Dalam perjalanan ke Kota Bahru kami singgah di Pondok Sungai Durian di Kuala Kerai. Kami di beritahu bahawa pondok ini terkenal di Kelantan dan juga di Malaysia umumnya. Ia telah di tubuhkan beperingkat-perinkat dari tahun 1957 oleh pengasasnya, Allahyarham Tuan Guru Haji Abd Rahman.
Program di Pondok ini (faham saya) meliputi pelajar peringkat menengah lelaki dan perempuan dan juga di peringkat dewasa. Tempat tinggal disediakan dengan bayaran untuk membantu bayaran api dan air bagi peringakt remaja. Mereka membayar rm20 sebulan. (Untuk dewasa saya terlepas pandang untuk bertanya).
Ini bangunan Masjid yang ada sekarang. Bangunan dan pengurusan guru dan lain-lain dibiayai juga oleh Yayasan Kelantan. Semasa banjir bangunan Pondok ini ada yang terjejas dan ada yang musnah sama sekali. Teman saya mewakil seorang penderma menyampaikan bantun untuk pembangunan semula perumahan tempat tinggal peserta dewasa/ warga tua. Antara yang terpaksa dibina semula adalah seperti yang tertara di foto di bawah ini.
Yang duduk berbaju merah adalah isteri Allahyarham Tuan Guru Haji Abd Rahman. Masih kuat dan masih menjadi guru di Pondok itu. Beberapa orang anaknya menjadi guru di Pondok itu dan yang mengendali pondok ini sekarang mewarisi ayahnya ialah Ustaz Basit yang juga terkenal di Malaysia kita dan di Thailand. Beliau adalah lulusan University di Madinah. Alhamdulilah.
Ini adalah foto Allhyarham Tuan Guru Hj Abdur Rahman yang mengasaskan Pondok ini. Semoga pondok ini terus maju hingga ke akhir zaman. Saya rakam juga di bawah ini sebahagian aktiviti remaja perempuan. Tempatnya nampak selesa. Remaja lelaki sedang menumpang kerana bangunannya rosak semasa banjir dan sedang dibina semula. Semoga Allah memudahkan segalanya demi pembanguanan Insan yang berIlmu, berIman dan berTaqwa.
Bangunan tempat remaja perempuan.
Pada masa ini saya berpendapat bahawa Tradisi pengajian di Pondok ada keistimewaanya dari segi kurikulum dan dari segi cara penyampaian. Dengan lain perkataan, dari segi pengajaran dan pembelajaran. Ini yang saya lihat secara rambang dan apa yang saya dengari dari mereka yang rapat hubungan dengan sistem Pondok. Ada perbezaan antara mempunyai Ilmu dengan mendapat barakah Ilmu. Untuk mendapat barakah Ilmu seseorang dituntut berhadapan dengan guru kerana pada hakikatnya barakah itu terpaut mengikut naluri hati ke hati, atau Ruh ke Ruh. Kalau seseorang itu hanya belajar melalui teknologi terkini tanpa menghadap guru, maka kebekesanan barakah ilmu amat minima atau tidak wujud sama sekali.
Sistem pondok yang saya tahu menekankan sistem hafalan, sama ada hafalan al Quran atau hafalan apa jua. Dengan hafalan, minda dan aqal terbina kuat dan daya ingatan pun menjadi kuat. Saya berkeyakinan cara ini lebih unggul dari sistem lainnya. Ini saya asaskan pada fakta bahawa Malaikat Jibrail meminta Rasulullah saw menghafal dan Rasulullah saw pun tidak menuntut ayat-ayat alQuran di catat dalam bentuk tulisan secara formal. Pasti ada hikmahnya.
Walaubagaimana pun, pada pandangan saya ada sedikit yang saya rasa kekurangan di sistem pondok, iaitu dalam mendidik dan membina sifat kepimpinan. Ini saya perhatikan dalam tugasan saya semasa saya bekerja dahulu sebagai Pengarah , Bahagian Sumber Manusia di Kementerian pendidikan. Mereka yang memegang jawatan dan lulusan pendidikan Islam sama ada dari sistem ini atau sistem yang hampir serupa dengannya, tidak berapa berani ke hadapan berseorangan. Berani kerana benar adalah sifat Ulul Albab tetapi tidak terserlah pada pegawai-pegawai yang mengikuti saluran Pondok atau Maahad Tahfiz atau sekolah agama atau yang lain yang seperti dengannya. Saya masih terfikir-fikir sama ada pemerhatian/pendapat saya itu benar atau itu hanya tanggapan saya yang tidak mengikuti sistem Pondok dan ada rasa prejudis. Mungkin.......
Namun saya masih mahu mengatakan bahawa pendidikan di sistem Pondok atau madrasah perlu di lihat semua dari berbagai segi yang berkaitan dengan kebolihan berfikir dan kebolihan bertindak. Tanpa keterampilan ini saya takut seseorang itu mudah teperangkap dalam tahap pemikiran yang rendah dan mudah jadi pengikut. Tidak salah menjadi pengikut asalkan sahaja yang diikuti itu di landasan yang Benar.
Sekarang ini kita mahukan mereka yang boleh berfikir secara intelektual berasaskan Ilmu yang Benar dan mereka ini berani mengambil risiko dan berpegang pada Fakta bahawa Yang Benar tidak pernah memihak.
Namun saya masih mahu mengatakan bahawa pendidikan di sistem Pondok atau madrasah perlu di lihat semua dari berbagai segi yang berkaitan dengan kebolihan berfikir dan kebolihan bertindak. Tanpa keterampilan ini saya takut seseorang itu mudah teperangkap dalam tahap pemikiran yang rendah dan mudah jadi pengikut. Tidak salah menjadi pengikut asalkan sahaja yang diikuti itu di landasan yang Benar.
Sekarang ini kita mahukan mereka yang boleh berfikir secara intelektual berasaskan Ilmu yang Benar dan mereka ini berani mengambil risiko dan berpegang pada Fakta bahawa Yang Benar tidak pernah memihak.
Pandangan dan pemerhatian saya mungkin terlalu rambang dan sebab itu saya suka mendengari pandangan yang lain. Walau apa pun tidak salah sistem ini di lihat semula supaya semua yang melalui sistem ini menjadi seorang yang serba bolih. Mereka berpotensi menjadi professional yang unggul maka mereka harus diberi peluang dan galakan yang sewajarnya. Saya berpandangan demikian supaya mereka yang melalui sistem ini boleh membela ummah dalam semua bidang dan tidak dikotak-katikan oleh mereka yang sememangnya suka mencari kesalahan dengan tujuan meminggirkan mereka yang cinta Islam. Mereka senghaja memburuk-burukan sistem tradisional untuk kepentingan mereka sendiri.
Dalam pada itu saya tidak mengatakan bahawa sistem saluran Perdana itu adalah lebih baik dan lebih unggul.
Allah yang maha Mengetahui dan kepadaNya kita memohon pertolongan.
Dalam pada itu saya tidak mengatakan bahawa sistem saluran Perdana itu adalah lebih baik dan lebih unggul.
Allah yang maha Mengetahui dan kepadaNya kita memohon pertolongan.
Sama-sama kita berusaha dan berdoa semoga keunggulan Islam terserlah melalui pendokong-pendokongnya.
Mohon Hidayah dan Taufik dari Mu ya Rabb......
.....
No comments:
Post a Comment