"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, December 17, 2009

"KEPADA BUNGA KU BICARA"

Ia tajuk sebuah novel yang ditulis oleh EeR Asura. Pembelian buku ini mencetuskan pemikiran pada diri sendiri betapa dalam dunia ini sesuatu lorong penghidupan masih boleh dilalui walau sesempit dan sekecil mana sekalipun, asalkan kita punya komitmen dan keikhlasan yang tulin demi kerana Allah. Kami mengambil masa lebih satu jam mencari sebuah kedai menjual buku yang diminta pergi oleh anak seorang ahli rombongan yang beserta dalam lawatan kerja yang kami lakukan ke Garut dan Bandung baru-baru ini. Itu dengan menggunakan sistem GPS yang tercanggih ketika ini yang digunakan seorang teman yang memndu kami sekeliling bandarraya Bandung itu.



GAMBAR DI HADAPAN KEDAI YANG TIDAK DISANGKA KEDAI


KAWAN-KAWAN YANG PERGI BERSAMA

Sudah tersangat lama saya tidak membaca apa jua novel. Saya beli buku ini kerana sebelum sampai ke kedai tersebut kami bercerita dalam kereta mengenai betapa indah kalau kita boleh bersastera dalam penulisan. Seorang teman berkata seperti :'melalui bulan aku mengirim kasih' dan berbagai lagi ungkapan seperti itu. Tiba-tiba di kedai ini kami terjumpa buku dengan tajuk di atas. Kami rasa teruja lantas saya membelinya. Di rumah, saya hanya membaca bahagian pertama sahaja untuk mengetahui kenapa berbicara kepada bunga. Rupanya antara watak utama dalam novel ini suka pada bunga-bungan dan menanamnya menjadi satu kesukaan.Dan dalam membentuk plot cerita, bunga menjadi sasarannya. "Mengapa seorang lelaki sukakan bunga. Itu tidak memberi image seorang lelaki yang sepatutnya gagah". Lebih kurang itu menjadi sebab seorang ayah memaksa anak lelakinya menjadi seorang yang berjaya dalam angkatan tentera. Kesudahannya saya tidak tahu sebab saya tidak habis membaca.

Di sini saya hanya ingin berkongsi pengalaman mengenai betapa dalam hidup ini kita berhadapan dengan berbagai karenah yang boleh melencongkan pengendalian bahtera impian kita.Saya berpendirian tidak mengapa jika impian kita tidak tercapai asalkan sahaja kita dapat memahami peristiwa-peristiwa dalam laluan itu dan dapat menimba dan merasai kebijaksanaan dan hikmah dalam proses itu.

Dalam hidup ini kadang-kadang jalan yang kita lalui itu luas dan kadang-kadang sempit. Tetapi tidak bererti yang luas itu baik dan yang sempit itu buruk. Biasanya jalan menuju Allah sememangnya sempit kerana banyak peraturn dan undang-undang yang mesti dipatuhi. Seolah-olah hidup menjadi sukar. Tetapi eluk kita ikut pepatah : "Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ketepian. Bersakit-sakit dulu, Bersenang-senang kemudian".
Semoga Allah sentiasa melapangkan hidup kita. Semoga kita sentiasa dalam redhaNya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails