"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, March 30, 2014

"ATTAGHABUN".....Membawa cerita Hari Penyesalan.




Pernahkah kita tanya diri sendiri.....adakah kita lebih pandai dari tikus ?

Subhanallah, Allahuakbar....

Kebelakangan ini terlalu banyak kenyataan / pernyataan yang membingungkan orang biasa-biasa seperti saya. Belum lagi dijumpai Pesawat MH370, sudah banyak telahan yang dibuat. Beberapa hari lalu seorang wartawan 'USA Today' ditemu ramah dalam program  CNN, AC 360 mengatakan bahawa ia mendapat tahu dari orang yang dipercayai dalam kerajaan Malaysia yang menjawat jawatan tinggi dalam Risikan Polis bahawa kapten pesawatlah yang bertanggongjawab menyebabkan terjadinya musibah ini. Wal hal pihak penyiasat Amerika yang dipercayai oleh Kerajaan Malaysia mengatakan setakat ini belum ada bukti nyata siapa yang bersalah dan bertanggong jawab.

Kemudian kedengaran pula cerita mulut ke mulut yang mengatakan ada konspirasi kuasa-kuasa besar dunia yang merancang "kehilangan" pesawat ini dalam percaturan mahu menentukan siapa yang berkuasa "mutlak" di dunia ini. Saya terbaca dalam WhatsApp. Ada yang yang mengatakan betapa kedudukan Keselamatan negara sekarang ini amat tidak setabil.

Dalam pada itu ada pula orang yang cuba mengeluarkan kenyataan supaya jangan khuatir kerana tidak ada teknologi secanggih manapun yang dapat menandingi Kekuasaan Allah. Siapa yang berani menafikan kenyataan ini.

Misteri kehilangan MH370 belum ada penutupnya. Rakyat Malaysia dan ramai penduduk dunia yang masih tertanya -tanya..... 

Dalam keadaan yang belum tenang, sekarang sibuk pula dengan cerita penangkapan Kassim Ahmad oleh Jakim kerana komen-komen atau kenyataan-kenyataan yang dibuat baru-baru ini dalam satu 'seminar' yang katanya bercanggah dengan Islam. Dalam sessi itu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahatihior ada sama.

Penangkapan ini menimbulkan kontroversi. Ada yang berpendapat mengapa Malaysia tidak tolerant dengan perbezaan pendapat dalam hal akidah dan agama. Dan ada pula yang mempersoal mengapa baru ini bertindak walhal isu itu sudah lama diketahui.  Dalam pada itu ada pula yang mempersoalkan mengapa  pegangan fahaman Syiah dikalangan sesetangah orang yang berpengaruh dalam masyarakat tidak diambil tindakan sewajarnya.

Berbagai lagi masaalah masyarakat di Malaysia yang belum beres diselesaikan terutamanya mengenai dasar pendidikan negara, khusus  isu-isu hal penilaian pelajar dan peperiksaan awam.

Berbagai lagi..............

Diluar negara hebuh pula dengan Kerajaan negara Mesir yang menjatuhkan hukuman mati atas seramai 529 orang yang menjadi ahli Ikhwan Muslimun yang ditangkap akhir tahun lepasa atas tuduhan merusuh hingga berlaku pembunuhan dan kematian. Di Malaysia katanya akan ada tunjuk perasaan membantah tindakan kerajaan Mesir ini yang tidak mengikut undang-undang sah dan bercanggah dengan Hak Asasi Kemanusiaan. Mereka yang terdiri dari NGO-NGO dan Parti Politik yang peduli hal ini akan berarak ke Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur lepas Solat Jumaat hari ini 28 Mac. Kalaulah saya kuat tenaga pasti saya ikut sama. ini azam kuat saya, belum tentu Allah izin.

Kemudian timbul pula masaalah di Turkey mengenai eradikasi laman web dan apa jua yang berkaitan dengannya, katanya atas sebab-sebab keselamatan negara. Ramai yang tidak setuju yang dipetik  dalam berita tetapi saya mendengari dari mulut teman-teman bahawa ramai juga yang masih menyokong Perdana Mentei Erdogan. Adalah dipercayai kemungkinan ini semua adalah angkara percaturan kuasa-kuasa yang tidak mahu melihat keamanan di negara Islam.

