"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, February 13, 2017

Masa depan tidak menentu, keluarga bersatu.......






Alhamdulillah.....

Dalam suasa ekonomi kemelut dalam negara, Allah masih kurnia masa dan kesihatan untuk menjalin kasih sayang dalam keluarga.

Ini anak saya Azra dengan bayi yang baru dilahirkan. Alhamdulillah sihat dan tidak banyak masaalah mengurusnya. Bersama dia ialah isteri Azrul, Sarah yang membawa anak-anaknya bila kesempatan supaya anak-anak merasakan pautan kasih dalam keluarga besar.




Ini sebahagiannya. Dari kecil-kecil lagi kita biasakan mereka main dan berinteraksi supaya apabila meningakt remaja mereka tidak kekok. Emak saudara boleh berperanan seperti emak sendiri dan in sya Allah bila dan jika ada masaalah yang mereka perlu lalui mereka boleh mendapat pendapat emak saudara jika belum pasti boleh memberitahu emak sendiri. Inilah kekuatan  keluarga besar yang sering bermesra sebaik mungkin.



Usaha mendidik anak-anak bukan suatu yang mudah dan ia harus menjadi agenda penting dalam keluarga. Di atas ini yang berbaju biru, Akif dan berbaju kelabu, Ujai bersama dengan Asim. Akif dan Ujai anak istimewa yang perlu perhatian lebih. Di atas adalah sessi cuba menerapkan erti kesabaran dalam membuat sesuatu tugasan. Sessi terepi di jalankan dari masa ke masa dan di sini cuba melihat kesan dan hasilnya.
Alhamdulillah ada perubahan dan semoga mereka boleh diintegrasi dengan anak yang normal bila meningkat ke sekolah menengah nanti. Perkongsian masaalah dalam keluarga besar banyak meringankan bebanan harian.

Apa jua masaalah, sifat sabar dan komitted harus ada jika kita mahu mendapat pertolongan dari Allah. Ubah diri sendiri sebelum Allah kurnia perubahan yang dicita-citakan.


Minggu lepas kami makan bersam sekeluarga. Tiada menu special. Hampir semua dibeli .


Saya punya anak tiga orang. Alhamdulillah. Satu perempuan sahaja.




Sebahagian cucu yang sempat dirakam bermain sama.
Ada yang nak jadi professor dan menyendiri. Berangan nak menyelesai masaalah negara,......agaknya.




Sambil makan kami juga meraikan hari lahir Amirul dan anak lelakinya, Amru. Mereka lahir Januari, agak terlambat. Tidak mengapa sebab ini cuma alasan untuk bertemu.


Di bawah ini ladies of the family. Anak perempuan saya Allah kurnia 6 anak dan semuanya lelaki. Kata anaknya yang otistik: The new baby is also a boy. I don't have a sister. There is only one girl in the family, refering to the mother.
Otistik children have a way of describing things and events. Their brain is structured differentlay. Allah maha Pencipta. 
Tiada yang sia-sia.


Kekuatan keluarga harus sedaya upaya cuba dibina. Kita cari masa untuk sesekali bertukar fikiran dan cuba menyarankan idea-idea bernas yang boleh difikirkan bersama demi kebaikan dan kekuatan keluarga. Dalam keadaan negara yang tidak menentu dari segi ekonomi, keluarga harus bantu membantu. Together...Yes we can.
Biiznilah...dengan izin Allah.

Dari segi rezki Allah memberi kecukupan. Namun Sunnatullah harus di laksana dan keluarga besar boleh membantu. 
Suami dan saya dalam umur dewasa tua ini amat khuatir anak cucu akan terkandas kerana kos sara hidup makin tinggi dan pendapatan keluarga sama sahaja . Tetapi lebih mengkhuatirkan ialah pendapatan keluarga boleh mengurang kerana berbagai sebab seperti bisnes kurang lancar kerana kekuatan membeli dari masyarakat makin berkurangan.
Anak menantu saya agak susah mendapat pekerjaan dan bergantung pada satu sumber sahaja. Maka dalam perjumpaan keluarga, kita bincang juga mana-mana perkara yang harus dibincang untuk sama-sama memahami hal keadaan yang ada bagi membolihkan saluran sumbangan dibuka bagi yang diperlukan.

Ini amat penting. Jika tidak ada kekuatan keluarga bagaimana kita mahu menjalin kekuatan jiran tetangga, masyarakat dan negara. 

Saya melihat kini kekuatan negara seperti rapuh kerana banyak masaalah kewangan yang dihadapi untuk pembangunan negara. Terdengar pula dan terbaca pula kisah-kisah hartanah negara sudah jatuh atau akan jatuh pada warga asing yang akan membuatkan anak cucu kita menjadi terasing bila dewasa kelak.
Saya amat berharap kita berfikiran waras dan bijak. Cerita mengenai bangsa dan keturunan tidak akan menyelesai masaalah besar yang ada dalam hidup kita. AlQuran dan Hadith sudah banyak menjelaskan bahawa jika kita tidak kuat mematuhi segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang maka pertolongan Allah amat jauh. Tidak kira dimana manusia berada, dan tidak kira dimana orang Islam bermastautin. 
Jika keluarga tidak bersatu, mana mungkin negara boleh kuat dan mana mungkin kekuatan ummah boleh terbina. Bagaimana mungkin Islam akan dihormati jika kita yang mengaku Muslim masih sambil lewa dan tidak serious. Pertamanya kita tidak mencari Ilmu dengan bersungguh dan jika ada ilmu sekalipun kita tidak serious melaksanakan apa yang kita tahu.
Saya mengingatkan diri saya dan keluarga bahawa jika kita tidak membela kebenaran Islam, maka Orang Muslim akan menjadi seperti yang ada sekarang. Antara yang perlu dilakuakan ialah melaksana sistem pendidikan yang berteraskan Tauhid. Tidak perlu berlebihan mahu melaksana Bahasa Melayu. Jika kita pelihara Tauhid kita, maka Kemelayuan kita dengan sendirinya akan terpelihara. Kita sibuk itu dan ini tetapi perkara Teras kita ambil ringan. Kita ikut sahaja budaya asing yang tidak menjadikan Allah sebagai Teras kehidupan kita. Semoga kita insaf dan balik ke pangkal jalan dengan segera yang mungkin sebab kita tidak banyak masa.


Semoga keindahan kawasan luar rumah anak saya ini akan terus bersamanya.


Semoga usaha kita walaupun kecil Allah kira sebagai besar dan dihujung kehidupan kita Allah kurnia gajaran dan Rahmatnya yang tidak terhingga.
Aamiin, Ya Rabb....


.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails