"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, February 16, 2017

Karenah manusia berbagai rupa..............






Alkisah.......
Suatu cerita rakyat jelata.....
suka duka, lawak jenaka.

Cerita si luncai terjun dengan labu-labunya....
Cerita Pak Pandir yang ingat aqal diri sudah cukup geliga...
Cerita lelaki biasa yang buta bicara, walaupun punya gelaran orang besar masyarakat, cuma bangga sebab ternama.

Alkisah.....
Cerita sosial manusia mahu diiktiraf ia kaya raya,
Cerita kaum tua yang ingat diminda ia masih muda.
Cerita mereka yang lutut kendur, mata kabur, gigi gugur....
tetapi masih mahu bukti macho yang ia belum luntur.

Begini antara ceritanya.....


Suatu hari seorang yang dikira dalam lingkungan umur tua tiba-tiba tersedar mahu beristeri muda.
Tidak salah pada hukum cuma ia membuat ramai ahli keluarga terpinga-pinga...
Biar betul ye.....

Umurnya lewat 70 ....
Perempuan yang dipilihnya lebih muda dari anak bongsunya....
Hebat kan ? Boleh tunjuk bergaya.

Mendapat nasihat dari saudara berpengalaman sama
Tersenyum lebar mendapat rakan setia,
Selalu sibuk membina fisik diri untuk berupaya penuh tenaga
Ubat-ubatan tidak mengira harga, pasti dibeli olehnya.
Terepi fisik secara tradisional dia tak lupa.
Wah ! ganteng dalam fikirannya.
Pastinya takut isteri muda berpaling muka, jauh perginya.

Adat hidup manusia
Biar putih tulang jangan putih mata
Manusia melihat, mungkin tertanya-tanya.
Allah lagi maha Melihat dan menguji kesabaran hambanya.
Semoga ada baiknya.....
Kerana pilihan seperti ini dibolehkan dalam agama.

Namun.....Semoga ingat hidup begini ada buruknya
Takut ego melebehi kederat diri dan kemampuan terhad
terlupa nak kira, 
Hilang kebijaksanaan budibicara dan hilang timbang tara..

Tidak pula ada nasihat yang mahu diterima.
Salah tafsir ia sunnah katanya, entah tafsir ikut mana.
Sebab syarat-syarat yang dituntut berat semuanya.

Mungkin silap Ustaz menasihat pun ada juga,
Atau silap faham oleh diri sendiri dalam menerima
Tidak tepat becerita hal-hal rumah tangga bahagia.

WaAllahu'alam.....saya menyelitkan kata.
Setakat memerhati semoga tidak terlibat sama.
Biar Takdir mutlak yang menentukannya.
Allah maha Mengetahui, maha Adil dan maha Bijaksana.

Kaum Adam lah yang  perlu berwaspada....
Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendung tercicir pula,

Fikir-fikir seketika.....
Allah tidak mencipta aqal sia-sia.

.......

No comments:

Related Posts with Thumbnails