Sepertinya dunia sudah tua. Daun-daun sudah berguguran. Ibaratnya dunia ini sudah hampir pada usia yang Allah tentukan. Kita hanya mampu memikirkan.
Saya pun sudah tua, jauh melebihi setengah abad. Dahulu bila baru sampai setengah abad dan masih bekerja, minda belum memikirkan betepa pendek dan singkat usia dunia ini, dan usia diri sendiri. Kini sudah hampir mencecah 70 tahun, maka banyak yang perlu diambil tindakan segera walaupun kederat sudah tidak lagi seperti dahulu kala.
Rasa badan seperti tidak terdaya. Silap sikit imbangan badan menjadi mangsa dan tempuh hari jatuh ke lantai dari pangkin yang tidak disedari ada. Ingatan lupa bahawa saya berada di rumah saudara dan besegera dengan rutin harian tanpa menyedari apa yang di sekeliling tidak serupa. Mujur juga hanya sedikit yang "cedera". Ibu jari kanan masih belum boleh berfungsi seperti biasa. Masih sakit dan belum mendapat rawatan urut dengan 'pakar' yang saya sudah biasa.
Hidup harus diteruskan......
Kebelakangan ini hati tersedih kerana saya kehilangan anak saudara yang istimewa hubungannya dengan saya. Saya mendengari pula beberapa teman semasa bekerja juga tiada dan seorang teman di pejabat dahulu kini sakit yang belum dapat saya ziarahi kerana sibuk dengan kebajikan ahli keluarga yang juga perlu di bantu segera.
Dalam pada itu saya juga kebingungan bila membaca dan mendengari berita-berita di media sosial yang berkaitan dengan integriti kepimpinan negara. Saya hanya mampu dengar dan lihat sahaja. Dunia sudah tua namun masih ada yang belum yakin hari-hari kita pun sudah dihitung panjangnya. Kata orang tua-tua: Takkan mahu hidup menongkat langit, mahu berkuasa, mahu bermewahan sepertinya dunia ini kita punya.
Saya khuatir.......
Dan saya pasti juga ramai yang khuatir tetapi tidak mampu berbuat apa dari segi menukar stuktur kepimpinan yang ada.
Maka kita dengar dan melihat sahaja....
Oh tidak ! kata seorang teman pada saya. Kita harus terus bermunajat dan memohon pertolongan yang maha Esa, yang maha Berkuasa atas segala-segalanya. Itu selemah-lemah usaha yang menunjukan kita tidak putus asa. Kita bersedia. Ujian Allah turun dalam berbagai rupa. Tetapi kita ingat juga Allah tidak menyusahkan hamba-hambanya dengan senghaja. Subhanallah ! Maha suci Allah dari sifat-sifat demikian cara.
Kemelut dalam negeri belum namapak penyelesaiannya. Belum namapak usaha pihak kepimpinan negara berbicara secara terbuka supaya rakyat rasa lega. Kerana kemelut dalaman belum terurai, kita tidak dapat bertindak sewajarnya menangani kemelut kemanusia dari jiran tetangga. Tentang isu pelarian mencari perlindungan, kita hanya seperti mendengari dan melihat sahaja. Kita bermewahan tetapi saudara kita kelaparan dan keselamatan mereka terancam. Ia tidak langsung mencuit perhatian kita.
Saya rasa berdosa....
Namun saya rasa tidak cukup hanya mengatakan saya tidak berdaya. Masaalah ini terlalu besar buat saya. Kalau kita ditempat mereka......agaknya bagaimana rasa?
Agaknya bagaimana rasa ?.........
Dunia semakin senja.....Tanda-tanda akhir zaman semakin nyata. Kita masih bertangguh usaha.......
Bagaimana nanti bila sampai masanya kita dipertanggongjawabkan juga kerana hanya mendengar dan melihat sahaja.
Soalan yang saya sendiri tidak ada jawapannya. Bila ada kepimpinan luar negara yang berkata: Di mana ada laungan Adzan di udara, di situlah Tanah Air kita,.....saya merasa gerun tersentak fikiran, seperti menggeletar tubuh badan mengapa saya hanya mendengar dan melihat sahaja.
Mereka yang jauh berusaha sedaya upaya mahu membela kemanusiaan yang dianiyaya.
Adakah kita yang dekat gamak hati hanya mendengar dan melihat sahaja.
Saya rasa berdosa.......
Subhanallah, Allahuakbar.
.....
No comments:
Post a Comment