Ini Ayahenda dan isteri.....
Dia menggelar dirinya Ayahnda pada saya dan suami. Terharu rasanya.......
Hanya sahaja saya suka bersembang santai dengannya dimana jua saya mendapat peluang. Berumur 81 tahun, ayahenda masih kuat ingatannya.
Ayahenda sering menjemput kami yang berjiranan minum pagi di rumahnya. Dua hari dulu kami ambil peluang bersilaturahim. Sememangnya ramai yang akrab dengannya dan isteri kerana dia mudah berinteraksi dan suka melawak. Dia lama berkhidmat di University Malaya dan amat disayangi oleh siapa jua yang mengenalinya.
Ini foto yang teteman hantar pada saya.
Tetamu pada pagi itu termasuk pegawai Masjd Kg Tunku dan ramai
kaum bapa yang hadir sama.
Kini Ayahenda sudah jarang-jarang ke Masjid kerana tidak
seaktif dahulu. Saya dan suami sering berbual mengenai
Ayahenda dan bercerita mengenai falsafah hidupnya dalam
berkerjaya dan berumah tangga.
Sering dia mengingatkan suami saya secara santai dan lawak
supaya tidak perlu mencari pasangan hidup
yang muda di hari tua.
Seronoknya tidak akan sama.
Yang berkorban adalah yang tua dan seseorang itu tidak harus
di hujung-hujung hidup ini mencari sesuatu yang mungkin tidak boleh dicapainya seperti yang diidamkannya.
Suami saya senyum lebar, entah apa yang ada difikirannya.
Saya mendengari sahaja.
Itulah Ayahenda.....
Kata-katanya dan lawaknya selalu bermakna lebih dalam
dari apa yang disebutnya. Itulah kebijaksanaannya.
Semoga kami akan terus dapat bertemu mesra
dalam lindungan kasih sayang Allah yang
maha Pencipta dan maha Berkuasa.
Semoga Ayahenda dan isteri dikurniai kesihatan dan kesejahteraan
dalam beramal hingga ke masa yang Allah akan tentukan.
Semoga kami semua mendapat limpah kurnia Rahmatnya.
Aamiin ya Rabb....
.....
No comments:
Post a Comment