"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, February 23, 2017

Kehilangan seorang lagi.....







Hari Isnin lepas saya kehilangan seorang teman lagi. Dia Allahyarham Ibrahim Kassim berdiri dua dari kanan. Sebelum itu, pada akhir tahun lepas saya kehilangan Tan Keng Feng yang menetap di Singapura. Ia berdiri di kanan sekali. Mereka semua yang kelihatan di foto itu adalah kekawan seangkatan dan kami tamat sekolah "atap" di Tingkatan 5 di Pontian Johor dalam tahun 1964.

Rasa tersedih dan kehilangan sebab kami ada ikatan silaturahim walaupun jarang berjumpa. Tetapi kami berhubung bersembang santai dalam group whatsapp.



Kali terakhir saya bertemu ialah pertengahan tahun 2016 semasa kami meraikan seorang lagi teman Hing Neo yang menetap di Melbourne Australia dan datang on transit untuk ke Korea. Kami makan tengah hari di Royal Selanor Club tajaan teman yang berdiri di kiri sekali. Tamyes Rahmat namanya.

Begitulah perancanaan Allah yang maha Pencipta. Tiada siapa boleh menduga bila kita akan dipanggil semula menghadap mahkamah pengadilanNya. Kedua teman kami tadi meninggal tanpa notis. Kedua-duanya meninggal kerana serangan jantung.



Allahyarham Ibrahim pulang bersama dua teman akrabnya dari melancung ke Lombok dan jatuh di KLIA2 akibat serangan jantung dan meninggal pagi berikutnya. Di atas ini foto kenanagn kiriman teteman yang bersamanya. Tersedih dan terfikir-fikir pula mengingat bila pula giliran saya. Mediang Keng Feng berumur 68 tahun dan Allahyarham Ibrahim berumur 71 tahun. Subhanallah, Allahuakbar.

Kelihatan di foto di atas Allahyarham Ibrahim bersama isterinya, Hjh Rahmah. Beliau juga kawan sekolah saya dalam angkatan yang sama. Saya berpeluang menziarahinya selepas upacara pengkebumian di Puncak Alam. Air matanya sentiasa berlinangan. Mulanya dia tidak dijadualkan ikut sama ke Lombaok. Takdir Allah tiada yang dapat mengubahnya. Dia di samping suaminya hingga ke saat akhir. Alhamdulillah.

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Ruhnya dan menempatkan dia di kalangan Ruh orang-orang soleh. Semoga kami dapat bertemu kembali di syurga Firdaus dengan Rahmat Allah jua.
Aamiin ya Rabb....


......

No comments:

Related Posts with Thumbnails