"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, October 27, 2010

RAMAI YANG BERKATA........................

..............................TETAPI SIAPA YANG AKAN MENGAMBIL TINDAKAN. Ini adalah berkenaan Islamic Fashion Festival yang telah sepakat pendapat ramai yang faham Islam  bahawa ia merupakan satu projek mega yang mengelirukan. Ada yang berkata ia yang menghinakan, dan berbagai lagi fatwa dan saranan. Saya sedih kerana projek ini di taja bersama dengan pihak yang diharapkan dapat membela.

Inilah masaalah kita sebagai orang Islam di Malaysia. Semasa saya berkerja sebagai penjawat awam dahulu pun, banyak "perbezaan" yang hanya dapat saya buat bantahan secara lisan di dalam mesyuarat-mesyarat dasar yang berkenaan. Sering kali pendapat saya "didiamkan" sahaja tetapi saya akan terus suarakan, termasuk pada kepimpinan atasan. Saya akan sentiasa ingat saya diminta keluar oleh Boss tertinggi dari satu mesyuarat yang pada masa itu mahu mengkaji semula sistem pendidikan Islam, khususnya mengenai kurikulum yang ada. Apakan daya........................

Saya tetap dengan pendirian saya dan boss saya dalam Majlis Persaraan saya berkata: "Ngasobah has a lot of ideas, but sometimes we have to neutralize her." Saya tidak marah, tetapi kecewa.Dan saya hanya mampu senyum, senyum tawar. Tetapi Allah maha melihat dan Allah maha mengetahui. Itu sahaja harapan saya.

Adakah fenomena yang ada sekarang ibarat kata pepatah: "harapkan pagar, pagar makan padi".
Semoga Allah memberi kita kepimpinan yang benar-benar berwibawa seperti yang dicontohkan oleh Nabi kita Muhammad saw dan  sekurang-kurangnya seperti sahabat-sahabat baginda.
Amin.

2 comments:

Makbonda61 said...

Salam Puan,

Sekurang-kurangnya bila pada pada bila-bila masa usia kita terhenti,kita berada dalam keadaan memperjuangkan kebenaran,bukan sebaliknya.

Selamat berjuang pada mereka-mereka yang memperjuangkan kebenaran.Kejayaan tidak semestinya dikecapi di depan mata kita.

Betul tak Puan?.

Wallahua'alam.

ngasobahseliman said...

Sungguh betulnya. Kita bekerja dan beramal sungguh-sungguh semoga Allah memberi pertolonganNya.
Ilahi, Anta maksudi wa redhaKa mathlubi.

Related Posts with Thumbnails