Setiap yang bermula akan berakhir.
Pada pagi 7 Nov. kami bersiap untuk bertolak ke Padang Besar. Cepat-cepat kami membeli apa-apa yang perlu untuk diri dan ole-ole keluarga dan pada jam 2 petang sampailahlah kami di Immigration point. Alhamdulilah.
Rasa syau juga berpisah dengan kenalan baru kami warga Thai yang telah bersungguh-sungguh berusaha membuat lawatan kami suatu yang tidak akan dilupakan. Amat bersyukur Allah ketemukan kami dengan mereka dan semoga usaha mereka merapatkan hubungan kami dengan masyarakat Islam di negara Thai menjadi sebahagian dari amal soleh mereka.
Teteman saya berpelukan dan bersalaman berpisah dan semoga bertemu lagi. Insya Allah di Malaysia. Ribuan terima kasih kami ucapkan pada mereka. Hanya Allah yang membalas segala kebaikan mereka.
Ini dalam train ets dalam perjalanan pulang dari Padang Besar. Kemudahan train selesa walaupun ramai penumpang. Mungkin eluk jika KTM membenarkan penumpang membawa makanan ringan sekadarnya untuk membuat perjalanan lebih selesa.
Lima jam ke KL Sentral rasa seperti tidak sangat lama. Boleh membaca dan boleh berfikir-fikir. Tidur seketika pun boleh. Nikmat Allah itu tidak terkira. Alhamdulilah.
Pemandangan di lur train berbagai keadaan. Saya hanya ingin kongsikan foto ini. Kelihatan aman dan nyaman. Pemandangan yang lain seperti apa yang dapat dilihat dalam perjalanan menaiki kereta atau bas. Ramai kita yang sudah biasa. Mungkin berlainan bagi pelancung.
Sepanjang perjalanan musafir di negara Thai kami tinggal di hotel sederhana....sesuai bagi pelancung bajet rendah. Asal sahaja ada hawa dingin dan bilik air yang selesa....cukuplah. Alhamdulilah.....bila dapat tempat boleh membaca dan ada ruang mencukupi untuk sujud lama sebagai hamba di mana jua. Sekadar untuk mengejar kembali apa yang ketinggalan di siang hari.....dalam usia sebegini.
Dalam perjalanan kami, kami melalui sebilangan masjid, tiga atau empat. Kami hanya berhenti pada dua sahaja, di Songkhla dan Satun. Di restoran yang besar ada kemudahan Musolla. Kurang selesa tetapi mencukupi. Asalkan sahaja tujuan kita ialah pengabdian diri, di mana jua. Allah maha mengetahui dan hati-hati kita yang di perhati. Semoga yang baik Allah terima yang tidak baik Allah ampuni dan kita dikurnia bimbingan hidayah yang berterusan hingga keakhir hayat kita.
Walau pun dalam kembara, ustaz pesan jangan sampai alpa. Entahkan jemputan atas kita datang tiba-tiba. Maka Fikir zikir setiap masa. Semoga RahmatNya atas kita tidak terhingga.
Bila kepenatan dalam perjalanan, kami berhenti seketika. Saya suka rekomen pada kawan-kawan kembara mungkin ingin berhenti yang ada kemudahan selesa seperti R & R kita di Malaysia. Kami berhenti di Station Gas yang ada perkhidmatan AMAZON Cafe. Bilik airnya bersih dan selesa. Kemudian boleh minum kopi jika suka. Ada tit-bits halal, ada yang tidak halal, namun selesa dan boleh duduk santai seketika. Suami saya tidak lepas peluang minum kesukaannya sambil melihat pelanggan lain bercerita. Saya juga minum kopi kesukaan saya, dan memerhati cara hidup mereka yang berbeza budaya.
Pemandangan pohon getah sepanjang jalan membawa ingatan nostalgia. Saya membesar dan dibesarkan di kawasan ladang getah. Tidak teratur seperti ini. Dahulu kebun getah semak samun dan generasi sekarang sudah tidak mengerti lagi pengorbanan penoreh getah satu ketika dahulu sebelum Merdeka dan selepas Merdeka.
Generasi siber sekarang mungkin tidak mengerti apa itu kemiskinan dan apa itu pengorbanan. Maka itu antara sebab Allah suruh Taddabur alam semoga lebih memahami syi'ar Islam dan keindahannya.
Dalam kepenatan saya masih ambil masa merakam apa jua
mengikut kederat tenaga.
Ini selfi sebagai kata penutup kembara musafir kali ini.
Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan dan pintu Redhanya sentiasa terbuka
untuk kita dan anak cucu kita hingga ke Syurga.
untuk kita dan anak cucu kita hingga ke Syurga.
Aamiin ya Rabb......
......
No comments:
Post a Comment