"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, March 14, 2014

Mandi Di Masjid ?...





Malaysia sedang di uji dengan jerebu, cuaca kemarau.....dan berbagai ujian lain termasuk mistri penerbangan MH370. Dan ramai kita di Lembah Kelang "mengeloh" kerana catuan air. Siapa yang hendak dipersalahkan, kalaupun ada orang yang boleh dipersalahkan.

Tetapi saya sudah hilangan keinginan untuk memberi pandangan mengenai apa yang sedang berlaku di Malaysia kini. Eluk diam daripada menambah masaalah. Jangan berbuat sesuatu yang menjadikan Malaysia lebih tidak difahami oleh negara luar.

Maka suami saya kena mandi di Masjid kerana di rumah kekurang air. Kami silap tidak membeli tong untuk menakung air. Maka cucu-cucu pun kena ration pakai air. Mandi sekali sahaja. Semoga esuk ada air sebab pakaian kotor sudah membukit tinggi longgokannya. Air minuman pun kena beli air mineral dari luar. Sistem tapisan air di rumah sudah tidak beroperasi kerana tekanan air rendah. Semoga masaalah ini sementara sahaja.

Walau apa pun saya masih teringatkan nasib orang-orang pelarian yang tidak ada air langsung. Apa salahnya mandi sekali sahaja sehari. Cuma perlu air untuk istinja'. Alhamdulilah,  belum dalam keadaan meruncing. Cuma saya katakan pada anak-anak jangan ambil mudah memikirkan apa yang belaku. Jangan celupar mulut. Berfikir-fikir sahaja. Mustahil kejadian-kejadian yang dihadapi di Malaysia kini tidak ada apa-apa pengajaran yang Allah mahu hamba-hambanya ambil peduli. Perancangan Allah maha tinggi dan maha halus untuk kita berfikir dan melihat dengan mata hati dan mengambil perhatian dengan sikap menginsafi diri. Jangan rasa hebat  dan mendabik dada kerana berteknologi tinggi. Jangan mudah-mudah mengatakan apa yang berlaku adalah fakta kebetulan semata-mata.

Siapa yang "bertuhankan" teknologi dalam hidupnya seharusnya sudah mula menyedari ada kuasa yang Maha Tinggi. Dari segi logik pun sudah boleh nampak kalau malu mahu menerima hakikat kewujudan yang Maha Pencipta yang menguasai apa yang berlaku di langit-langit dan di bumi.

Maka saya kata pada anak-anak supaya sama-sama kita bertaubat nasuha sebelum tiba saat-saat yang tidak ada lagi pertolongan melainkan  pertolongan yang Maha Agong dan Maha Berkuasa.....Tuhan sekian 'alam.

Dalam saya bercerita begitu pada seorang anak, dia menceritakan pada saya cerita-cerita konspirasi yang mungkin melibatkan  peristiwa-peristiwa yang berlaku di Malaysia. Saya katakan padanya jangan mudah mendengari kesahihan cerita-cerita konspirasi atau apa jua cerita yang bertebaran di sekeliling kita. Jangan kita cuba menghampiri apa jua kumpulan yang mendakwa tahu itu dan tahu ini selagi kita sendiri tidak punya kekuatan diri untuk menghadapi apa jua kemungkinan. Saya katakan pada anak saya bahawa ini adalah pendirian saya dari semasa saya bekerja lagi, iaitu apabila kita berhadapan dengan "kawan" atau "lawan" kita harus kuat Minda dan Ruh. "Brain to Brain, at best, we will only equal them. It is Brain to Brain to Ruh that  will give us the cutting edge".

Maka jangan kita rasa pandai, dan cuba memandai-mandai dengan siapa jua yang menndakwa dirinya hebat selagi kita tidak ada kekuatan Minda dan Ruh. Minda dan Ruh harus di bina dari kecil lagi mengikut keadaan dan mengikut situasi diri. Lagi awal kita mula, lagi baik bagi diri kita. Orang macam saya sudah terlambat untuk ini. Maka saya katakan pada anak jangan tidak ambil peduli apa yang berlaku, tetapi jangan terlalu berkeyakinan selagi kita tidak punya persiapan diri untuk menghadapai apa jua kemungkinan.

Anak saya senyum-senyum kambing, dan saya senyum tawar......

Mohon keampunan Mu ya Rabb...
Semoga Engkau menurunkan Pertolongan dan Rahmat Mu yang tidak terhingga dan masaalah yang ada berkesudahan dengan sejahtera untuk semua.

Aameen ya Rabb...

...

2 comments:

Al-Manar said...

Benar sekali apa yang Puan sebut dan nasihat kepada anak.

Kita terlampau bergantung kepada technology. Bila tak ada hujan barulah sembahyang dan berdoa. Kita yang sudah lama melalui banyak pahit manis hidup bernasib baik tidak akan kelabah.

Walaupun tiada hujan sudah sebulan kami bernasib baik di kampng ini. Air laut tak jauh dari rumah tidak nampak surut pun! Tak terfikir lah mandi di masjid. Alhamdulillah.

ngasobahseliman said...

Kata Adik Ipar saya: kita sibuk dan berbondong-bondong bersolat hajat mendoakan kesejahteraan krew dan penumpang MH370 yang masih mistri hingga kini, tetapi tidak berbuat sesuatu setaraf dengannya dalam cuba mengurangkan dan mencegah kemungkaran yang ada di negara kita ini.
Saya pun berfikir-fikir. WaAllahu'alam.
Semoga Allah menunjuki jalan dan menurunkan Pertolongannya.
Aameen.....

Related Posts with Thumbnails