Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa.
Hanya generasi saya yang masih menggunakan peribahasa Melayu.
Makin hari makin pupus seni berinteraksi dengan bahasa
yang indah dan berseni.
Tidak mengapa. Saya ceritakan dengan mudah.
Saya rakam foto di atas minggu lepas semasa menghadiri
majlis perkahwinan anak lelaki Che Gu Rosman
dan isterinya, Ayu di Tangkak Johor. Che Gu Rosman
berkopiah putih dan isterinya di sebelah kanannya.
Mereka pernah menghantar anak lelaki berumur enam tahun ke Tadika SmarTop Subur Fitrah yang saya dan partner saya usahakan.
Kini kami mengurus masuk tahun yang ke lima.
Alhamdulilah.
Che Gu Rosman dan isteri membantu Tadika kami dalam berbagai bentuk dan yang paling kami ingat sekali ialah sumbangan khemah dan jamuan makan terutamanya semasa kami
mengadakan aktiviti ko kurikulum
seperti hari sukan dan hari ihtifal, sambutan Hari Raya
dan sebagainya. Mereka bermurah hati dan
budi baik mereka tetap kami kenang.
Che Gu Rosman bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Muar
dan beliau sentiasa menasihati kami bagaimana
mahu meningkatkan kualiti sebuah institusi yang berkaitan
dengan pendidikan awal kanak-kanak.
Kerana kesibukan tugasnya kini beliau hanya
membantu memantau kami
dari jauh dari masa ke masa.
Kami hargai jasanya.
Semoga Allah terima sumbangannya membantu masyarakat dengan penuh keperhatinan sebagai amal soleh yang diberkatiNYA.
.......
No comments:
Post a Comment