"Ibarat mimpi, malam ini." kata suami tersayang. "Dapat bersalam dan berpelukan dengan ulama' terkenal,AsSheikh Yusuf Al Qardawi.Semoga mendapat barakah dan anak cucu mewarisi semngat juang tidak takut pada sesiapa melainkan Allah."
Malam ini tadi beliau memberi ceramah di Masjid Negeri Selangor di Shah Alam. Tidak pernah saya lihat seramai itu manusia membanjiri Masjid. Saya melihatnya sebagai satu kesedaran dan satu kesungguhan menyatakan kesyukuran bahawa masih ada seorang Ulama' di Bumi ini yang berani menytakan kebenaran walaupun ia dibenci oleh kuasa besar Amerika Syarikat dan lain-lain negara yang sekutu dengannya.Saya juga melihat peristiwa ini sebagai menyatakan rasa keyakinan dan harapan semoga akan ada ramai lagi personaliti seperti beliau agar musuh-musuh rasa gentar seperti mereka rasa gentar dengan As Syahid Ahmad Yassin pejuang hebat Palestin yang telah dibunuh oleh tentera Israel dengan tembakan roket walaupun beliau sudah uzur dan bergantung denagan kerusi roda.
Antara peserta yang khusyuk mendengar ceramah beliau.
Bertuah sungguh rakyat Malaysia mendapat peluang seperti ini walupun sekadar melihat wajahnya di skrin yang tidak cukup besar. Ramai yang membawa anak-anak kecil dan oleh kerana saya duduk di sebelah belakang saya dapat merasai kegigihan ibu-ibu muda bersusah payah cuba mengawal anak-anak yang dibawa bersama. Saya yakin ada diantaranya yang akan ingat peristiwa ini dengan ilham Allah jua.
Dalam pada itu saya tertanya diri sendiri sama ada generasi yang agak muda yang datang ke Masjid ini malam tadi adalah juga sebahagiannya yang pergi ke Jom Heboh. Jika ada maka adalah peluang generasi ini akan mula sedar bahawa yang baik tidak boleh bercampur dengan yang batil. Dan semoga yang batil akan mula terhakis jika kita berusaha dengan lebih kuat lagi untuk merangka dan melaksana program seperti ini. Namun apa jua perubahan yang hendak dihasilkan semestinya memerlukan pendekatan yang "systemic" untuk memastikan keberkesanan hasilnya.
Buat kali ini pihak penganjur tidak membenarkan orang ramai bersalaman dengan Sheikh Al Qardawi kerana beliau agak uzur kerana sudah lebih dari 80 tahun umurnya. Suami tersayang diizin Allah berada di belakang kerusi tempat beliau duduk dan tidak dihalang oleh sekuriti bila beliau cepat-cepat memohon untuk dibenarkan bersalaman. Suami saya dapat bersalaman sebelum peraturan tidak bersalaman dikuatkuasakan. Bukan sahaja bersalaman tetapi suami dapat mengelus janggutnya sebagai tanda hormat, kagum dan ksih pada seorang yang wara' dan tinggi ilmunya. Ia gembira dan mungkin inilah kegembiraan yang hanya sekali seumur hidup.
As Sheikh Al Qardawi beceramah mengenai Hijrah Rasulullah saw. Bukan pertama kali kita mendengar ceramah Hijrah. Tetapi ceramah seorang Ulama' besar didengari dengan penuh minat. Tua dan muda sama-sama terpaku perhatian.Inti pati ceramah ialah mengenai perlunya kita membina iman dalam diri untuk menjalankan kerja besar seperti contoh Rasulullah saw dalam melaksana arahan wahyu untuk berhijrah. Tanpa iman yang kental tidak mungkin kita akan mendapat pertolongan Allah swt. Contoh terdapat dalam Sirah Rasulullah saw yang banyak menceritakan peristiwa tentera Islam di bantu Malaikat dari langit dalam memerangi musuh dan mencapai kejayaan walaupun bilangan tentera Islam jauh lebih kecil dibanding dengan tentera musuh.
Begitu juga dengan peristiwa Hijrah. Di dalam al Quran Allah meyakinkan melalui Rasulullah akan sahabatnya Saidina Abubakar supaya jangan khuatir dan bersedih untuk meneruskan penghijrahan kerana Allah tetap bersama. "La Tahzan. InaLLaha ma'na." Inilah pengajaran paling mahal dalam perjuang Islam yang tidak mengira tempat dan zaman.La tahzan seharusnya dijadikan pegangan bagi kita semua untuk membina semangat berani dalam perjuangan. Allah tidak akan mensia-siakan usaha mereka yang beriman dan benar-benar ikhlas.Ya Allah jadikankan kami seperti orang-orang 'muhajirin' yang engkau telah restui perjuangan mereka. Amin.
No comments:
Post a Comment