"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, December 8, 2017

Pengalaman eceran merentasi hujan.....hampir terjebak banjir.






Sekembalinya dari Kelantan dan Trengganu suami dan saya landing di Tangkak dua hari untuk recover kepenatan. Partner saya tidak balik Shah Alam buat beberapa hari lagi, maka kami menaiki bas CEPAT EXPRESS dari Tangkak ke TBS Kuala lumpur. Kami sentiasa memilih Cepat Express ulang alik ke Tangkak untuk jimat ongkos. Kami hanya bayar Rm11 ringgit seorang purata bagi Warga Emas. Okaylah tu sebab harga petrol pun kini sudah mahal. Siapa kata ekonomi kita lebih baik . Saya takut hendak becerita panjang-panjang. Bacalah apa orang lain kata.

Naik Cepat Express jauh lebih selesa berbanding naik Bas Sekolah, walaupun bas sekolah itu jenis yang baik. Tetapi kami "take it easy", sebab sentiasa beringat "apa ada pada perjuangan jika tidak ada pengorbanan." Jika sentiasa mahu selesa, suami saya kata duduk sahaja di rumah. Eluk saya senyum sahja sahaja.....




Maka itulah kami santai menunggu Bas diTerminal bas di Tangkak.
Saya dihantar ke Terminal bas oleh partner saya dan suaminya.


Pengalam mengikuti rombongan untuk belajar bagaimana sesetengh Kopersi itu berjaya tidak seperti yang saya harapkan dari segi pengurusaan dan dari segi pencapaian malamat. Tetapi saya terima seadanya kerana meyedari hakikat bahawa kita tidak boleh memuaskan hati semua orang dalam masa yang sama. Namun saya cuba melihat apa jua yang positif. Antaranya saya dapati ahli rombongan yang lain nampak seronok dan tidak kedengaran apa jua rungutan. Saya fikir ini lumrah kerana misi dan visi kami dalam mengendali kopeasi masing-masing pastinya tidak serupa.

Saya agak teruja bila seorang kenalan wanita dalam rombongan ini ingin mencuba cara membuat kosmetik dengan berasaskan madu kelulut. Dia sudh membeli dua tiga jenis untuk mencuba kesahihan seperti yang diiklankan. Saya suka dengan saranannya kerana walaupun sudah hampir umur 60an ia masih berjiwa kreatif. Semoga dia berjaya.

Dalam rombongan ini kami tidak ada sessi ta'aruf maka usaha mengenali satu sama lain terhad kerana tidak ada kesempatan duduk bersama. Saya kerugian kerana tidak dapat mempelajari kejayaan mereka setakat ini. Koperasi Subur Fitrah kami baru sahaja ingin menapak kehadapan dan amat suka sekali kalau mendapat panduan. Di sini kami tidak dapat kerana program kami seperti 'Touch-n-Go" sahaja. Namun saya tidak ada apa-apa yang hendak saya kesalkan kerana dalam umur kami sekarang kami sudah agak biasa dengan style berbagai kumpulan yang berusaha maju dalam enterprise yang dipikulnya. 

Bila pulang ke rumah saya cuba google perihal Koperasi dengan harapan ada sesuatu yang dapat kami gunakan sebagai stepping stone untuk memajukan koperasi Subur Fitrah kami yang baru setahun jagung. Setakat ini saya belum menemui sesutu yang jelas. Suami saya kata tidak ada orang bisness yang mahu meluahkan rahsia kejayaannya secara terbuka. 'Sense of competitiveness' pasti tinggi.

Maka saya katakan pada partner saya untuk memberi saya sedikit masa untuk membetulkan cara saya berfikir dan cara saya bertindak. Sementara itu biarlah setiausaha kerja yang kami lantik menjalankan tugasnya dan semog saya dapat "jive in" dalam masa yang singkat ini.




Sementara itu saya bercerita pada anak saya yang saya rasa seronok.
Kami dapat melawat sedikit tempat-tempat menarik di kuala Trengganu dan bandar-bandar kecil menuju ke arah pulang.
Di belakang itu ialah pusat makanan laut. Ada udang goreng,
 sotong goreng dan berbagai lagi.
Kami makan untuk malam di situ dan membawa pulang ole-ole.





Tempat ini dekat tepi laut (PANTAI BATU BURUK) dan kami 
sempat bersantai buat seketika.
Walau apa pun pengalaman yang kami lalui ia pasti ada hikmahnya. Setiap yang kita buat dengan niat lillahitaala, insyaAllah akan membuahkan kejayaan. Kecil atau besar kejayaan itu tidak penting kerana Allah tidak melihat hasil yang kita capai, tetapai Allah melihat pada usaha yang kita lakukan.

Semoga akhirnya kami mencapai apa yang terbaik bagi kami di sisi Allah jua.
Mohon pertolongan dan keredhaan Mu ya Rabb....


......

2 comments:

Kerabu Jantung said...

Assalam Sis,saya doakan Sis sentiasa dalam sihat supaya dapat terus berkhidmat pada masyarakat Aamiin!

ngasobahseliman said...

TQ Sis. Tak dpt buat yang berat buat sahaja yang terdaya. Salam.

Related Posts with Thumbnails