Hari Sabtu yang lepas. Hari bahagia istimewa untuk Farid, anak saudara suami saya. Hampir semua keluarga terdekat berkumpul di sebuah Masjid di Kelang untuk Majlis Akad Nikah. Saya sudah lupa nama Masjid dan anak saya memandu laju kerana kami sudah agak lewat. Dengan teknologi yang ada mencari lokasi amat mudah. Tetapi suami dan saya sudah agak kaku mahu belajar menggunakannya.
'Mudah saje, mak', katanya.
Anak-anak harus sabar dengan kemampuan warga emas.
Bukan sahaja pasal memandu, tetapi dengan semua hal.
Bila sudah 70an sudah banyak yang berkurangan.
Saya selalu pesan pada anak-anak jangan bergantung
umur panjang. Berusaha dan bersedia sentiasa
dan jangan ambil ringan.
Saya seronok lebih hari itu kerana Farid
bersetuju mengetuai lafaz doa.
Panjang juga doa pilihannya. Bukan setakat
doa sebelum makan.
Alhamdulillah. Sudah kelihatan bunga-bunga hidup
teratur dan bahagia.
Semoga Allah kurnia hingga ke Jannah.
Gembira riang...
Rasa macam tidak mahu pulang kerana banyak
hendak dibualkan dengan saudara mara yang ada.
Dalam majis seperti inilah
silaturrahim keluarga dapat dieratkan.
Alhamdulillah, Allah masih kurnia ruang dan peluang.
.........
No comments:
Post a Comment