Syawal telah berlalu tetapi masih belum ada ruang dan peluang untuk pulang ke kampung menziarahi kakak-kakak yang semuanya sudah melewati umur 70 tahun. Maka 2 minggu dahulu saya pulang ke kampung memaksa diri mengubah jadual agar dapat bermesra dengan kakak-kakak yang sentiasa menanti-nanti di ziarahi oleh sanak saudara. Maklumlah mereka sudah tidak upaya kemana-mana melainkan ada yang membawa bersama.
rumah kakak di Pontian, Johor.
Ini kakak saya yang berumur 77 tahun yang tinggal di Kota tinggi.. Ia baru sahaja sihat setelah jatuh di bilik air. Maklumlah sudah luput penglihatan kerana mengidap kencing manis. Ia punya seorang anak perempuan yang telah berkeluarga tetapi telah lama tidak pulang ke kampung, dan tidak ada khabar berita. Semoga ia juga akan melapangkan masa, menukar jadual dan pulang ke kampung, semoga terubat kerinduan seorang emak.Letakkanlah diri sebagai seorang emak. Pastinya ia juga rasa "kecewa" jika anak tidak menunjukkan kasih sayang yang sewajarnya. Syurga terletak dibawah tapak kaki ibu. Dan hadis mengatakan bahawa rugilah sesaorang itu jika tidak berbakti kepada ibu bapa kerana ia bolih jadi penghalang mendapat 'khusnul khatimah' yang memudahkan kita masuk syurga. Saya berdoa semoga apa jua masaalah hendaklah kita bersabar, dan yakinlah bahawa Emak adalah Emak. Tidak ada "spare parts" untuk tukar ganti.
Ini suami kakak saya. Tiga minggu dulu dia menyambut hari kelahirannya yang ke 80. Alhamdulilah. Allah kurnia umur sepanjang itu. Keluarga saya ramai yang mencecah umur lapan- puluhan. Semuanya sudah tersirat. Ada satu Ustazah mengatakan pada saya bahawa Rasulullah tidak berdoa minta panjang umur. Kita orang Melayu di Malaysia sahaja yang suka doa minta panjang umur dan murah rezki. Itu pun kita tidak sebut rezki zahir dan rezki batin. WaAllahua'lam. Semoga saya dapat diperbetulkan dalam hal ini.
Abang ipar saya "steady" orangnya. Seperti manusia biasa kita ingat kata-kata Allahyarham P. Ramli: "sedangkan lidah lagi tergigit, Inikan pula suami isteri".
Ini rumah kakak di Kota Tinggi Johor.
Saya mengambil iktibar, kerana fitrah manusia sama sahaja. Fitrah perlu ditarbiah semoga memahami dan menyedari hakikat kewudan manusia di dunia ini. Kita tidak bolih kata mengata dalam hal ini. Semua kita dalam kancah yang sama. Tidak ada seorang pun yang bolih mendabik dada dan mengatakan anak aku baik. Anak aku sayang aku dan ambil berat tentang aku. Kalau begitu kita bersyukur, alhamdulilah, dan berdoalah untuk orang lain.
Harta dan kebendaan membuatkan setengah manusia lupa diri. Al Quran mengingatkan:
"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhan mu sserta lebih baik untuk menjadi harapan". Surah Al Kahfi ayat 46.
Sama-sama kita zikir fikir pada pagi Jumaat seperti ini.
No comments:
Post a Comment