti ini. Ini adalah kerana orang-orang yang bertahajud mendapat kurnia "kekuatan" yang luar biasa.

Saya diberi tahu oleh Ustaz bahawa solat malam (tahajud) merupakan solat sunat yang disebut didalam alQuran. Solat sunat yang lain-lain tidak tersebut. Lihat Surah al Muzzammil, ayat 1 hingga 8 yang bermaksud:
  1. Wahai orang yang berselimut
  2. Bangunlah dirikan malam (solat Tahajud) selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat)
  3. (Ia itu) Separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
  4. Atau pun lebihkan (sedikit) daripadanya, dan bacalah alQuran dengan 'tartil'
  5. (Saiyugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya kami akan menurunkan kepada mu wahyu yang berat (kepada orang yang tidak bersedia menyempurnakannya)
  6. Sebenarnya solat dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya,
  7. Kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya.
  8. Dan sebutlah(dengan lidah dan hati) akan nama tuhanmu (terus menerus malam dan siang) serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadanya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Dan lihat juga Surah Al Israk ayat 79 yang bermaksud:
       " Dan pada sebahagian dari malam hari bertahajudlah kamu dengan membacanya sebagai satu ibadah tambahan bagimu mudah-mudahan mengangkat Rab mu akan kamu pada tempat yang terpuji."
    Begitu penting sekali perintah Allah untuk orang yang beriman bersolat tahajud. Di bawah pemerintahan Khalifah Saidina Umar al Khatab, ustaz memberi tahu bahawa dalam satu riwayat Saidina Umar akan memerikasa bala tenteranya diwaktu malam untuk mengetahui siapa yang bertahajud. Tentera-tenteranya yang bertahajud akan ditempatkan dibaris hadapan kerana beliau tahu orang-orang ini mempunyai komitmen dan keberanian yang amat tinggi dan orang-orang ini jugalah yang mendapat tempat istimewa di sisi Allah swt. Cerita-cerita seperti ini pastinya diketahui oleh pihak musuh. Sebab itu saya kira orang Yahudi akan gentar dengan tentera Islam kalau mereka lihat bilangan yang solat Subuh berjemaah sama dengan bilangan yang solat Jumaat, kerana solat Jumaat itu fardhu ain dan pasti bilangan nya ramai.

    Namun saya kira musuh kita bukan luaran sahaja dan bukan yang berjasad manusia sahaja. Syaitan yang sentiasa mahu memerangkap kita juga akan gentar kalau kita selalu solat malam dan banyak membaca Quran seperti yang tersebut dalam ayat-ayat di atas.

    Wallahua'lam.



    "maha suci Allah yang maha tinggi"

    No comments:

    Related Posts with Thumbnails