Itu pembuka cerita.
Ini anak saudara saya bersama cucu-cucu yang tinggal bersamanya nun di daerah FELDA Air Tawar 4, di Kota tinggi Johor. Ia duduk terpencil dari adik beradiknya. Ia keluarga kurang berkemampuan dan jarang-jarang sekali keluar ke bandaraya. Dunianya adalah sesama peneroka. Dahulunya dia seorag bidan terlatih untuk kampungnya tetapi kini sudah bersara.
Apa yang ingin saya kongsikan ialah fikiran mindanya yang pada pendapat saya masih berkisar pada cara lama. Politik di sekelilingnya adalah politik yang ada sejak Merdeka, yang sentiasa menakut-nakutkan pemikiran berhijrah ke dunia kenyataan yang kini ada di sekelilinm kita. Tempat tinggalnya terpencil dari arus pembangunan dan mindanya juga terpencil. Dakwah Islam belum tersebar luas. Aktivitinya hanya sessi-sessi membaca alQuran surah yasin dan tahlil. Ini amat mengecewakan saya memandangkan kita sudah Merdeka lebih dari 50 tahun. Anaknya guru sekolah agama kerajaan negeri (dan tinggal bersamanya) tetapi ia juga masih belum berani melangkah keluar menukar "cita rasa". Sekeluarga masih ditakuk lama jika dilihat dari segi fikrah pembangunan insan yang sewajarnya. Inilah bahaya "zon selesa" yang dirasai oleh peneroka-peneroka. Mereka rasa kukup dan tidak perlu membuat perubahan. Itu pun yang dikempenkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Ini rumah mereka, asalnya rumah FELDA yang sudah diubahsuai dan diganti.
Mereka rasa puas hati kerana tidak ada
maklumat luaran yang berbeza yang terperinci yang diketahui.
Salah saya agaknya kerana kurang pandai psykologi mempengaruhi. Saya pun tidak cuba mengenali jiran-jirannya supaya yakin meyakini, dan supaya percaya mempercayai bahawa perubahan tidak semestinya hilang keselesaan. Keselesaan apalah sangat di FELDA itu. (mereka pun belum dapat mengumpul dana untuk perbelanjaan menunaikan fardhu Haji). Bukan tidak bersyukur tetapi saya mahukan mereka memahami bahawa keselesaan fisikal bukan matlamat hidup sepenuhnya. Tetapi media massa terutamanya tv amat mempengaruhi. Konsp "bersyukur" di ulang berkali-kali tanpa memberi erti yang yang sewajarnya difahami. Dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Saya berpendapat mereka itu diperalatkan tanpa disedari. Saya berjanji pada diri bahawa saya akan cuba lagi memberi kefahaman, walaupun sedikit, hinggalah diakhir hayat nanti. Ustaz kata berdakwah hendaklah dengan hikmah. Semoga Allah mengurnia kemampuan dan kesihatan untuk terus menabur bakti bermula dengan saudara mara saya sendiri.
Cantik bunga-bunga di halaman rumahnya -
kecantikan fikrah Islam akan sama-sama kami bina,
dengan Pertolongan dan Rahmat Allah jua.
dengan Pertolongan dan Rahmat Allah jua.
4 comments:
Salam Puan,
Saya juga dikelilingi masyarakat seperti ini,sehigga pada peritiwa malam lepas PRU2008 mereka telah mengosongkan balairaya waima wayar elektrik pun,seolah-olah kampung mereka telah ditakluki negara luar.Adalah menjadi tanggugawab kami untuk menyedarkan mereka.
p/s.Saya ada hantar meseg ke gmail puan.Sila check.
Salam.Makbonda. Tq. Nanti saya cerita di emel.
SALAM NGASOBAHSELIMAN
Saya sempat melihat beberapa entri ngasobahseliman. Amat menarik sekali, termasuk mengenai kehidupan kerabat yg telah berstatus warga emas. Kisah dan pengalaman orang, sesiapa saja, memang berguna utk kita jadikan sempadan atau teladan. I look forward to reading your other entries soon.
Terima kasih Sdr Temuk sudi menjengok blog saya.Saya menulis semoga memberi munafat termasuk saya sendiri supaya minda ini tidak jadi beku dan jumud. Sebenarnya saya sudah lama mengikuti Blog sdr dan saya seronok mendapat pemikiran yang kadangkala saya terlepas pandang.
Keep writing and I will keep reading, insyaAllah. Salam.
Post a Comment