"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, December 3, 2017

Teteman Sri Langka memperluas silaturrahim....




Peristiwa di Tangkak bertali-tali. Selepas kesibukan Ihtifal di SmarTop, kenalan baru saya suami isteri dari Sri Langka datang ziarah Partner saya dan kami bawa dia melawat beberapa tempat menarik di Tangkak. Sebelum itu kami makan tengah hari bersama. Juadah hidangan dibawa oleh teman kami brother Raheem dan sister Murshidh. Mereka bawa nasi dan kari ikan cara masakan Sri Langka.

Sungguh enak.....alhamdulillah.
Kami pernah Ke Colombo beberapa tahun dulu bersabit dengan kerja-kerja NGO berkaitan dengan memberi sedikit bantuan teknikal kerja seni tangan pada Ibu-ibu  Tunggal. Orang Islam adalah minoriti di sana dan agama rasmi adalah agama Buddha.

Maka saya amat teruja dapat kenalan baru dari sana yang beragama Islam. Mereka telah tinggal lama di Malaysia kerana suaminya bekerja sebagai pensyarah di University Islam Antarabangsa. Kini mereka sdang memohon menjadi penduduk kekal dan semoga mereka berjaya.



Kami melawat ke kaki Gunung Ledang, tetapi tidak sempat
menjelajah masuk kerana kekurangan masa.




Pepohon menghijau indah dan sejuk dipandang. Saya pernah
 masuk ke dalam pada lawatan dua tahun dulu. 
Siapa yang ingin ke sini perlu kuat tenaga untuk berjalan.

Kami bawa mereka juga ke Pasar Fama di Bukit Gambir.
Kami membeli makanan ringan dan kemudian duduk sembang santai minum kopi dan makan roti canai yang terkenal di tempat itu.



Inilah cara orang dewasa tua mera'i tetamu.
Bukan di gedong-gedong besar kerana tetamu kami 
sudah biasa budaya itu.
Kami bercerita masaalah hidup orang Islam minoriti di Sri Langka dan mereka cerita sedikit saudara mereka yang terbunuh semasa perang saudara di sana.
Tidaklah kami bercerita panjang kerana banyak yang sensitif.
Kami cerita hal perniagaan kecil di Malaysia.
Kami agak terkejut juga kerana mereka mendengari berita politik dan ekonomi di negara kita Malaysia sekarang ini. Terasa malu juga sedikit di hati dan kami tukar topik perbiincangan.


Pada petangnya kami ke Muar untuk bertemu kawan baiknya yang tinggal di Muar. Sebentar sahaja kami di rumahnya petang itu dan 
kemudian ke Masjid untuk 
Solat Maghrib. Selepas solat kami di jamu makan malam
 di RUMAH SUP (Soup House) yang terkenal di Muar.


Teman kenalan baru ini ialah Dr Sallehuddin seperti 
foto di atas di hadapan sekali.
(maaf kamera kurang memmuaskan. Rupa beliau tidak jelas).
Beliau pegawi penting di Hospital Besar Muar.
Semasa makan Dr Sallehuddin bercerita gaya hidup orang
 Melayu Islam amnya
dan di Muar khususnya. Seronok dan terpukau
 mendengari ceritanya.
Banyak yang boleh dibuat iktibar terutamanya jika kita antara 
orang-orang yang sakit yang memerlukan rawatan rapi.
Walaupun cerita pasal sakit, itu tidak membuat kami takut memilih makanan yang sedap luar biasa di Rumah Sup itu. Sup ekor kambing sudah pasti. Alhamdulillah.

Kami dipekenalkan juga dengan tuan punya restoran itu. Masih muda dalam awal 40an. Nampak bijak mengatakan sesuatu dan amat peramah.
Walaupun tidak sangat besar keluasan restoran itu, tetapi beliau pastikan ada surau kecil. Katanya beliau amat
pentingkan solat awal waktu.
Alhamdulillah. Dia seorang pengusaha yang amat peka dengan kehendak Islam. Beliau bertutur 4 bahasa, Urdu, Tamil,
 Melayu, dan Inggeris.
Syabas, boleh dicontohi.....
Maka luaslah silaturrahim antara kami.




Selepas makan Dr Sallehuddun  membawa kami melihat-lihat 
bisness di Uptowan Muar.
Berbagai jualan makanan dan  pakaian dan berbagai lagi.
Suatu yang beza buat saya kerana diUmur ini saya tidak 
lagi menyusuri tempat 
jualan seperti ini. Sudah kurang tenaga dan saya
 kenalah buat pilihan yang sesuai dengan diri.



Ini kumpulan kecil kami. Dr Sallehuddin dengan kain pelikat sahaja. 
Amat senang didampingi
kerana tidak banyak formaliti. Saya seronok mendengari
 ceria-cerita dan lawak santainya.
Beliau berfikiran matang  dan cerita-ceritanya mendamaikan hati.

Begitulah antara cerita silaturrahim yang dibawa oleh 
brother Raheem orang Sri Langka.
Mereka berdua boleh bercakap Urdu dan Tamil.
Bahasa lainnya ialah Melayu, Arab dan Inggeris. Sungguh 
menakjubkan saya kerana saya hanya boleh Melayu dan Inggeris. 
Sudah lama belajar bahasa Arab tetapi belum dapat menguasainya.
Bila saya kata saya boleh cakap Jawa, biasanya kekawan akan gelakan saya.
Ini satu lumrah berkawan. Saya tetap tertawa riang.

PM Najib kata dia Pahlawan Bugis. Saya kata saya Jawa tulin dan arwah bapak saya dari Pasentren di Solo. Tetapi hakikatnya kita
 semua orang Malaysia. Tidak perlu lagi
heboh keturunan. Kalau baik, tetap baik....siapa jua
 dan di mana jua.
Allah maha mengetahui segala yang nyata dan yang tersembunyi.

Maka Silaturrahim itu bukan setakat boleh bersembang-sembang, boleh berjenaka gelak ketawa, boleh makan bersama
 dan lain-lian sepertinya.
Silaturrahim adalah hakikat yang lebih mendalam. Dengan talian silaturrahim, kita boleh berkongsi apa yang sewajarnya.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. 
Boleh berkorban apa jua. Tidak hanya mementingkan diri sendiri.

Dari Sri Langka atau dari mana jua, dengan aqidah yang sama
kita bersaudara. Jika aqidah tidak sama, 
rasa hormat menghormat pastikan ada.
Kita jemput sahaja mereka bersama. Mengenali yang maha Esa. Kerana itu yang membuat kita istimewa di alam ini 
dan di alam sana.


Semoga Allah sentiasa bersama.


.......

No comments:

Related Posts with Thumbnails