"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, December 17, 2009

TELAH BERLALU LAGI....



Setahun lagi telah berlalu, kini Hijrah 1431. Saya baru pulang dari Masjid Negeri di Shah Alam. Tahun baru Hijrah telah disambut dengan Minggu Du'at untuk rakyat yang ditaja oleh JAIS dengan kerjasama Badan-Badan Sukarela (NGO) negeri Selangor. Ia telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar setelah solat Maghrib. Pada petang tadi NGO telah di beri taklimat mengenai kedudukan aktiviti Dakwah Islam di Negeri Selangor. Bilangan da'i amat tidak mencukupi. Kita telah Merdeka selama 52 tahun tetapi masaalah kekurangan ini belum dapat diatasi. NGO diminta memberi pandangan sewajarnya.

Sebagai individu saya berfikir bersendirian sama ada kedudukan ini disenghajakan kerana ada unsur-unsur sabotage dari luar dan dari dalam yang tidak disedari. Polemik pemahaman erti sunnah waljamaah pun belum ada redanya. Namun usaha untuk memberi kefahaman yang mencukupi mengenai Islam belum dapat memberi kepuasan kepada semua. Ini adalah kerana bilangan bijak pandai Islam atau bilangan ulama' di negara ini belum mencukupi, dari segi bilangan dan dari segi qualiti. Saya membuat pemerhatian, dan saya harap pemerhatian saya ini salah, bahawa di Malaysia ini bilangan ulam' yang ada telah wujud dengan tidak disenghajakan. Ia seolah-olah secara kebetulan. (Ulama' in Malaysia exist by accident, and not by design). Tidak ada usaha oleh pihak-pihak yang berkenaan untuk mempelawa pelajar-pelajar yang terbaik dalam peperiksaan dengan bilangan keputusan A nya yang luar biasa untuk mengikuti jurusan Agama. Pandai dalam Agama tidak dipandang hebat. Oleh itu akibatnya ialah apa yang kita lihat sekarang ini. Saya khuatir nanti Islam seolah-olah terpinggir. Islam gagah hanya dibibir sahaja, tidak pada realitinya.

Mungkin di luar negera pun demikian. Jadi bagaimana kita akan menang berhadapan dengan musuh-musuh Islam. Siapa yang harus dipersalahkan.

Hijrah belalu lagi. Semoga kita dapat memenuhi janji kita dengan Allah seperti dalam alQuran Surah Al A'raf, ayat172 yang bermaksud : (Ingatlah wahai Muhamad) ketika Tuhan mu mengeluarkan Zuriat anak-anak Adam (turun temurun) dari tulang belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya dengan firmanNya) "Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab, 'Benar' (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi" yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Qiamat kelak : "sesungguhnya kami adalah lalai, (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat Tauhid ) ini."

Semoga Allah merestui doa kita untuk menjadi Muslim Mukmin yang terunggul di sisiNYa.
Allahumma Amin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails