"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Friday, December 18, 2009
JANJI KITA PADA ALLAH SWT.
"Alastu birrabbikum........" Lihat janji taat setia hamba pada Maha Penciptanya dalam alQuran, Surah Al A'raf ayat 172. Di alam Ruh lagi kita sudah berjanji dan bersaksi bahawa mentauhidkan Allah itu tidak ada tolak ansurnya.
Pagi ini saya teringat lagi perbincangan Badan-badan Sukarela (NGO) dengan pihak JAIS dan YB Dato Dr. Hassan Ali, Ex-Co Kerajaan negeri Selangor petang kelmarin. Antara isu pokok yang dibangkitkan ialah mengenai perlunya diperbanyakkan lagi bilangan para Da'i di negeri Selangor ini agar gerakan dakwah menjadi lebih kuat dan berkesan. Diambang menjelangnya Hijrah 1431 saya membangkitkan antara lain soal kekurangan guru-guru yang benar-benar mahir dalam Bahasa Arab. Apabila Kerajaan negeri Selangor menyerahkan sekolah Menengah Agamanya kepada kerajaan Persekutuan, maka berkuranganlah bilangan pelajar yang akan berpotensi dalam menguasai bahasa Arab kerana dalam Akta Pendidikan bahasa penghantar mata pelajaran harus dalam Bahasa Malaysia.(Ini benar semasa saya dalam perkhidmatan dahulu). Saya bertanya siapakah sebenarnya yang bertanggong jawab mempromosi Bahasa Arab di negara kita ini. (Who is the Custodian of the Arabic Language in Malaysia). Adakah kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Walauapa pun, jika Bahasa Arab diketepikan atau dipinggirkan maka sudah pasti tindakan itu seperti meminggirkan agama Islam. Ini adalah kerana tidak ada Bahasa Arab, maka tidak ada Islam.
Kepakaran dalam bahasa Arab harus bermula dari awal lagi. Itu yang terbaik. Ini termasuk mempelajari sastera Arab sebab jika kita tidak memahami sastera dan budaya Arab, maka kefahaman kita dalam bahasa arab belum boleh dikira sebagai cemerlang. Oleh itu mungkin kita boleh "berhijrah minda" dengan memikirkan bagaimana kerajaan negeri boleh menerajui dalam membina kepakaran da'i yang cemerlang terbilang, bukan sahaja dalam ilmu fardhu ain tetapi juga dalam ilmu fardhu kifayahnya. Bagaimana kalau kita mengambil langkah membina semula, atau membina balik sekolah-sekolah menengah agama negeri mengikut acuan dan aspirasi kerajaan negeri, iaitu menegakan yang Hak, iaitu Islam. Ini adalah prinsip HIJRAH Rasulullah saw semasa berhijrah kerana ini adalah Wahyu Allah, iaitu untuk menegakkan Islam. Jika kita perlu meminda undang-undang civil, maka kita buat.
Teringat saya semasa bekerja dahulu bagaimana Kolej Tunku Abd. Rahman "mengatasi" masalah undang-undang dan peraturan. Dahulu KTAR tidak boleh mengeluarkan graduan peringkat Ijazah. Mereka akur. TETAPI mereka menyediakan pelajar-pelajar untuk mengambil keluluasan "external degree". Datangnya sama juga. Bagaimana? Mereka yang berkenaan harus melihat ini. Oleh itu sekarang kita pun boleh berfikiran "songsang". (Reverse thinking). Pasti ada jalan keluar dalam hal ini sebab ini perintah Allah untuk tegakan Islam. "Buat apa yang Aku suruh, Rahmat Ku akan bersama". Pasti Allah akan menurunkan pertolongan. Ini prinsip yang telah diajarkan pada saya, pastinya benar. Apa jua yang melawan arus pasti susah. Tetapi sememangnya JIHAD itu suatu yang susah. Berjaya atau tidak berjaya itu bukan perkara penting. Allah menilai kita melalui USAHA kita, dan bukan hasilnya semata-mata.
Satu perkara tambahan yang saya ingin kongsikan lagi di sini ialah mengenai memanjangkan tahun persekolahan. Iaitu tambah sekurang-kurangnya setahun lagi. Pelajar-pelajar akan tamat sekolah menengah umur 18 dan bukan 17. Saya berpendapat ini perlu kerana dalam menintegrasikan kurikulum pendidikan ia memerlukana masa tambahan. Hanya dengan cara ini sahaja pengisian ilmu boleh dimantapkan. Usaha kita janganlah seperti "melepas batuk di tangga". Jangan kita mengambil sikap "Touch and Go".
Saya percaya apa yang saya perkatakan ini perlu dihalusi. Semasa bekerja dahulu saya sudah mencuba memperakukan sebahagiannya. Tetapi tidak berjaya. Tetapi ketika itu "suasana" berlaian dan sekarang sudah banyak perubahan kefahaman oleh rakyat sendiri. Mungkin inilah masanya untuk mencuba apa yang belum pernah dicuba.
Wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment