"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, December 6, 2017

Apa ada pada Koperasi......







Saya bercerita sebelum ini bahawa saya mengikuti lawatan sambil belajar ke Kelantan dan Trengganu dan meredah banjir demi kemajuan koperasi.
Saya ditanya keluarga apa itu koperasi. Saya katakan ia adalah pakatan kerjasama ahli dalam satu kumpulan untuk memajukan sesebuah organisasi berasaskan kumpulan modal bersama. 
Saya melibatkan diri dalam hal koperasi ini tanpa memahami sepenuhnya perihal koperasi. Saya hanya ikut ikutan dan saya bergantung pada Partner saya dalam membangunkan Koperasi Subur Fitrah.
Walau bagaimanapun saya turukan di sini sedikit maklumat dari google secara sepintas lalu.


Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah satu entiti yang telah diperbadankan pada 1 Januari 2008. SKM sebelumnya dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (JPK).
Di awal penubuhannya pada bulan Julai 1922, jabatan yang dikenali sebagai The Office of The Director of Co-operation ini berfungsi untuk menubuh, mendaftar dan membangunkan Syarikat Bekerjasama-sama di bawah Enakmen Syarikat Bekerjasama-sama ( The Co-operative Societies Enactment 1922 [FMS Cap. 97 of 1935]) dan ditugaskan untuk memandu dan memajukan pergerakan koperasi.

Objektif utama adalah;

  •  Merangsang pembangunan koperasi dan sektor koperasi yang kukuh dan teratur menurut nilai-nilai serta prinsip-prinsip koperasi bagi menyumbang ke arah     pencapaian objektif sosio-ekonomi negara;
  •  Mengalakkan sektor koperasi yang kukuh kewangannya, progresif dan mampan; dan;
  •  Mengekalkan keyakinan dalam gerakan koperasi.

Berasaskan ilmu yang terhad saya catat sedikit nota dan rakam apa yang saya termampu di bawah ini.


Ini kumpulan yang sentiasa nampak seronok membuat lawatan.
Kami menggenakan dua bas sekolah untuk tujuan ini.




Yang sedang memberi penerangan itu ialah
 CEO DIVA BEE ENTERPRISE.
Penerangannya termasuk projek kecantikan yang 
berasaskan madu Kelulut.



Ini expo kecil barangan yang dipasarkan.
Koperasi ini dikira antara yang berjaya dirantau ini.



Ini sebahagian rumah kelulut yang kami diberi penerangan sedikit


Boleh rujuk mereka di atas ini jika berminat.



Kami berjalan pantas  lebih kurang 200 meters dalam hujun grimis 
menuju tempat tertara di atas ini.


Itu sedikit mengenai KELULUT di Tumpat.
Pada awal paginya kami ke Pengkalan Chepa untuk ke USM.
Di bawah ini sedikit foto di USM, merakam detik-detik bersejarah dalam mencari Ilmu.



Kumpulan kami diberi penerangan lhampir sejam lamanya.
Maklumat yang teratur dan berguna bagi kami mencontohinya.


Kumpulan kami terdiri dari 80 orang peserta dari berbagai
jenis koperasi di negeri Johor.


Koperasi di USM sudah lama tertubuh.
Mereka berjaya dan membawa banyak keuntungan untuk ahlinya yang 
majoritinya terdiri dan kakitangan dan staf USM itu sendiri.
Mereka tidak ada masaalah dengan bilangan ahli dn tidak ada masaalah
 dengan hal-hal pencaruman kewangan.


Saya dan partner terlewat masuk dewan dan duduk di belakang sahaja.
Kampus USM amat besar dan luas dan jika tercicir amat sulit
mencari arah tujuan.


Setelah tamat taklimat kami dibawa melawat projek yang ada di kampus itu sendiri. Antaranya ia ada projek KOPITIAM, Department store, Projek berdikari untuk OKU
dan ada lagi yang saya tidak tercatat.
Projek di luar kampus tidak dapat dilawati dalam masa yang terhad.


Saya masih terpinga-pinga mengenai hal KOPERASI. Apatah lagi jika saya
 cuba fikir-fikir bersekali dengan projek INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA ( IKS )
jika di banding dengan Koperasi yang sudah berdaya maju. Keduanya 
ditubuh di bawah undang-undang yang berlainan.
Tetapi bagi saya dari akar umbi orang diperinkat kampung yang mahu 
maju melihatnya sebagai suatu yang tidak mudah untuk difahami 
dan kemudian dipatuhi.


Tidak kah ada cara yang lebih mudah untuk peringkat bahawan yang tiada sumber modal yang besar dan segera mencari jalan membantu diri.
Saya masih terpinga-pinga.


........

No comments:

Related Posts with Thumbnails