Rasanya macam masih belum mahu pulang ke Kuala Lumpur dari Kota Bahru. Masih belum puas melihat perubahan yang ada sejak ke sini hampir sepuluh tahun yang lalu. Tetapi hidup ini bukna sentiasa memberi kita peluang untuk melayan rasa hati. Tidak selalu kita dapat merasai seolah-olah hidup ini merupakan satu pilihan.
Seorang teman berkata: hidup kita ini hanya ada dua pilihan. "IKUT atau MAUT". Bukan begitu. Ia hanya bermaksud buat yang Syari'e atau buruk padahnya.
Dalam perjalanan pulang kami singgah di Tanah Merah di kawasan Felda keluarga anak angkat kami. Widad namanya. Kami disambut oleh keluarganya penuh meriah dan kami dijamu laksa Kelantan yang amat istimewa masakan ibunya. Tiada bandingan sedapnya hingga malam itu saya tidak perlu makan malam sampainya kami di Gerik. Alhamdulilah.
Di bawah ini saya rakam buat kenangan foto keluarga yang memahami perjuangan anaknya.
Kasihnya Ibu membawa ke Syurga. Kasihnya saban masa, tidak kira.
Ia seronok melihat anaknya kini dewasa dan punya fikiran menjadi pembela mereka orang di desa yang mahu membina hidup selesa, sekadarnya.
Bukan mahu hidup selesa hingga tidak mengira hak sesiapa,
jiran tetangga atau siapa sahaja.
Dia dilahirkan di desa Felda, hatinya terpaut luar biasa hingga jika ada sesuatu berlaku di desa Felda yang lain dia akan merasai seperti ia rasa itu desanya.
Maka kami ke Gua Musang mahu membantu mereka
di desa Felda di gugusan Chiku.
Belum selesai tetapi kami harus pulang dan Widad akan membuat kunjungan berterusan membantu dimana diperlukan.
Ia seronok melihat anaknya kini dewasa dan punya fikiran menjadi pembela mereka orang di desa yang mahu membina hidup selesa, sekadarnya.
Bukan mahu hidup selesa hingga tidak mengira hak sesiapa,
jiran tetangga atau siapa sahaja.
Dia dilahirkan di desa Felda, hatinya terpaut luar biasa hingga jika ada sesuatu berlaku di desa Felda yang lain dia akan merasai seperti ia rasa itu desanya.
Maka kami ke Gua Musang mahu membantu mereka
di desa Felda di gugusan Chiku.
Belum selesai tetapi kami harus pulang dan Widad akan membuat kunjungan berterusan membantu dimana diperlukan.
Waktu senja kami meneruskan perjalanan dan bermalam di Gerik.
Budget Hotel di Gerik. Malam itu jam 9 malam bebrapa Hotel sudah penuh. Maka kami pilih sahaja Hotel Sri Temenggong ini kerana takut jika memilih sangat kami terpaksa tidur di kereta. Itu bahaya.....
Esuk selepas Solat Subuh, kami terus bersiap dan meneruskan perjalanan. Namun kami mencari tempat makan untuk Sarapan. Hanya restoran Mamak ini yang sudah buka dan bersedia. Kami masuk senang hati menjamu selera. Roti canai, nasi lemak, Telur dan sebagainya. Di Gerik satu daerah yang asing bagi kami, sarapan seperti itu amat enak dan kami bersyukur atasNya. Alhamdulilah. Semoga pagi penuh barakah.
Ramai pelanggan pagi itu. Setengahnya mereka seperti kami nampaknya. Mahu meneruskan perjalanan. Malamnya saya kurang lenyak tidur sebab Gerik mengingatkan saya beberapa peristiwa semasa saya bekerja di Kementerian Kerja Raya dalam tahun akhir 1980an. Saya sering mendengari cerita-cerita para jurutera senior yang terlibat dengan pembinaan Lebuhraya Timur Barat itu dan bagaimana mereka mengambil risiko berkhemah di lokasi walaupun mereka tahu tentera "komunis" ada di seberang batasan boundry sempadan Thailand. Saya pernah lalu di Lebuh raya ini mungkin lebih 20 tahun yang lalu, tetapi sudah tidak kelihatan serupa sekarang. Sudah ada beberapa pekan kecil di perjalanan. Maka tidak rasa sangat khuatir jika terpaksa berhenti kecemasan. Satu kenangan.....
Semasa bersembang sewaktu sarapan, kami bertemu dan bersilaturrahim dengan penduduk tempatan. Kami jemput minum sama tetapi ia enggan dan ia mendekati tempat duduk kami seronok berkenalan. Sunggu ceria orangnya. Banyak yang diceritakan mengenai bandar Gerik ini dan ceritanya penuh lawak yang membuat kami riang. Dia memeperkenalkan dirinya sebagai Haji Halim. Katanya dia terkenal di Gerik sebagai seorang yang bolih memberi pertolongan jika ada keperluan khusus seperti tempat merawat kereta dan sebagainya. Itu indahnya bandar kecil. Tidak seperti bandaraya Kuala Lumpur atau Petaling Jaya dan yang lainnya. Masih ada budaya mesra yang boleh diharapkan.
Usai makan dan bersembang mesra buat seketika, kami memohon diri untuk meneruskan perjalanan pulang. Kami singgah di Sungai Batu di Selama Kedah untuk ziarah saudara di kampung suami saya sambil meninjau perkembangan memajukan tanah Pusaka warisan Allahyarham ayahnya. Sungai Batu tidak membangun seperti diharapkan dan jalanraya pun baru sahaja siap untuk kegunaan. Mungin sepuluh tahun lagi akan ada perubahan.
Pemandangan terakhir di Gerik dalam perjalanan pulang. Kami sampai di rumah jam 9.30 malam. Alhamdulilah. Kepenatan tetapi amat banyak yang kami mensyukuri Nikmat Allah yang tidak terhingga.
Semoga kami masih ada ruang dan peluang untuk meneruskan perjuangan kecil kami membela rakyat biasa dan alam sekitarnya.
Aamiin ya Rabb...
....
No comments:
Post a Comment