"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, December 4, 2017

Seperti senghaja mengejar banjir.....






Hujung tahun memang musim hujan ribut, Northeast Monsoon. Teringat belajar geography dulu. Tapi saya dan 2/3 kawan dari Pra Sekolah SmarTop Subur Fitrah menyertai rombongan kumpulan Koperasi yang sudah wujud pergi ke Trengganu dan Kelantan sebagai lawatan sambil belajar yang di kendali oleh wakil pegawai-pegawai SKM (Surunjaya Koperasi Malaysia). Tujuan lawatan amat baik tetapi cuaca tidak memberi kerjasama.

Kami pergi naik bas sekolah. Satu pengalaman yang seronok tetapi agak memenatkan bagi kami. Di atas saya rakam dua teman saya yang pergi sama. Kos lawatan bagi diri tidak mahal. Hanya rm200 seorang untuk 2 malam. (dari 26 hingga 29 Nov 2017.) Malam pertama kami tidur atas bas. Saya tersenyum di hati teringatkan pergi semasa rombongan sekolah dahulu. Tetapi demi mahu menambah Ilmu bagaimana setengah KOPERASI boleh berjaya, maka saya akur. Menghambat kejayaan memerlukan pengorbanan.








Ini antara foto yang teteman kirim lalu whatsapp sehari selepas kami di sana. Semasa di sana kami tidak nampak banjir seperti itu. Kecil-kecilan sahaja. Hujan sentiasa lebat. Tetapi kami terus juga dengan program yang diaturkan. Kami tidak dapat pergi kesemuanya kerana tergendala oleh cuaca buruk dan jalan-jalan licin dan kenderaan tidak boleh laju.




Kami ke sini dalam hujan lebat, Tumpat Kelantan. Tetapi saya sempat rakam foto di bawah ini yang menunjukan paras banjir pada tahun 2014. Ketinggian suami saya jadi ukuran. Di belakang itu air sudah mula naik. 





Dalam hati saya rasa agak khuatir juga kerana ada kemungkinan kami terpaksa memendekan program. Itu tidak jadi masaalah besar......saya takut menghadapi banjir.


Di mana jua kami dapat berteduh dari hujan, kami berteduh. Dan kami sembang santai menunggu bas untuk balik ke Hotel. Antara tempat kami berteduh ialah di pondok tepi jalan yang ada kain rentang Pakatan Harapan. Saya rakam foto di atas kerana teruja seolah-olah kami sedang mendengari ceramah Pakatan Harapan. Sebenarnya kami berteduh hujan.

Seronok juga melalui peristiwa ini. Ada yang memberi pendapat politik terkini tetapi ramai yang senyap sahaja.....khuatir dituduh belot agaknya kerana program ini dianggotai peserta Koperasi semuanya dari Johor. Saya senyum riang berfikiran berbagai-bagai. Hujan membawa peristiwa........ 





Semasa di Rantau Panjang kami sudah diberi amaran komplex itu akan ditutup bila-bila masa sahaja. Semua peserta ambil kesempatan shopping walaupun dalam hujan lebat.

Lihat kami berdua basah kuyup tetapi terus juga shopping. Bukan selalu ke Rantau Panjang. Malam itu kami diminta berjaga-jaga kerana bila dikeluarkan amaran, kami mesti tinggalkan Kota Bahru.

Alhamdulillah.....
Masih boleh tidur lenyak. Hilang takut banjir kerana terlalu kepenatan.



Esuknya selepas Subuh kami bergegas mengangakt barangan naik bas untuk meninggalkan Kota Bahru ke arah Kuala Trengganu.

Alhamdulillah rasa lega dapat keluar dari kawasan banjir.
Saya sambung lagi cerita saya nanti......insyaAllah.


........

No comments:

Related Posts with Thumbnails