"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, December 16, 2009

WAJAH - WAJAH 2


Tirai 2009 hampir saat penutupan. Ingatan suka duka setiap orang pasti ada sepanjang tahun yang berlalu. Maka mengikhlaskan yang duka dan mensyukuri yang suka adalah terbaik dalam menjejaki langkah untuk terus hidup dan berjuang dengan nama Allah dalam apa jua bidang yang diminati dan yang mampu diharungi dan dihayati. Dalam hidup kita Allah swt sentiasa memberi kita pilihan. Itu tanda kasih sayangnya yang tidak terhingga. Hanya kita yang belum cukup bersih hati nurani dan belum dapat mengenali dan menghargai peluang dan ruang itu sepenuhnya.

Kadang-kadang pilihan yang Allah beri sungguh tidak tersangka dan terduga. Sekali imbas peluang keemasan yang Allah beri terpampang dimata tetapi oleh kerana kita tidak melihat dengan mata hati maka kita tidak ternampak peluang dan ruang yang Allah beri untuk kita terus maju dengan memikul tugasan-tugasan yang boleh membawa kita lebih dekat dan terus dekat ke arahNya. Subhanallah. Kebesaran dan kekayaan Allah sering terlepas dari pandangan kita.

Saya sendiri cuba melatih diri dan mentarbiah hati semoga sentiasa peka akan kewujudan Allah di sisi kita. Usaha ini perlu pengukuhan atau "reinforcement". Justeru itu kita harus berada dikalangan teman dan rakan atau jemaah yang sentiasa dapat membimbing kita kearah mendekatkan diri pada Pencipta kita.




Dua minggu dulu anak angkat saya warga Acheh yang dahulunya melanjutkan pengajian di Malaysia dan kemudian ke Mesir telah datang untuk berubat di Hospital di sini kerana jangkitan kuman diparu-paru. Kini telah berumah tangga dan dikurniakan seorang puteri. Lima tahun hampir berlalu sejak kepulangan dari Mesir dan baru ini bertemu sebagai keluarga. Saya sangat insaf kerana jalinan kekeluargaan amat rapat sekali walaupun kami mengaku  keluarga angkat semasa ia sudah berumur dua puluhan. saya menyedari bahawa pertalian darah tidak semestinya menjamin kemesraan antara hati-hati manusia, walaupun ada pepatah Inggeris mengatakan "blood is thicker than water". Saya amat yakin bahawa jalinan ini Allah mesrekan kerana fikrah Islam yang didukung bersama. Itu kecantikan hidup dalam Islam dan kita harus bersyukur kerana Allah kurnia nikmat Isalm.


Beberapa hari dahulu  saya pulang dari lawatan kerja di Garut, Jawa Barat.Ia perjalanan selama 3 jam dari Bandung. Tujuan lawatan ialah melihat tapak untuk membina sebuah Pasentren modern.Saya ke sana  beserta rombongan dan ini membuatkan lawatan lebih bermakna.Sungguh cantik tapak yang telah dikenal pasti. Ia adalah tanah pertanian. Apa yang menakjubkan saya ialah penduduknya yang ramah dan baik hati. Melihat mereka kerja di ladang mengingtkan saya akan asal usul saya. Bapak saya berasal dari Solo, tetapi saya agak terkilan kerana tidak dapat menjejak "my roots" di sana. Tetapi peluang melihat petani yang berada di ladang ini adalah satu nostalgia bagi saya.Bapak saya juga petani, membanting tulang untuk membesarkan saya. Gambar-gambar dibawah ini melihatkan wajah wanita-wanita yang saya dapat bertanya khabar. Walaupun bekerja dalam panas, raut mukanya tidak menampakan kepenatan. Waktu sudah hampir waktu Zohor.Namun tenaga masih kelihatan kuat.

                                                                          Sambil mereka bekerja mereka "dihiburkan" dengan bacan ayat-ayat suci alQuran yang berkumandang dari sebuah Pasentren yang berdekatan. Alangkah bahagianya. Di dalam alquran ada disebut bahawa semua yang Allah cipta termasuk tumbuh-tumbuhan semuanya berzikir membesarkan Allah swt. Cuma kita tidak diberi tahu bagaimana bentuk zikir-zikir itu. Inilah bentuk "synergy" yang ramai kita tidak menyedari dan inilah yang membuat pengeluaran hasil tanah tidak mengecewaka. Saya belum ketemu kajian yang dibuat mengenainya, tetapi ada kajian yang dibuat mengenai penternakan lembu susu di mana apabila dimainkan lagu-lagu, lembu-lembu tersebut mengeluarkan lebih banyak susu. Baru-baru ini seorang kawan mengatakan petani Muslim menggantikan lagu-lagu dengan nasyid dan ayat-ayat suci. Walahu'alam. Saya tidak membacanya sendiri.




Cadangan projek ini akan dibiayai oleh sekumpulan korporat berjaya, gabongan individu dari Malaysia dan Indonesia.MasyaAllah. Gigih dan bersemangat waja mereka ini untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan mendapatkan pendidikan yang berquality dan relevan dalam dunia yang bersaing hebat, terutamanya dari segi ekonomi dan politik. Tetapi Pasentren ini akan beteraskan ilmu fardhu ain. Jika pembinaan Iman dalam Ruh di utamakan seperti disebut dalam Surah Lukman, maka Allah telah berjanji dengan ganjaran berbagai bentuk yang melempah-lempah.


Saya ingin merakamkan wajah salah seorang dari penaja projek ini, iaitu seorang wanita. Saya terharu dengan sifat lemah lembutnya tetapi tegas dalam usaha untuk mencapai cita-cita murninya membantu anak-anak miskin yang terbiar berkeliaran di pasar-pasar dan jalan-jalan mencari rezki bagi dirinya, dan mungkin juga bagi keluarganya.Kelihatan linangan air mata semasa menegaskan cita-citanya untuk membantu. Hak asasi anak-anak adalah tangongjawab kita bersama, terutamanya pemerintah. Kenapa agaknya masih terlalu ramai anak-anak bawah umur yang tidak terbela. Saya juga khuatir saya sendiri tidak terlepas dari pertanyaan RabbulJalil dalam hal ini.Maka itulah saya cuba mencari ruang-ruang dan peluang bagaimana saya dapat melepas diri. Semoga Allah memberi pertolongan.

Bersambung.....insyaAllah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails