Saya dan teman-teman yang sudah bersara selalu sahaja mencari jalan untuk berkumpul dan bersembang santai. Di umur kini kekadang lebih seronok buat aktiviti dengan kekawan sebaya berbanding melayan anak-cucu sebab tidak perlu mendengar jeritan gaduh dan tangisan berebut mainan. Tetapi makin lama bersara makin berkurangan kekawan kerana sudah sampai masa berpisah buat selamanya. In sya Allah jika panjang umur cucu-cucu akan jadi remaja dan in sya Allah dewasa dan bolehlah kita berkawan dalam cara yang lain pula. Perancangan Allah dan takdirNya kita tidak tahu. Semoga dalam perlindungan kasih sayangNya.
Minggu lepas kami bertemu dalam kumpulan main Kutu untuk makan tengah hari dan di situlah kami menjelaskan peruntukan yang telah dijanji. Giliran penerima menjamu selera teteman yang lain. Kali ini amat bertuah buat saya kerana yang menerima ialah Lafifah Marican dan dia berkahwin dengan seorang yang berketurunan cina.
Wah! Saya teruja menjamu selera menu masakan cina yang di tanggung halal. Semua masakan dibuat sendiri di rumah dan Master Chefnya ialah suami tersayang. Mula-mula kami dihidang Yee Sang dan teteman yang mencampurkannya seperti yang saya lihat di media. Saya tidak mencuba sebab tidak pandai pegang chopstick. Saya tunggu hidangan sahaja seperti di meja besar di Foto di atas itu..
Resepi Yee Sang Halal
Mungkin ini kali pertama dan kali terakhir saya makan Yee Sang sebab sudah kurang kederat ke sana ke sini dengan teteman. Hidangan yang lainnya pun istimewa buat saya kerana masakan menu Cina jarang dapat saya menikmatinya kerana tidak pandai mencari tempat yang sesuai sejak bersara dari kerja. Chef istimewa dan masakannya pun istimewa.
Ada acara membaca Yaseen dan berdoa ringkas sebelum makan, tetapi saya ketinggalan kerana datang lambat disebabkan kami pergi
menziarahi jenazah
seorang teman yang sama-sama bertadarus
semasa ada hayatnya.
Dalam makan yang istimewa kami teringatkan teman-teman yang telah terlebih dahulu dijemput pergi. Kami berpada-pada dalam
sedih dan bergembira kerana hakikat hidup pasti tibanya.
Itu lunch istimewa buat saya.
Esuk lusa In sya Allah kita cerita lain pula.
.......
No comments:
Post a Comment