"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, December 28, 2017

Cuti tanpa Cuti......





Ini kakak saya berumur 81/82 tahun. Masih boleh mengurus diri dan tinggal berseorangan. Suami sudah pergi dahulu buat beberpa tahun. Kakak saya boleh dikira sihat dan memerlukn bantuan untuk ke hospital dan membeli barangan dapur. Alhamdulillah. Ada anaknya yang tinggal dekat bersebelhan rumah.

Saya sering merindukannya. Teringat sembang-sembang santai yang kami sering buat terutamanya semasa emak saya masih ada. Emak saya meninggalkan kami bertemu Penciptanya pada tahun 2004. Rasa amat kehilangan....

Kakak saya yang ini yang tertua yang Allah masih panjangkan umur dan semoga umur yang bermunafaat.

Cuti panjang kali ini saya tidak dapat balik kampung kerana beberapa kesempitan peribadi. Apakan daya.....Kami hanya berhubung melalui talipon. Kakak saya ini ramai sahabat handai dan Alhamdulillah ada sahaja yang mahu membawanya ke Majlis Ilmu menaiki keretanya. Kakak saya tidak mampu berpergian seorang. Kadangkala saya merenung jauh memikirkan kalau saya berada ditempatnya..........

Dalam memikirkan kakak-kakak saya di kampung, seorang anak saya mengirimkan foto lama di mana kami ziarah melacung ke Tokyo.


Ketika itu anak saya yang sulong melanjutkan pengajian di sana. maka kami lepak-lepak selam 2 minggu pada tahun 2005 atau 2006 begitu. Foto di atas kelihatan dua orang kakak saya. Mereka masih kuat. Malahan kakak saya yang tertua boleh berjalan laju dari saya. Sekarang dia sakit lutut dan bila bersolat dia duduk atas kerusi. Satu nostalgia.......

Sudah lama kami tidak bercuti bersama. InsyaAllah bulan April 2018 saya ingin k Jakarta atau ke Bogor. Saya katakan pada suami saya untuk bawa kakak-kakak saya bersama dan kita lanjutkan cuti InsyaAllah ke Solo. Allahyarham bapak dulu dari daerah sana tetapi kami belum pernah ke sana. Kami ingin menjejak wariasan di hati-hati sahaja kerana kami tidak ada waris yang nyata yang bapak saya dapat susur-galurkan sebelum ia meninggal dunia. Semoga impian kami jadi kenyataan....


Sementara itu saya menghibur hati melihat Lorong Sulaiman tinggalan Bapak saya. 
Rumah keluarga yang asal sudah dirobohkan 
dan diatas itu anak buah saya 
membina rumah berhampiran dengan rumah ibunya 
sejauh 200 meter di belakangnya.
Begitulah kehidupan. Ia sementara sahaja.
 Entah bila saya akan "Cuti" juga buat selamanya.
Semoga Allah kurnia RahmatNya yang tidak terhingga.
Aamiin ya Rabb.


........

No comments:

Related Posts with Thumbnails