"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, February 17, 2017

Bibik ku kembali semula.....





Sudah hampir setahun bibik balik kampung di Indon dan tiba-tiba ia muncul kembali....

Siapa sangka....

Tetapi kemunculannya tidak membawa berita gembira dari segi perjalanan hidupnya. Hidup yang berliku-liku tidak seindah perjalanan yang jauh tetapi cantik dan nyaman seperti foto google di kiri ini.

Saya upload di sini untuk membantu saya berfikiran lurus dan bertenang dan cari jalan bagaimana mahu membantu Bibik saya ini. Saya tidak boleh memberi kerja sepenuh masa kerana saya tidak berkemampun. Sekarang ini kadar bayaran ialah rm15 sejam.

Walau apapun saya mendengari ceritanya. Sedih sekali....

Ia diceraikan suaminya kerana ada perempuan Melayu yang suka padanya. Sekarang bibik saya ada 3 orang anak berumur15, 8 dan 3 tahun. Yang 8 tahun dijaga oleh neneknya kerana dia OKU yang berat dan serious. Mesti diurus sepenuh masa kerana tiada kederat dan cacat daya berfikir. Maha suci Allah.....Tiada ciptaanNya yang sia sia.

Apa pun ceritanya dan apa pun penderitaannya, saya terpanggil untuk membantu. Kita harus membantu sesama manusia tidak kira di waktu senang atau waktu susah.

Kalau ciptaan Allah berbentuk haiwan pun kita harus membantu, inikan pula sesama manusia.


Saya tidak berjanji membantu sepenuhnya dan hanya memberi harapan padanya bahawa jika ia benar-bernar terkandas, maklum pada saya. Sebenarnya saya pun belum jelas pada fikiran sendiri apa bentuk pertolongan yang saya boleh berikan. Saya cuma terlalu kasihan dengan penderitaannya dan mungkin saya akan minta kekawan saya juga untuk memberinya pertolongan. Saya tidak mahu dikira zalim kerana tidak mahu menolong.

Ramai manusia di sekeliling kita yang perlu pertolongan. Ramai orang gelandangan di negara kita sendiri. Negara kita kaya raya kerana Allah kurnia banyak sumber mentah di langit dan di numi. Sayangnya kita ditadbir oleh pemimpin yang tiak peduli sepenuhnya pada Rakyat, Saya tidak mahu kata berlebihan kerana ramai yang sudah maklum bencana yang menimpa kita. Saya akan menyokong siapa jua yang saya fikir dapat menyelesaikan masaalah yang ada.

Ibaratnya keadaan rumah kita sudah mula terbakar....
Saya akan terima siapa jua yang bolih menolong tanpa kita menanti hingga kita binasa sepenuhnya. Dan janganlah kita membiarkan rumah terbakar terus hanya semata-mata kita sayangkan apa yang ada tanpa memikirkan bahaya yang makin akan merosakan segalanya. Dalam pada itu kita harus bijak jangan sampai tertipu dengan janji-janji manis dari siapa jua......

Semoga kita dapat berfikir berasaskan ilmu yang benar, berdoa, berusaha, berdoa dan tawakul...... 

Akhirnya......
Apalah masaalah Bibik saya berbanding masaalah negara....
Saya bertekad dapat menolongnya walau kecil-kecilan. Semoga Allah menolong dan memberkati usaha walau kecil sekali pun.
Semoga Allah menurunkan pertolongan dalam kita mencari penelesaian negara yang lebih besar.....
Aamiin ya Rabb.



.......foto ehsan google.......

No comments:

Related Posts with Thumbnails