"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, January 6, 2014

Muram tetapi penuh kepuasan...





Alhamdulilah...Lima hari dan empat malam saya di Kuching, Sarawak dari 26 hingga 30 Disember 2013. Setiap hari cahaya matahari tidak kelihatan.... hujan semanjang, kesejukan.....

Saya ke Kuching bersama teman atas jemputan Wanita PBB untuk mengadakan bengkel motivasi Jati Diri bagi ahli-ahlinya di sekeliling Satok. Rasa teruja bermula dari KLIA menaiki Pesawat Malindo buat kali pertamanya. Tetapi apabila disambut dengan hujan hingga kemalam saya rasa agak muram.....tandanya hati yang belum jitu mensyukuri nikmat Hujan yang Allah turunkan dengan berbagai hikmah. Mohon keampunan Mu ya Rabb..

Malam itu saya berbicara dengan diri sendiri penuh hati-hati. Esuknya saya akan berhadapan dengan sekumpulan pemimpin masyarakat diperingkat grassroots yang saya belum pernah berpengalaman bersama mereka. Itu membuat saya berfikir-fikir walaupun sejarah saya ke Sarawak bermula dari tahun 1974. Masih muda belia ketika itu maka saya tidak takut mengharung sungai Baram dan sungai Rejang yang ganas dengan kelajuan arus yang membahayakan. Benar kata setengah orang: Tetekala muda nampak seperti  tiada yang bahaya.

Semasa bertugas membina sekolah-sekolah di Sarawak dalam tahun akhir tujuhpuluhan dan awal lapanpuluhan, ada kalanya saya memberanikan diri berjalan kaki merentasi kampung di pinggiran hutan mecari tapak sekolah yang bersesuaian, menaiki kapal terbang kecil dan helikopter demi menaikan taraf kebajikan anak-anak dalam pendidikan. Saya mengimabas kembali pengalaman saya bekerja kuat tanpa mengira panas atau hujan, tanpa kemudahan tandas dan bekalan air yang biasa digunakan. Satu pegalaman yang kini membuat saya insaf bila bercerita tentang pembangunan dan perjuangan.....

Rupa-rupanya Allah memberi saya peluang berbakti pada kemanusiaan.......

Saya senyum sendirian. Sayu mengenangkan kali ini  saya ke Sarawak kederat kemampuan badan sudah jauh meninggalkan. Gua-gua Nyiah yang pernah saya dan teman-teman terokai satu ketika dulu tinggal hanya kenangan.  Bagaimana sekarang mahu berhadapan dengan kumpulan yang mempunyai berbagai harapan.



Pagi esuknya saya fokus fikiran pada tujuan mahu berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu pengetahuan. Saya yakinkan diri bahawa kurangnya kederat tidak akan menggangu gugat keterbukaan minda dan kesungguhan dalaman. Walaupun pengalaman bukan penentu segala usaha, sekurang-kurangnya ia dapat dijadikan pencetus permulaan bicara......bicara hati kehati sesama wanita.



Nama bengkel adalah Mawaddah wa Rahmah dan ia dikendali oleh kumpulan Mawar PBB. Kelihatan di sini dengan sebahagian peserta yang mahu merakam peristiwa. Mereka kelihatan  teruja. Saya sendiri tidak aktif berpolitik, tetapi saya minat fikiran politik, di tempat sendiri dan di luar sana. Islam itu syumul dan politik tidak boleh dilihat berasingan. Maka saya tidak sangat rasa asing berada disekeliling ahli yang berkecimpung dalam politik tempatan. 

Saya hanya berperanan membantu teman saya. Dia sering memberi ceramah pada kumpulan wanita di sana sini apabila bersara awal dari perkhidmatan awam. Tujuan bengkel ialah untuk membina keterampilan dan keperibadian ahli dan bagaimana berperanan sebagai pemimpin dalam organisasi khusus di sini pertubuhan wanita PBB. Saya katakan bahawa kita semua adalah pemimpin dan harus tahu berperanan lengkap melengkapai anatara satu sama lain. Kita berpolitik bukan untuk mencari keuntungan diri tetapi untuk menegakan Kebenaran di kalangan ummah. Berparti politik adalah salah satu laluan  dan ia bukan tempat merencana dan menjana  kepentingan.

Kami tekankan keutamaan berjemaah kerana untuk meraih kemenangan ummah kita tidak boleh wujud  bersendirian. Kekuatan akan menjadi lebih jitu jika ahli jemaah bersatu padu. Tidak ada elemen kotor dalam politik. Cuma setengah ahli berperangai kotor dalam berpolitik kerana hanya mahu mencari keuntungan diri.

Kita berbengkel selama 2 hari setengah. Program malam adalah pengisian oleh seorang ustaz yang berkisar berkenaan Aqidah. Alahamdulilah. 




Majlis Perasmian Penutup di sempurnakan oleh YB Senator Dato Hajah Dayang Madinah bte Tun Abang Haji Openg, timbalan ketua wanita PBB Pusat dan di atas ini ia di tengah-tengah bertudung Kuning. 

Di akhir bengkel kami diberitahu bahawa peserta berpuashati dengan cara kami mengendali bengkel. Alhamdulilah.  Yang baik datangnya dai Allah. dan Kesyukuran hanya ke hadrat Allah kerana hanya DIA yang menilai hati-hati kita. 

Maka walaupun cuaca muram, ia berakhir dengan kepuasan bagi semua. Ramai juga yang menitiskan air mata  sayu kerana hubungan kami  sudah menjadi mesra dan rasa tidak mahu berpisah selamanya.  Maka kami diingatkan bahawa bertemu dan berpisah itu hanya kerana Allah. Maka mereka semua senyum tertawa.

Perjalanan perjuangan mereka masih jauh. Rata-rata mereka berumur awal empatpuluhan atau mungkin lewat tigapuluhan dan semoga mereka mendapat munafaat pengalaman bersama. (East meets West). Saya yakin mereka mula memahami apa itu perjuanagn melepasi sempadan budaya dan warisan asalkan sahaja teguh dalam Islam tanpa menggangu gugat lain-lain kepercayaan. Kalau kita hebat maka kita menjadi contoh pilihan dan akan wangi semerbak pengaruh Wanita Islam. Bukan sekadar nama tetapi menepati janji dalam al quran :Lastu birrabbikum, qalu bala, syahidna'.

Di sini kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Hajah Norazmah Abu Bakar, Penyelaras utama program yang telah telah mengendalikan bengkel dengan  cekap dan penuh hemah dalam kumpulan.




Beliau adalah Bendahari dalam Jawatankuasa Wanita pusat dan saya yakin insyaAllah sikapnya yang terbuka mahu semua ahli berupaya menjalankan tugas masing-masing akan Allah kurnia kejayan di akhirnya, bukan kejayaan individu tetapi kejayan Jemaah untuk membangunkan tamadun umah dalam ruang linkup Akidah Islamiah. Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan 
Ameen...

Mohon Redha Mu, ya Allah...

....

2 comments:

wati said...

Aminn..

ngasobahseliman said...

Salam dear Wati. Wati jadi ahli mana-mana NGO ke? Semoga apa jua penglibatan kita Allah tunjuki jalan dan dimudahkan usaha kita mencari Redhanya. Aameen...

Related Posts with Thumbnails