"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, December 27, 2017

.......tiba-tiba cerita X'mas





Pada minggu sebelum X'mas, saya hadhir satu majlis jemputan kekawan dalam kumpulan KUTU untuk makan tengah hari di sebuah hotel sederhana di Kuala Lumpur. Sudah amat lama saya tidak lagi pergi "lepak-lepak dan makan-makan" atas nama silaturrahim di tempat yang amat selesa. Maklumlah saya sudah dalam zon umur yang perlu menggunakan masa mengikut prioriti yang genting sekali. Hari itu saya hadhir juga kerana ingin memberitahu bahawa saya akan undur diri dari kumpulan itu kerana kemampuan diri yang makin lama makin terhad dari banyak segi.

Tidak ada banyak cerita hari itu yang saya akan kongsikan di sini kerana tidak ada yang benar-benar menyentuh hati yang dapat saya buat bekalan untuk "ke sana". Namun saya bersyukur saya masih ada ramai kekawan yang saya boleh minta pertolongan jika saya memerlukan. Alhamdulillah.


Ini antara kekawan itu. Semua mereka adalah dua atau tiga tahun lebih muda dari saya.


Yang di kiri sekali adalah tuan rumah pada hari itu.
Sungguh bermurah hati dan kami
seronok menjamu selera.
Alhamdulillah.


Bila saya pulang, ada kejutan dari kumpulan kekawan yang lain. Mereka adalah seangkatan dengan saya semasa tingkatan lima di Pontian, Johor dan kini ada Whatsapp khas.(Majoroti ahli adalah mereka yang belum Islam). Maka ada seorang ahli yang mempertikaikan mengapa ada ahli yang selalu menghantar berita-berita mengenai Islam. Dia tidak minat dan menganggap saya mencemari keselesaan beragama. Saya tidak harus ada dalam kumpulan itu.

Pengurus kumpulan bertanyakan pendapat pada ahli Islam yang lain secara berasingan. Ia menyimpulkan supaya kita tidak perlu ambil apa-apa tindakan kerana hanya dia seorang sahaja yang menyuarakan pendapat itu. Yang lain hanya senyap.

Sebelum ini dalam satu majlis bersama saya secara berterus terang menjemput mereka untuk menerim Islam. Saya katakan supaya tidak menilai Islam dari watak dan karenah pengikut-pengikut tetapi nilailah Islam dari alQuran dan Hadith. Itu yang sebenarnya Islam. Penganut Islam bukan bukti sepenuhnya kerana ada berbagai ciri yang tidak dapat dipersetujui bersama.

Saya katakan pada pengurus kumpulan (beliau Islam) bahawa saya berbuat demikian kerana itu adalah antara tuntutan pada kita..... kita hendaklah berusaha menyebrkan Syiar Islam dan menjemput mereka memeluk Islam dengan cara yang terbaik mungkin.... cara yang penuh hikmah. Beliau sememangnya faham dan tidak mahu mengeluarkan saya dari kumpulan. Alhamdulilah.

Dua hari dulu saya menghantar entri dalam kumpulan mengatakan lebih kurang seperti berikut: Dear friends at heart, Please trust me. I believe I am friendly to all. I do not intend to transgress into your private interests. (saya hantar foto saya) Look at the background of my foto which was taken 2 days before X'mas. See.... I am respectful of your choices But I am inviting you to my "territory" with all my love... sincere love. HAPPY NEW YEAR 2018. Salam....


Saya sayang kekawan saya, siapa jua. Dan pernah saya katakan Islam lah yang akan memungkinkan kita mencapai kebahagian dunia dan akhirat. (secara ringkas.) Saya rasa saya sudah cuba memberi penerangan sedikit mengenai Islam pada yang belum Islam. Semoga saya dapat berlepas diri di akhirat nanti walaupun usaha saya amat kecil....amat kecil sekali. Saya harus tidak berhenti mencuba.

Saya menunggu respon kekawan itu jika ada.....

Walau apa pun Allah swt jua yang maha Berkuasa atas segala sesuatu.....
Mohon keampunan Mu ya Rabb...


........

No comments:

Related Posts with Thumbnails