"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, December 26, 2009

MENGAKHIRI 2009.




Saya agak kepenatan hari ini, tetapi rasa seronok dapat membantu seorang rakan yang sibuk berkerja mengendali program Jati Diri bagi sekumpulan remaja di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Aktiviti menutup tirai 2009 ini amat mencabar dari segi kami kekurangan pembantu kerana musim cuti dan terpaksa beroperasi dengan bujet yang terhad.

Remaja Peserta Program dengan Fasilitator Utama.




Malam tadi kami tidur di pejabat rakan ini yang tidak pernah berlaku semasa bekerja dulu. Betapa insaf rasa dihati kerana suasana kerja sukarela sememangnya tidak selesa. Tetapi bila mengingat bagaimana pejuang-pejuang Islam berfikir dan bekerja mengguna tenaga dalam keadaan yang serba kekurangan dan dalam keadaan yang tidak selamat, maka rasa penat dan sakit badan tidur di atas simen tidak menjadi suatu yang dikesali.
Game yang cuba menunjukan betapa penting mensyukuri nikmat kurnia Allah, seperti adanya tangan. ( menyusun kerusi tanpa menggunakan tangan)

Malahan timbul rasa kerugian kerana tidak benar-benar duduk dalam suasana seperti yang dirasa oleh pejuang-pejuang yang mengabdi diri tidak kira siang atau malam, sejuk atau panas dan kenyang atau lapar. Dalam hati berdoa semoga usaha yang kerdil ini untuk mencorak minda anak-anak remaja supaya waspada bahawa kita sentiasa diawasi oleh yang maha Berkuasa mendapat perhatian Nya. Tidak sesaat pun kita bebas dari pengawasan.Dan proses mendidik hati untuk mencapai tahap muraqabbatullah seharusnya dimulai dari kecil dan seawal mungkin. Semoga Allah memudahkannya.



Setiausaha Kerja MAWADDAH sebagai MC


Malam tadi saya juga rasa seronok kerana ada dua anak muda yang belum berumah tangga berusaha kuat membantu kami menjayakan program jati diri ini. Dalam interaksi semasa bekerja saya dapat merasai bahawa dua anak muda ini ada potensi kepimpinan dan semangat sukarelawan. Saya menyedari bahawa dalam masyarakat kita kini kerja gotong royong dan kerja sukarela sudah amat berkurangan dan disetengah tempat sudah agak pupus dan tidak ada lagi kesan-kesan semangat tersebut. Hari demi hari masyarakat kita makin menjadi masyarakat kebendaan. Kenapa dan mengapa saya pun kurang mengerti. Mungkin tidak ada program pengukuhan kepada nilai-nilai murni yang telah cuba diterapkan oleh pihak-pihak yang berkenaan seperti Kementerian Pendidikan.


Saya merasakan seperti secara disenghaja atau tidak disesenhaja ada pula pihak yang menghakis nilai-nilai ini menerusi program-program hiburan atau ala hiburan yang kurang perhatin dan kurang sensitif kepada isu ini. Sama-samalah kita fikirkan hal ini dan cuba menganganinya sebelum betul-betul terlambat dan menjadikan masyarakat kita kaya raya dan selesa dengan kebendaan tetapi papa kedana denagn nilai-nilai murni dan nilai-nilai Islami.


Gambar VIP yang hadir bersama Timbalan Pengerusi MAWADDAH






Saya mengharapkan dan berdoa tahun Masehi 2010 akan membawa perubahan kepada minda kita semua untuk berhijrah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik, untuk menghargai dan mensyukuri segala nikmat yang Allah swt telah limpah kurnia dan untuk menyaderi hakikat bahawa Allah sedang rata-rata menguji kita semua ( iaitu Malaysia) dengan kemewahan dan keselesaan dan pujian-pujian yang mengatakan Malaysia adalah negara Islam yang harus dicontohi dan berbagai lagi. Semoga kita ingat bahawa syaitan durjana sentiasa menghiasi perbuatan-perbuatan mungkar agar ia nampak cantik untuk dilihat dan dihayati. .

Program Jati Diri ini tamat jam 2 petang dan dengan kehadiran pemimpin peringkat kerajaan negeri Selangor adalah diharapkan banyak lagi program boleh dilaksana dengan dengan ramai lagi remaja yang amat perlu dibimbing supaya menjadi generasi pelapis yang mantap dari segi kepakaran dan Iman.


No comments:

Related Posts with Thumbnails