Musim Luruh telah berlalu. Kini Musim sejuk.
Semuanya hanya tinggal kenangan buat saya semasa berada di perantauan belajar, berurusan resmi dan melancung.
Kini berada di bumi asal di lahirkan.
Hujan emas di negeri orang, seronok lagi di negeri sendiri.
Di negeri sendiri ramai teteman, ramai sanak saudara dan mudah
mendapat sokongan moral.
Mudah pula mencari tuan guru untuk menambah Ilmu.
Musim bertukar......
Ustaz pula kata setiap hari keadaan sekeliling bertukar,
Bagi sesiapa yang mahu melihat dengan mata hati.
Siang menjadi malam dan kemudian menjadi siang pula.
Dan kemudian malam dan kemudian siang seterusnya.
Hingga ke suatu masa yang telah ditentukan.
Semuanya ada pengajaran yang harus dimunafaatkan oleh kita semua.
Di dalam al Quran Allah berfirman:
Dua foto di atas ehsan seorang teman dari Jepun.
Saya suka warna warni yang memikat hati.
Rasa damai......

Dan Dia lah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu).
(Al-Furqaan 25:62) |Dua foto di atas ehsan seorang teman dari Jepun.
Saya suka warna warni yang memikat hati.
Rasa damai......
Hari bertukar, musim pun bertukar.
Daun berguguran di ganti pula salji memutih.
Di bumi yang kering kontang masih ada tempat-tempat yang menghijau.
Ciptaan Allah pasti ada hikmahnya.

Di tempat sendiri musim panas dan musim tengkujuh selingan berganti.
Semuanya dalam paksi yang diatur rapi.
Cuma manusia ada yang tidak mahu ambil peduli.

Pertukaran keadaan boleh datang mendadak ibarat sekelip mata,
pasti ianya tiba dengan kehendak yang maha Esa.
Begitu juga umur kita...
Detik-detik duapupuhan dan tiga puluhan,
dunia ini seperti kita yang punya.
Namun ada yang meninti setiap musim penuh perhatian
mengingat dan mematuhi arahan Tuhan.
Semoga di akhir liku-liku kehidupan
Dapat anugerah kejayaan di sisi yang maha Berkuasa, maha Bijaksana.
Tiada sesalan....
Saat akhir tidak sesaat cepat dan tidak sesaat lambat.

Malaikat maut menjemput kita tepat waktunya.
Ayuh kita sibukan diri bersiap sedia,
Berpesan-pesan sesama kita dan semua keluarga semoga sejahtera.
Jangan kira kita masih muda, masih banyak masa.
Kerana pertukaran siang malam berlalu tanpa kita sedari
Sampai masanya jangan kita kecundang seorang diri.
Musim bertukar dan berlalu...
Kita ambil iktibar biar di hujungannya nanti kita tidak menyesal.
Semoga Allah menunjuki jalan dan Rahmatnya beraliran
Merentas musim yang kita ambil ingatan dan pelajaran
Ke pangkuan kasih sayangNya kita nantikan,
Ibarat kita dapat melepas rindu yang sifatnya berkekalan.
Aamiin ya Rabb....
Engkau Tuhan maha Pengampun maha Penyayang.
......
sebahagian foto ehsan carian google jua.
.......

No comments:
Post a Comment