"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, December 28, 2017

Kiriman dari anak angkat di Acheh.......






Bila cerita Acheh ingatlah peristiwa sunami. Kita belum merasa dugaan besar seperi Acheh walapun ketika itu ada sebahagian negara kita yang terkena tetapi tidak sedahsyat yang di Acheh. 

Subhanallah......
Takdir Allah tiada siapa yang dapat menduga....

Waktu itu anak-anak angkat saya masih menuntut di Mesir. Foto di sebelah ini adalah salah seorang darinya. Dua minggu dulu ia kirim berita yang menyeronokan. Dia bertugas sebagai Mudir disalah sebuah sekolah seperti yang tertara dikiriman foto di bawah ini. Dia dianugerah sekolah yang paling bersih dan sihat di seluruh Acheh. Pastinya dia yang paling seronok. 


Sepulangnya dari Mesir dia bertugas dibergabagai tempat dan Mudir di sekolah ini dia memegangnya hampir sepuluh tahun (lebih kurang begitu). Yang menyeronokan suami dan saya ialah kerana kejayaannya dikatakan kerana didikan kami semasa bersama kami selama mereka belajar di Malaysia, lebih kurang 5 tahun. Waktu itu anak angkat saya ada 3 orang dan tinggal bersama kami waktu cuti penggal dan cuti umum dan bila-bila sahaja yang mereka perlukan. Saya anggap mereka keluarga dan semuanya atas dasar keperhatinan dan kasih sayang sesama Islam.Alhamdulillah.....

Dua bulan yang lalu seorang lagi datang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama kami 2 atau 3 malam berbincang mengenai Pasentren yang akan ditubuhkannya. Dari rumah saya dia menghubungi kenalan rapat yang lain untuk berbicang mengenai bagaimana mahu menggumpul dana. Yang seorang lagi menjadi guru di sekolah yang di atas tadi.

Apa yang menyeronokan kami dan membuat kami bersyukur tiada terhingga ialah kerana kami teringat janji Allah bahawa "buat sahaja apa yang Aku suruh dan tinggalkan apa yang Aku larang, maka RahmatKu pasti bersama". Semoga peristiwa ini menjadi pedoman kami hingga ke akhir hayat jua. Kami menyedari hakikat bahawa kami masih jauh dari kewajipan kami untuk berbuat yang baik dan tinggalkan larangan. Semoga detik-detik seperti ini mengingatkan kami.

Ada ustaz mengatakan bahawa anak bukan bererti anak kandung sahaja. Anak didik adalah dikira anak juga. Maka profession guru atau siapa jua yang mengajar dan mendidik maka anak murid dan pelajar di bawahnya adalah anaknya juga. Mereka yang tidak menjaga dan mendidik tetapi membantu perbelanjaan anak-anak sekolah dan ada yang ke peringkat tinggi, maka mereka itu pun di kira anak-anak. Allah maha Mengetahui, maha Bijaksana dan maha Kasih Sayang. Kita sesama Islam jangan berkira hinga tahap nafsi-nafsi. (Engkau adalah engkau dan aku adalah aku hingga adik beradik pun boleh bertelingkah sepanjang hayat). Semoga Allah memelihara kita dan kita sentiasa berazam kuat mematuhi SyariaNya.

Itu sahaja sedikit coretan hidup buat renungan dan ingatan bersama. Keadilan Allah tidak seperti keadilan manusia. Dia yang maha Adil dan semoga kita sentiasa dalam lindunganNya.
Aamiin ya Rabb.....


......

No comments:

Related Posts with Thumbnails