"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, October 20, 2010

KAMBING.......



Kakak saya dalam gambar ini berumur 73 tahun. Pada umur yang sama  dengan saya dahulu ia lebih kuat dan lebih cergas. Saya bawa dia melancung ke Jepun tinggal dengan anak saya di Tokyo selama 2 minggu. MasyaAllah, dia boleh berlari mengejar keretaapi apabila kita lewat. Saya akan ketinggalan di belakang. Pada satu ketika saya terjatuh, kerana kurang stabil bila berjalan laju. Itulah  perbezaan kerja di kampung dan kerja di bandar. Orang-orang seperti kakak saya adalah lebih sihat. Alhamdulilah.

Ini gambar di satu sudut di rumahnya yang saya pergi ziarah baru-baru ini. Rumahnya kecil sahaja tetapi kemas rapi tanpa pembantu rumah. Dia mewarisi emak saya dari segi keperhatinan menjaga keselesaan rumah. Sentiasa bersih dan dalam umurnya sekarang saya tabik spring padanya.

Saya selalu rasa terharu bila bersamanya. Saya masih dimanjakan. Ia akan masak lauk-lauk yang saya suka dan akan kirim kuih-kuih dihari raya. MasyaAllah. Seperti saya masih kecil lagi. Maklumlah saya adik yang bongsu. Bila duduk lama bersembang dengan anak-anak saya, ada kalanya ia bercerita perihal hidupnya semasa kecil dulu. Ia dilahirkan sebelum perang dunia kedua dan selepas perang hidup rakyat sememangnya amat susah dan getir. Saya masih kecil dan belum ingat bagaimana semua kakak-kakak saya berkerja kuat membantu emak dan bapak. Kakak saya yang ini mengembala kambing tugasnya. Ia selalu menangis bila bercerita kerana masih merasakan ketakutannya berada jauh dari rumah di kawasan-kawasan yang kadang kala belukar dan sunyi.  Dia membantu juga dalam kerja-kerja lain tetapi kambing adalah yang penting.Bukan bela kambing seperti di ladang komersial, hanya empat atau lima ekor sahaja. Tetapi ia signifikan dalam hidup kakak saya.

Apabila negara telah aman kakak menyambung sekolahnya dan alhamdulilah dia berjaya menjadi guru sekolah Melayu ketika itu. Saya membesar dibawah awasannya dan kakak-kakak yang lain.  Bekerja kuat adalah legacy budaya hidup kaum pendatang. Bukan kambing sahaja yang bapak suruh jaga tetapi juga ayam kampung. Kami membesar dengan hasil itu disamping bercucuk tanam ubi, keladi dan keledek.

Sayangnya anak-anak sekarang tidak mengerti apa itu pengorbanan hidup seawal remaja. Maka mereka leka dengan dunia hiburan.  Siapa yang harus dipersalahkan? Atau adakah wajar ada pihak yang harus dipersalahkan?
.......

2 comments:

Makbonda61 said...

hmmm menarik.

Saya adalah generasi selepas puan,tapi langkah puan lebih ke hadapan. Kita seketurunan,bapak saya mendatang dari tanah Rengit ke selangor membuka penempatan.Kehidupan lampau saya sama dengan puan,itu yang saya kataan langkah puan lebi ke hadapan.

selamat meneruskan usaha menitipkan pegalaman.

ngasobahseliman said...

Salam dear makbonda. terimakasih menjengok blog saya.Oh seronok dengar orang-orang tua kita dulunya "satu kapal". Bapak saya "tak kuat berenang". Itulah Kg saya di Pontian Johor. Saya dididik kerja kuat dari kecil lagi walaupun saya bongsu. Saya baca blog anda cerita "adik". Beza umur anda dengan adik jauh. Saya dengan kakak sulung saya beza umur 21 tahun. Dia meninggal 3 tahun dulu. Saya dulu kerja di kementerian Pendidikan. Bolih kita jumpa agaknya satu hari kalau nak tahu cerita-cerita kementerian yang saya tak bolih cerita di blog.Kalau anda guru, bolih buat iktibar. Ini pandangan saja.

Related Posts with Thumbnails