Kemudian Dunia (Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu) masih belum dapat mencari penyelesaian muktamad di Palestine. Keadaan makin tenat kerana Kerajaan Mesir sekarang langsung tidak simpati dengan masaalah kehidupan rakyat di Gaza.

Dan berbagai lagi masaalah yang saya hanya dapat mendengari sahaja.....terpinga-pinga.

Maka itulah saya terpanggil untuk menyatakan kerisauan saya sekarang dan kemudian nanti, terutamanya bila sampai giliran berpindah ke Alam lain. Saya teringatkan kata seorang ustaz dalam satu kelas pengajian yang menarik perhatian kami pada ayat alQuran betapa kita nanti akan dipertanggongkan banyak hal di Hari dimana tidak ada sebarang pertolongan. 

A009
(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), - itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.
(At-Taghaabun 64:9
A010
Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka, kekallah mereka di dalamnya; dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
(At-Taghaabun 64:10

Kata Ustaz : Pada hari kita dikumpulkan untuk mengetahui perihal amalan buruk dan baik yang kita bawa untuk ditentukan balasan, ramai manusia akan merasai beban PENYESALN dan rasa KERUGIAN. Manusia di sini bukan sahaja mereka yang yang langsung tidak Mentauhidkan Allah tetapi ia termasuk golongan orang yang mengaku beriman tetapi masih engkar . Kalau tidak engkar sekalipun, mereka akan rasa menyesal dan rasa rugi kerana tidak beramal secara optima. Masih terperangkap dengan sikap ambil ringan dan lagha.

Berbagai kerugian yang tidak disangka-sangka akan dirasai. Kita tidak boleh berlepas diri. Kalau kita tidak berdosa dan Allah akan balas dengan Syurga, kita akan rasa menyesal kerana tidak mendapat anugerah Syurga yang tertinggi dan berbagai lagi anugerah seperti yang Allah telah janjikan semasa hidup kita di dunia ini.

Bila saya teringatan penerangan itu hati saya menjadi amat khuatir kerana tidak yakin sedikit pun bagaimana saya dapat berlepas diri dari berbagai masaalh masyarakat tempatan dan masaalah dunia yang kita pasti di pertanggongjawabkan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Maka saya berazam beringat dan mematuhi tuntutan ayat-ayat berikut:


A016
Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
(At-Taghaabun 64:16
A017
Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat).
(At-Taghaabun 64:17)
A018
Dia lah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, (dan Dia lah jua) yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Dalam keadaan kemelut rebutan kuasa di sana sini, masaalah sosial yang belum nampak penghujungnya dan berbagai lagi karenah manusia umumnya, ayuh kita muhasabah diri, bertaubat (saya yang mesti) dan mohon pertolongan Allah semoga kita dipelihara di Jalan Yang Benar dan usaha Pengabdian seikhlasnya dan seluasnya, Allah terima dan dihujung perjalanan ini Allah meredhai dan kita berjumpa di Syurga Firdaus yang abadi dengan Rahmatnya jua......

Semoga tiada penyesalan dan tiada kerugian.
Aameen !

...

2 comments:

Al-Manar said...

Sungguh menghairankan apa yang telah belaku. Hendak dikatakan pesawat diambil alih apa sebabnya? Kalau pailot pun apa tujuannya?

Betul membusat rasa sedih bila mendengar pula apa yang berlaku di Mesir. Bukan Islam ketawa besar. Kita bertelagah dimerata dunia.

ngasobahseliman said...

Betul kata ulasan yang kita semua seperti terperangkap bagaimana mahu cari jalan keluar. Saya dan beberapa teman memfokus pada usaha kecil-kecilan tetapi kami cuba mempengaruhi cara berfikiran dengan memberi asas-asas yang sahih atas kebenaran. Semoga Allah menunjuki jalan dan amalan yang sedikit Allah iktiraf dan dapat berkekalan.

Terima kasih singgah lagi.

Related Posts with Thumbnails