"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, February 1, 2017

Alahai saya tak sihat, tapi alhamdulillah........






Ini kakak saya yang tertua yang masih Allah beri nikmat melalui umur warga emas senior. Anak-anak buah memanggilnya Mak Su. Su nama pendek bagi Sutiah yang kini sudah mendekati 81 tahun. Foto di sebelah saya rakam pada 14 Janusri 2017 semasa menghadiri majlis perkahwinan cucu saudara di Bangi.

Alhamdulillah.....

Tahap kesihatannya sederhana. Tidak ada kerumitan dan masih Allah kurnia kederat berjalan walaupun solat di atas kerusi.

Tetapi minggu lepas dia demam yang tidak baik dengan hanya panadol. Tetemannya menghantarnya ke Hospital kerana ditakdirkan mereka berpergian bersama ke Majlis Ilmu. Ia ditahan di wad kerana simptomnya seperti ia keracunan kencing tikus.

Saya terkejut dan cemas tetapi tidak pulang segera kerana kakak saya yang seorang lagi minta saya bertenang. Tiga malam ia di wad dan di benarkan pulang hari kelmarin dulu.

Alhamdulillah.....bukan keracunan kencing tikus.

Kebelakangan ini saya dan teteman mudah bercerita tentang ujian Allah atas kesihatan badan yang berbagai jenis. Itu kurniaan Allah di umur tua.  Saya mudah memberitahu kekawan sakit yang ada.: "I am a high flier....high blood pressure, high cholesterol, high blood sugar and now registered with IJN."

Saya perhatikan ada teteman atau kekawan yang tidak mahu bercerita masaalah sakitnya dan beransur-ansur menarik diri dari kumpulan sosial kami seperti kumpula bertadarus al Quran, kumpulam pengajian fardhu ain, kumpulan exercise Tai Chi, morning walk dan sebagainya. Mengapakah agaknya ada diantara warga tua kita yang lebih selesa tidak bercerita pasal sakit.

Walhal kita selalu diingatkan supaya mengingt akan hakikat bahawa kita pasti mati. Bercerita pasal sakit boleh membuat kita menginsafi diri bahawa dunia ini adalah dunia pinjaman.. Bila sudah lewat 6 series atau mencapai 7 series tidak perlu lagi cerita pasal shopping barang kemas atau berpakaian yang anggun. Ustaz kata eluklah wang yang lebih itu kita infakan pada mereka yang lebih memerlukan. Sekarang ini beberapa kawan sebaya sedang sakait yang agak serious. Dua orang dengan kanser dan seorang sudah sampai ketahap dialysis yang kerap, 4 kali sehari buat di rumah dan mesti cucuk insulin empat kali dalam sehari. Saya setakat boleh simpati dan mendoakan mereka Allah mudahkan segala urusan menjaga diri dan semoga Allah memberi kesabaran dan keikhlasan dalam menjalani segala ujian.

Yang tidak sakit serious pun harus menginsafi diri dan mengingat Allah sepanjang masa.....

Saya selalu mengingatkan anak-anak cucu saya supaya jangan tunggu sampai hari tua untuk beribadah khusus. Yang penting Allah suruh kita menjalani ibadah persis "habluminallh dan habluminannas". ....untuk Allah dan untuk sesama manusia. Kita selalu lalai untuk sesama manusia kerana kita sentiasa merasai kekhuatiran nanti jika terlalu banyak membantu orang lain, kita tidak mencukupi untuk diri sendiri. Ustaz selalu mengingatkan bahawa itu adalah bisikan Syaitan supaya rasa kedekut untuk berkongsi rezki yang Allah kurnia dan syaitan suka melihat manusia sukar mensyukuri apa yang ada. Sebenarnya Allah telah berjanji bahawa jika kita mensyukuri yang sedikit, maka Allah akan menambahkannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.

A133
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
(A-li'Imraan 3:133) | 


A134
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
(A-li'Imraan 3:134) | 


Dua hari dahulu saya menerima jemputan majlis kesyukuran membaca yasiin bersama-sama dan berdoa menacari keredhaan Allah sepenuhnya. Saya ingin kongsikan perihal seorang teman yang bercerita bahawa sekarang ini diumur tua dia pergi untuk memotong kuku tangan dan membersihkan kuku kaki (manicure dan pedicure) di Salon swasta. Masih muda tidak pergi. Bukan sekarang banyak duit tetapi sekarang badan sudah tidak boleh tunduk (tidak lagi flexible) untuk mencapau jejari di kaki. Bukan sesahaja hendak cantik, tetapi terpaksa begitu kerana kemampuan fisikal sudah banyak berbeza. Saya tersenyum kerana saya pun begitu tetapi tidak ke salon khas untuknya.

Alahai....cerita karenah hidup di ambang akhir-akhir menghabiskan baki kurniaan Allah dalam menjalani hidup ini.

Apa pun, alhamdulillah dan bersyukur tidak terhingga.

Sampai di sini dahulu perkongsian saya. Jika ada pengunjung blog ini yang masih muda, semoga bersimpati dengan orang-orang tua dan bagi yang masih ada emak ayah munkin baik jika mahu membersihkan kuku kakinya. Pasti kegembiraan yang tidak terhingga.........


.......

No comments:

Related Posts with Thumbnails