Persoalan yang selalu terlintas dihati kita apabila mendengar hal kematian adalah samaada kematian itu kematian yang baik yang dirahmati Allah. Kita tidak tahu. Kata Ustaz tanda-tanda 'khusnul khatimah' tidak semestinya sesaorang itu mati pada hari Jumaat, atau mati dalam bulan Ramadhan atau di Makkah. Ia ada kriterier lain yang kita harus pelajari. Salah satu tanda kematian yang baik yang disebut dalam hadith sahih ialah apabila terdapat bintik-bintik peluh didahi si mati tetekala nazak. Dan salah satu jalan untuk mendapat 'khusnul khatimah' ialah kita menjaga kedua ibu bapa kita dengan baik, lemah lembut dan ikhlas.
Bagaimana pula mereka yang mati dalam peperangan, gempa bumi, tsunami dan sebagainya. Adakah yang beriman Allah tidak kurnia 'khusnul khatimah'? AlQuran mengatakan dalam surah Al Isra' ayat 58 seperti berikut:
" Tidak ada suatu negeri pun melainkan kami membinasakannya sebelum hari Qiamat atau kami azab dengan azab yang amat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab."Antara tafsir ayat ini, kata Ustaz, ialah bahawa Allah menggunakan perkataan "binasa" untuk yang beriman dan Allah menggunakan perkataan "azab" bagi yang engkar. Justeru saya dan suami mengingakan diri semoga selagi hayat dikandung badan maka janganlah kita berhenti-henti dengan amalan yang soleh dan hendaklah kita mengelakkan segala yang mungkar."khusnul khatimah" dirasai secara dalaman berasaskan Iman dan taqwa.
Maka sekarang emak saudara kami tinggal seorang dan kami doakannya supaya tidak keseorangan. Beliau mempunya 8 orang anak dan beberapa orang cucu. Kami hanya dapat ingat memperingati diri-diri kami akan erti kematian.
Satu perkara yang saya ingin kongsikan di sini ialah bahawa gerakan Dakwah di kampung-kampung amat kebelakangan sekali, seperti di kampung ini. Adab-adab dan peraturan menyenggarakan jenazaah tidak begitu licin. Saya amat mengharapkan pihak-pihak yang berkuasa dapat mempertingkatkan usaha ini semoga penduduk kampung benar-benar memahami perihal kehidupan dan kematian.
melihat suaminya di kapankan
jenazah diusung ketanah perkuburan
perbincangan permulaan
dengan pertolongan Allah semoga mudah menggubah minda.
di kampung dan di mana jua.
Kami pulang ke Petaling Jaya lewat malam. Umur lanjut memaksa kami bermalam di Kulim. Esuknya setelah cukup rehat dan setelah selesai kerja-kerja sampingan kami pulang. Saya mengambil alih tugas memandu dari suami saya kerana kakinya bengkak dan tidak wajar untuk memandu jauh. Alhamdulilah, saya masih boleh memandu dengan kelajuan yang sebahagiannya melepasi 170 km sejam. Dalam umur hampir 64 tahun, saya amat bersyukur Allah masih mengurniakan kederat pada diri saya. (Semoga tidak ada saman polis atas kelajuan).
Semoga Allah terus memberi kesihatan yang sempurana dan dalam baki umur yang ada Allah mengurnia ruang dan peluang untuk menambah amalan soleh dan dan menghindar kemungkaran. Semoga Allah mengampunankan kami semua dan Allah meredhai.
Amin.
No comments:
Post a Comment