"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Thursday, October 7, 2010
PPTD ALUMNI....ke mana kita?
5 Oktober 2010.
Tengah hari itu hujan turun agak lebat. Hati yang agak berat untuk menyertai Majlis Jamuan Eidilfitri Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomat Malaysia (PPTD) rasa lega kerana ada kemungkinan itu boleh di jadikan alasan untuk tidak menghadirinya. Allah maha mengetahui semua isi hati dan fikiran minda. Maka rasa gelisahlah bila memikirkan sama ada alasan itu ikhlas dan munasabah.
Tetapi pada lebih kurang jam 3 petang, hujan berhenti dan matahari memancar lagi. Maka saya dengan tidak berfikir panjang terus menaiki kereta dan pergi dengan tujuan iringan untuk memungut dana Palestine bagi projek LIFE LINE FOR GAZA (LL4G). Alhamdulilah, ramai ahli yang menyambut baik usaha saya dan saya rasa kepuasan hadir pada hari itu. Ramai yang faham erti perjuangan untuk Bumi Gaza. Walaubagaimana pun rasa kepuasan ini menjadi agak kusut bila ada acara menyayi karaoke. Ahli yang hadir hampir kesemuanya berumur lebih enam-puluhan. Saya bertanya diri: "mengapa perlu menyanyi? Sembang-sembang santai sudah mencukupi untuk menjalin silaturrahim dan dalam pada itu boleh juga bebincang serious mengenai bagaimana boleh menyumbang kepada kewibawaan dan keutuhan Perkhidmatan Awam yang di terajui oleh Perkhidmatan PTD. Umur kita sekarang ibarat telur di hujung tanduk. Bila-bila masa boleh "tergelincir" dan pasti kita tidak mahu ketika itu kita dalam keadaan lagha. Maka saya pulang dalam kebimbangan. Semoga Allah melindungi.
Umur aktif masing-masing ahli sudah singkat, amat singkat. Maka saya berpendapat ia harus dimunafaatkan sebaik mungkin. Kita pastikan tidak ada keteresan dalam proses pengabdian pada Allah swt, tidak ada kecacatan dalam tekad taubat nasuhah yang kita angkatkan saban hari dan semoga di akhir perjalanan ini kita benar-benar sejahtera dalam wadah Islam yang syumul. Kekuatan kita bukan terletak pada minda sahaja. Kekuatan kita terletak pada Iman dan Taqwa yang harus dibaja dengan amal-amal soleh. Ilmu bukan diperolehi mengikut usaha membaca dan menyelidik semata-mata tetapi ada ilmu ladunni yang Allah ilhamkan terus kerana keluhuran iman dan taqwa. Ilmu ini yang akan memberi keberkesanan yang mutlak, iaitu ada keunggulan "cutting edge" yang akan menggerunkan mereka yang mendengar dan melihat perakuan - perakuan yang di majukan kepada pihak yang berkuasa.
Ini hanyalah luahan rasa hati dan fikiran minda yang di sisi Allah amat kerdil sekali. Semoga sama-sama kita fikir zikir untuk mencapai kesempurnaan yang sejati dalam hidup ini. Semoga Allah memberi pertolonganNya dan RahmatNya yang tidak terhingga.
.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam,
apa yang puan coretkan juga ada dalam jiwa saya.
Islam didahulukan AlQuran dan Hadis jadikan panduan.
Terima kasih atas pandangan. Kita sering keliru. Semoga kita sentiasa mendapat peringatan. Salam.
Post a Comment