Ini pemandangan dari jendela kecil bilik mandi saya. Sudah hampir jam 6 pagi dan saya harus bercepat-cepat bersiap sedia untuk ke IJN hari itu. Isnin 4 Dis 2017.
(saya terhenti menulis di sini sebab komputer meragam)
Di bawah cerita selanjutnya.
Waktu mana pun jalan ke IJN memang sentiasa sesak. Saya duduk senyap tetapi agak rasa cemas juga sebab debaran jantung yang belum reda. Tiada pilihan..... cuma bersabar dan doa.
Saya cuba mendapatkan kelulusan untuk mempercepat kan temu janji saya dari Februsry ke hari itu. Tidak dibenarkan kerana IJN ada prosidur yang harus di ikuti. Katanya saya harus melapor diri ke Bahagian Kecemasan untuk tindakan serta merta jika perlu.
Maka itulah yang saya lakukan Dalam masa 10 minit saya dipanggil untuk buat ECG dan saya diminta menunggu giliran berjumpa Dr bertugas.
Saya menunggu.....
Saya rasa seperti hampir sejam baru saya berjumpa Dr. Itu pun saya minta dipercepatkan. Entahlah apa yang menyebabkan demikian. Saya ikut sahaja. Dr wanita muda yang memeriksa saya. Katanya dari laporan ECG jantung saya normal. Kemudian ada beberapa soalan rutin yang saya jawab. Katanya saya normal juga ...... rasa tak sedap hati tapi saya ikutkan sahaja. Saya tidak ada Ilmu untuk berbicara.....
Saya diberi temujanji pada 29 Januari tahun hadapan. Maka saya menunggu.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa pulak kaitan Jantung dengan penyesalan seperti dalam tajuk entri saya kali ini......
Saya muhasabah diri dan meyakinkan diri bahawa apa yang perlu saya buat ialah bersedia untuk pulang ke pangkuan yang maha Pencipta. Saya ingat kembali prinsip yang saya peganag. Bukan jantung bermasaalah maka ia berhenti dan manusia pun mati. Tetapi Allah sudah tentukan kita mati maka jantung pun berhenti. Sakit itu hanya asbab sahaja.
Pulang rumah saya termenung sendiri.....
Teringatkan destinasi hidup yang pasti. Dan teringat juga pesan Ustaz bahawa manusia akan merasi penyesalan..... semua manusia. Tidak kira status amalan dan tidak kira status iman dan taqwa.
Dalam alQuran ada beberapa ayat yang becerita mengenai hari penyesalan.
(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), - itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.
(At-Taghaabun 64:9) Maka menjadi inagatan pada diri. Semoga hari itu Allah tidak mendapati pada diri ini penyesalan yang tidak ada tempat untuk "membela" diri.
(Tafsir ayat ini tidak dapat saya kupas di sini sbb ilmu belum samapi ke situ. Cukuplah buat ketika ini bahawa hari penysalan akan dilalui oleh semua manusia.)
Saya turunkan di bawah ini maklumat tambahan yang saya cari di Google. Semoga penulis ini mendapat ganjaranya dari Allah jua.
Khazanahalquran.com – Salah satu nama dari nama-nama hari kiamat adalah “Hari Penyesalan”. Disaat semua kesempatan telah tertutup dan hanya tersisa pertanggung jawaban. Di hari itu semua orang akan menyesal. Pelaku keburukan menyesali dosa dan kesalahannya sementara orang-orang baik juga menyesal, andai dulu mereka lebih banyak melakukan kebaikan. Allah swt berfirman,
وَأَنذِرْهُمْ يَوْمَ الْحَسْرَةِ إِذْ قُضِيَ الْأَمْرُ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ وَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ
“Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, (yaitu) ketika segala perkara telah diputus, sedang mereka dalam kelalaian dan mereka tidak beriman.” (QS.Maryam:39)
Di hari itu orang-orang yang dzalim berusaha menyembunyikan penyesalan mereka ketika melihat adzab yang begitu dahsyat.
وَلَوْ أَنَّ لِكُلِّ نَفْسٍ ظَلَمَتْ مَا فِي الأَرْضِ لاَفْتَدَتْ بِهِ وَأَسَرُّواْ النَّدَامَةَ لَمَّا رَأَوُاْ الْعَذَابَ
“Dan kalau setiap orang yang zalim itu (mempunyai) segala yang ada di bumi, tentu dia menebus dirinya dengan itu, dan mereka menyembunyikan penyesalannya ketika mereka telah menyaksikan azab itu.” (QS.Yunus:54) *Juga pada ayat (Saba’:33)
وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَى يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلاً
“Dan (ingatlah) pada hari (ketika) orang-orang zalim menggigit dua jarinya, (menyesali perbuatannya) seraya berkata, “Wahai! Sekiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama Rasul.” (QS.al-Furqan:27)
يَا وَيْلَتَى لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَاناً خَلِيلاً
“Wahai, celaka aku! Sekiranya (dulu) aku tidak menjadikan si fulan itu teman akrab (ku).” (QS.al-Furqan:28)
وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِشِمَالِهِ فَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي لَمْ أُوتَ كِتَابِيهْ
Dan adapun orang yang kitabnya diberikan di tangan kirinya, maka dia berkata, “Alangkah baiknya jika kitabku (ini) tidak diberikan kepadaku.” (QS.al-Haqqah:25)
إِنَّا أَنذَرْنَاكُمْ عَذَاباً قَرِيباً يَوْمَ يَنظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنتُ تُرَاباً
Sesungguhnya Kami telah Memperingatkan kepadamu (orang kafir) azab yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata, “Alangkah baiknya seandainya dahulu aku jadi tanah.” (QS.an-Naba’:40)
يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي
Dia berkata, “Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengerjakan (kebajikan) untuk hidupku ini.” (QS.al-Fajr:24)
وَلَوْ تَرَىَ إِذْ وُقِفُواْ عَلَى النَّارِ فَقَالُواْ يَا لَيْتَنَا نُرَدُّ وَلاَ نُكَذِّبَ بِآيَاتِ رَبِّنَا وَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Dan seandainya engkau (Muhammad) melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, mereka berkata, “Seandainya kami dikembalikan (ke dunia) tentu kami tidak akan mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, serta menjadi orang-orang yang beriman.” (QS.al-An’am:27)
يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا
Pada hari (ketika) wajah mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata, “Wahai, kiranya dahulu kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul.” (QS.al-Ahzab:66)
Saya berhenti di sini dahulu dan sama-sama kita renungkan buat muhasabah diri dan memohon pada Allah Peunjuk dan Hidayahnya semoga kita sentiasa di jalan yang di redhaiNYA.
........
No comments:
Post a Comment