Tidak sah rasanya kita meninggalkan Hijrah 1430 dan Masehi 2009 tanpa mengingati saudara kita di Palestine.Wajah yang ada ini menampakan mata yang berhujah seribu kata asal sahaja kita mahu mendengarinya. Musuh durjana masih mengepung mereka. Itu bererti kita juga rasa terkepong. Persaudaraan dalam Islam seharusnya menghayati : "Cubit peha kiri Peha kanan sakit juga". InsyaAllah kami akan terus mencari jalan membantu semampu kekuatan dan keupayaan kami.
Imej diambil dari sini
Sebagai penghargaan kami sebagai NGO yang peka kepada hal ehwal wanita dan kekeluargaaan saya paparkan wajah-wajah wanita yang banyak berkorban untuk memberi cahaya kebahagiaan kepada mereka yang "senasib" dengannya. Allah telah meletakan wanita di tempat yang istimewa. Banyak ayat-ayat alQuran yang telah merakamkan keistimewaan ini. Kita meraikannya dengan mencatat beberapa peristiwa pengalaman yang menyedarkqn kita betapa sebenarnya Allah itu maha adil, maha pengasih, maha penyayang dan maha mengetahui isi hati hamba-hambanya.
Yang kiri ini ialah wajah seorang ibu tunggal yang akan terus tinggal keseorangan rasanya.Suaminya ditakdirkan sakit jiwa dan telah membunuh (menyembelih) kesemua 3 orang anaknya. Dia di hospital sakit jiwa sekarang ini. Pertubuhan Mawaddah membantunya sedaya yang dapat. Ia diberi latihan membuat kerja-kerja kraf tangan untuk dijual. Sekarang dia melatih yang lainnya pula. Yang saya kagum ialah sifat kesabarannya. Dahulu dia bekerja sebagai pembantu rumah. Tetapi sekarang ia diperlukan untuk menjaga ibunya yang uzur dan keseorangan.Namun sesekali ia akan kami jemput ke Shah Alam untuk membantu kami dalam mempromosi kraf tangan bahan-bahan kitar semula.
Badan NGO di mana saya menjadi ahli, amat peka dengan masaalah seperti ini dan telah mengambil langkah untuk membantu. Beberapa projek telah dijalankan. Selain daripada mengajar wanita-wanita membuat kraf hiasan daripada bahan kitar semula, Mawaddah juga mempromosi seni ikat manik-manik yang digubah penuh kehalusan dan dapat dijual untuk meninggikan taraf ekonomi keluarga.
Di bawah ini wajah wanita dan anaknya yang bergiat membuat dan mengajar wanita-wanita lain membuat kerjatangan dari manik-manik.. Mulanya saya menyangka ini adalah industri kecilan tetapi rupa-rupanya ia boleh menjadi suatu yang besar asalkan sahaja kita ada modal yang mencuckupi. Design disediakan oleh syarikat jepun dan kita hanya mengikut design yang ada.
NGO Mawaddah juga bekerjasama dengan NGO lainnya seperti Badan Amal Kami Prihatin dan GAPIS,(Gabongan Pendakwah Islam Selangor) dalam melaksana beberapa projek kekeluargaan. Baru-baru ini kami beserta denga JAIS mengadakan program Kasih Keluarga sempena minggu du'at negeri Selangor. Sehubungan ini saya ingin memperkenalkan seorang tokoh motivasi keluarga dalam blog saya kerana is sunggung pintar menyusun kata dan idea. Beliau ialah Kak Su.(Suzana bt Ghazali). Masih muda tetapi matang ideanya. Beliu juga seorang peguam Syarie. Saya yakin kepakarannya boleh dimunafaatkan oleh mana-mana kumpulan jua.
Beliau boleh di hubungi di Bina Bahagia Srvices 013-2545965 atau di emel : suzanaghazali@yahoo.com. Beliau punya blog : http//bersamasuzana.blogspot.com.
Sekarang kita beralih pula pada wajah anak-anak.Dalam program minggu Du'at, kami aturkan acara anak-anak, iaitu melukis kad dan mewarna serta menulis kata-kata yang ditujukan pada ibu bapa untuk menyatakan kasih sayang dan penghargaan mereka pada keduanya. Pada pemerhatian saya selain dari tidak pandai melukis, anak-anak ini nampak tidak spontan dalam meluahkan perasaan kasih sayang pada ibu bapa. Adakah ini disebabkan budaya atau adakah ini kerana kurang interaksi anatara ahli dalam keluarga.InsyaAllah NGO kami akan cuba mengadakan program dan aktiviti yang menjurus kearah menjalin kasih sayang dalam keluarga dan saudara dalam Islam.
Satu aktiviti lain yang kami adakan ialah aktiviti "mengikat kasih". Secara simbolik kami minta anak-anak memasukan manik-manik yang berbagai bentuk dan warna kedalam tali seolah-olah membuat rantai. Kami jelaskan supaya menyatakan setiap manik itu mewakili orang-ornag yang mereka sayang termasuk guru, sahabat handai, jiran dan saudara mara yang jauh. Dengan cara ini kami cuba menyedarkan bahawa dalam Islam kasih sayang bukan setakat keluarga terdekat tetapi termasuk siapa jua yang dilihat sebagai penting dalam menjalani hidup ini. Mungkin anak-anak belum memahami sepenuhnya aktiviti ini tetapi adalah diharapkan sedikit sebanyak mesej yang kami cuba utarakan itu akan terlekat dihati sebahagiannya.
Kemudian kami hargai usaha mereka. Perbuatan memberi penghargaan patut disemai kerana ini adalah adab perhubungan antara manusia yang harus diteruskan. Ia dapat mengukuhkan dan meyakini harga diri, satu aspek penting dalam proses membentuk jati diri.
Itu dulu buat kali ini.Wajah-wajah yang tidak tercatit bukan bererti kurang signifikannya, tetapi kita simpan dalam rekod munkin untuk masa akan datang. Sementara itu kita berdoa semoga Allah mudahkan usaha menambah ilmu didada, memperkukuh iman dan menerima amalan kita sebagai amal soleh jua.
Allahuma Amin.
No comments:
Post a Comment