Sudah tiga atau mungkin empat tahun saya tidak ke Tanglin makan Nasi Lemak untuk sarapan. Dulu saya ikut suami dan teteman Masjid. Hari Sabtu lalu, tanpa rancangan, kekawan Masjid ajak suami saya ke Tangkin selepas solat Subuh di Masjid. Saya rasa teruja dan ikut sahaja sebab sudah lama tidak ke sana. Semasa kerja ia warung sahaja. Kini sudah ada bangunan tetap.
Sangat terkenal Nasi Lemak di sini dan pelanggan harus berbaris. Sedap makan adalah cita rasa masing-masing. Alhamdulillah Allah kurnia rahmat deria rasa yang unik.
MAKA NIKMAT ALLAH YANG MANA YANG HENDAK KAMU DUSTAKAN?
(maksud al Quran).
Kelihatan di meja sebelah kekawan suami saya menikmati sarapan.
Hanya seorang sahaja yang makan Nasi Lemak. Yang lainnya saya
perhatikan makan Roti Kawin.
Dalam umur dewasa senja ini ramai yang memilih makanan
yang sihat untuk kepentingan diri masing-masing.
Warga muda tidak akan faham.
Sambil makan kedengaran orang menyanyi amat dekat dengan tempat saya duduk.
Oh rupanya ada anak muda menghiburkan pelanggan yang setia.
Saya suka ambil peduli orang-orang seperi ini kerana mereka
ada daya kreatif ada usaha
dan tidak malu mencuba membina jati diri.
Saya ambil foto hanya sesuka.
Ada juga seorang peminat mengambil perhatian dan
mengatakan sesuatu padanya.
Dia meletakan sesuatu dalam "kantung" yang disediakan.
Saya juga meletakan
"appreciation" kerana dia mahu berusaha.
Saya menghargai usaha tidak kira bangsa, keturunan dan agama.
Rasulullah salallahualaihiwasalam bangun berdiri menghormati jenazah seorang Yahudi kerana setiap Ruh adalah ciptaan Allah.
Saya ada kumpulan WhatsApp dari "Class of 64" dari
sekolah Menengah di Pontian Johore.
Saya post kepada kumpulan saya itu apa jua cerita yang dapat menarik mereka pada Islam. Majoriti kelas saya bukan Melayu.
Allah yang membuka minda. Kita hanya memanjangkan mesej "Kebenaran" mengEsakan Tuhan. Semoga usaha kecil saya itu juga dikira dakwah.
Semoga Allah meredhai.
........
No comments:
Post a Comment