"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, December 29, 2017

SELAMAT TAHUN BARU 2018 ..... mengira hari-hari dalam setahun




Kepada sidang pengunjung blog ini saya ingin mengucapkan:
 SELAMAT TAHUN BARU 2018.

Suka saya turunkan di bawah ini ayat-ayat alQuran yang berkaitan dengan pengiraan masa, iaitu hari-hari dalam sesuatu bulan atau tahun mengikut peredran Bulan atau Matahari. Kita boleh gunakan kiraan cara Tahun Masehi yang menggunakan edran Matahari atau cara tahun Hijrah yang menggunakan kiraan mengikut edaran Bulan.


A005
Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).
(Yunus 10:5) |
A012
Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya.
(Al-Nahl 16:12) |

A012
Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.
(Al-Israa' 17:12
InshaAllah kita bertemu lagi pada tahun hadapan ... 2018. Semoga Allah sentiasa menganugerah RahmatNYA yang tidak terhingga.
Aamiin ya Rabb....
.........

No comments:

Related Posts with Thumbnails