Biar saya cerita yang manis dulu.
Kelmarin kaka saya yang sudah beberapa hari di rumah anaknya mengajak saya dan suami ke Kuala Selangor untuk ziarah cucu yang belajar di Univerdity of Selangor (UNISEL) kerana kakak saya belum pernah ke sana.Cucu ini adalah cucu perempuan yang sulung ke university. Saya teruja kerana saya juga belum pernah ke sana.
Setibanya di sana kami solat Zohor dan kemudian kami sembang santai dan saya suka menyakat dan melawak dengannya. Dia amat sporting dan tidak tersinggung (nampak dari zahirnya) bila disebut dia berwajah comel dan lebih baik kalau dapat kurangkan berat badan. Tetapi sebenarnya dia tidaklah berat sangat cuma adik perempuannya dan kakak-kakak iparnya slim-slim belaka. Dia tertawa dan senyum selalu sepanjang sembang-sembang santai itu. Saya seronok dengan pilihan bidang pengajiannya, iaitu TESL. Siapa yang belajar Bahasa tidak ada ruginya.
Sebelum itu kami makan NASI AMBENG di Restoran IBU di pinggiran bandar Kuala Selangor. Ramai pengunjung dan Alhamdulillah sedap sekali dan kami belikan buatnya sebungkus untuk makan malam. Kami di bawa melihat kampus sedikit terutamanya kawasan perumahan pelajar. Saya teringat zaman saya seorang pelajar di University Malaya dahulu. Terasa umur sudah jauh meninggalkannya.
Kami seperti memburu masa kerana banyak lagi hal yang perlu diselesaikan. Maka dengan berat hati kami berpisah dengan pelukan kasih sayang. Semoga hubungan kasih sayang itu berpanjangan dan berkekalan.
Kemudian kami berpatah balik semula ke bandar Kuala Selangor untuk menjejak seorang cucu saudara yang sedang bermasaalah dan memerlukan pertolongan kami. Begitulah lumrah hidup. Allah akan terus menguji kesabaran kita semua.
Cucu saya ini tidak berpelajaran tinggi. Pastinya dia kebingungan kerana tiada cukup pendapatan untuk menyara anak empat orang yang masih kecil dan yang tua baru masuk tingkatan 4. Tidak perlu saya bercerita panjang kerana masaalah seperti ini banyak berlaku di masyarakat kita. Cuma saya kurang yakin sama ada Pejabat agama memeriksa dan menyoal siasat seorang suami yang mahu berpoligami. Cucu saya menanda tangan bersetuju poligami kerana dijanjikan dia tidak akan teraniyaya. Terbukti sudah suami tidak berkemampuan dan tidak bertanggong jawab. Dan saya amat musykil kenapa Pejabat agama amat mudah mempercayai fakta yang tertara dalam borang pesetujuan. Isteri yang kurang pandai berurusan dan tidak memahami banyak hal menjadi mangsa. Siapa yang harus peduli.......
Setelah mendengari ceritanya panjang lebar dengan keperhatinan supaya tidak berat sebelah dalam mencari jalan keluar, saya dan kakak saya sebagai langkah penyelesaian jangka pendek memberi sedikit bantuan wang ringgit untuk membolehkan dia mengaturkan anak bersekolah, membayar sedikit hutang piutangnya dan belanja barang-barang dapur dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Saya berpesan kuat supaya jangan terlibat meminjam duit dari 'A Long' Saya sudah lihat kes dimana isteri meminjam duit dari A Long dan bertambah besar masaalahnya.
Inilah kes ditelan pahit dibuang sayang.........
Saya berhenti di sini semoga saya dapat membantu mencari jalan keluar yang terbaik yang mengikut hukum hakam dan peraturan perundangan Islam yang ada.
Semoga Allah menunjuki jalan yang terbaik bagi semua....
........
No comments:
Post a Comment