"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, December 21, 2009

MENGGAPAI IMPIAN 1


Going to Garut in West Java has never been my dream. I didn't even know where Garut is on the map and never even knew it existed. I never had the slightest idea that Garut is a beauty in its own right. The city is congested but the country side is heavenly.

"If you don't have a dream, how can you have a dream come true." Itu kata-kata pujangga Inggeris. Sedap didengari, ada betulnya tetapi kurang signifikannya. Tetapi tidak mengapa untuk diguna sebagai mukadimah bicara kita.

Setiap orang ada impian, tidak kira bentuk impian itu dan tidak kira besar atau kecil sebuah impian itu kerana impian adalah suatu yang relatif sifatnya. Saya bersama rombongan pergi ke Garut baru-baru ini untuk meninjau bagaimana sebuah Pasentren modern boleh didirikan sebagai satu usaha untuk mendidik dan mentarbiah generasi akan datang supaya mencapai satu tahap kejayaan yang unggul yang relevan untuk kehidupan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.Dan semoga dengan usaha yang kecil dan kerdil ini Allah akan menunjuk jalan bagaimana generasi Muslim Mukmin akan datang dapat menerajui kepimpinan di muka bumi ini seperti yang dijanjikan dalam alQuran surah An Nur ayat 55.

"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh diantara kamu (wahai umat Muhammad): bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di Bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka : khalifah yang berkuasa, dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka ; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh) : mereka terus beribadat pada Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Ku dan (ingatlah) siapa yang kufur engkar sesudah itu, maka merekalah itu orang-orang yang fasik"


Dan musuh-mush Islam tidak akan lagi memperlekeh umat Islam di muka bumi ini.Menghayati ayat di atas bukan suatu yang mudah. Ini bukan tugasan yang yang boleh diambil ringan dan kami  amat menyedari hakikat ini. Kami menyedari juga  bahawa usaha ini adalah sebahagian kecil dari perancangan yang seharusnya lebih besar. Ia seharusnya didukung oleh seramai kumpulan yang berkemampuan, terutamanya dari segi pemmbiayaan wang ringgitdan kepakaran dalam ilmu-ilmu tertentu.


Pemegang amanah projek ini juga meminta kami merangka projek dan melaksana program pendidikan dan latihan yang mengambil kira tanggongjawab membela hak asasi kanak-kanak bawah umur.Di daerah Garut terdapat ramai lagi anak-anak kecil yang terbiar dan terpinggir dan seharusnya mendapat pembelaan yang sewajarnya.


 
Bilamana saya sampai di lokasi pembinaan projek, saya rasa amat insaf betapa Allah telah menemukan saya dengan kawan satu jemaah yang menjadi laluan Allah memberi saya ruang dan peluang untuk merealisasikan projek ini. Sebenarnya saya dan suami mempunya cita-cita untuk membina sebuah Institusi AlQuran dengan objektif yang agak serupa.Cuma kami ingin melanjutkan nya ke peringkat University. Cita-cita itu hingga kini belum tercapai, Allah belum izin. Tetapi suami dan saya serentak berfikiran bahawa dengan peluang membina pasentren ini dalam satu jemaah,  kita dapat satu jalan alternatif yang Allah tunjuk untuk mencapai cita-cita itu. Saya memberi tahu kawan saya bahawa saya rasa amat "terhutang budi" kerana mempelawa saya untuk menjadi sebahagian dari kumpulan ini yang dilantik untuk membuat kerja-kerja perancangan dan perlaksanaaan. Saya terus teringat akan prinsip yang sentiasa saya pegang bahawa Allah tidak membuat dunia kita ini sempit dan justeru itu jangan kita yang menyempit-nyempitkannya. Alhamdulillah, rahmat Allah datang dalam berbagai rupa dan bentuk. Saya bersyukur dan berdoa semoga tugasan yang mendatang ini akan membuat saya lebih insaf dan lebih khusyuk dan tawadhuk menghayati kewujudan Allah yang Maha Esa.

keadaan di lokasi tapak projek. (bersama petani)
perbincangan sedangan berjalan
semoga Allah memudahkan segalanya

Akan bersambung, insyaAllah untuk fasa 2 perancangan dan perlaksanaan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails