Tempayan yang amat besar ini menarik hati saya. Ia diberi percuma oleh Kerajaan Thai pada penduduk yang mula meneroka kawasan tempat keluarga saudara Ghani tinggal sekarang. Kebun-kebun di sini samada ditanam pohon getah atau diusahakan sebagai ladang sawah padi.
Tempayan diberi untuk menadah air hujan kerana ketika itu belum ada bekalan air paip. Kini ia tebiar begitu sahaja dan menjadi hiasan kebun. Tertanya di hati mengapa emak saya tidak mendapat tempayan seperti ini semasa bapak saya menerola kawasan hutan.
Pastinya tiada jawapan.....
Semasa mudanya keluarga saudara Ghani mengusahakan kebun getahnya sendiri. Kini ia diusahakan secara pawah kerana umur bapanya sudah lanjut.
Sdr Ghani bekerja dengan Royal Navy negara Thai dan isterinya bekerja sebagai Dr Gigi setelah tamat latihan dari University di Bangkok. Ia bekerja di Hospital kerajaan waktu siang dan waktu malam ia bekerja sendiri. Kami melawat klinik Gigi kepunyaan sendirian. Sangat gigih kedua suami isteri ini dan saya rasa kagum.
Apa yang kami sangat kagum ialah prinsip hidup suka memberi itu dipraktikan di klinik giginya juga.Siapa yang sedang kesakitan dan kurang mampu untuk membuat bayaran, ia memberikan perkhidmatan percuma atau memberi kemudahan bayaran tertangguh dan menjelaskannya bila mampu.
Sikap murah hati ini menginsafkan diri saya sendiri dan amat menyanjung tinggi amalan soleh seperti ini. Beliau bercerita bukan untuk menunjuk kehebatan keluarganya, tetapi bercerita seadanya. Tidak sedikitpun menampakan airmuka bangga. Malahan bercerita kerana penduduk di kawasan itu ramai yang miskin dan tidak berkemampuan. Alhamdulilah. Allah akan memberi ganjaran berganda-ganda. Itu janjiNYA.
Abd Ghani dan isterinya di hadapan kliniknya.
Apartment tempat tinggal terletak sebelah belakang. Ia menjemput kami masuk minum teh tetapi kami kata duduk sebentar di Klinik sudah mencukupi. Kemesraannya amat menyentuh hati. Isterinya hanya boleh bertutur bahasa Thai. Abad Ghani yang menjadi pengerat hubungan. Ia menjemput kami tinggal di rumahnya lain kali kami melawat Satun kerana banyak bilik kosong di rumahnya.
Amat berbesar hati menyambut kedatangan kami.
Tidak cukup dengan budi baiknya, ia telah menghubungi abang sepupunya berceritakan hal kami. Abang sepupunya pula menjamu kami dengan TEH PAKISTAN dan kuih muih di rumahnya.
Mereka amat seronok meraikan kedatangan kami. Abang sepupunya ini ahli perniagaan dan prinsip hidupnya sememangnya suka memberi.
Di rumah abang sepupunya. Esuknya ia menjemput kami untuk sarapan di rumahnya. Isterinya akan buat roti Pakistan. Tetapi kami kata cukuplah setakat itu.
Kami ambil foto kenangan.
Rumahnya tersergam indah....Hati budinya menyerlah. MasyaAllah.
........
No comments:
Post a Comment