Dari Allah kita didatangkan dan kepadaNya kita akan dikembalikan.
Saya masih rasa kehilangan......masih kerinduan mendengari suaranya.
Saya tetap ingat padanya dan semoga ingatan itu memperkuat hati saya jitu mahu sentiasa mencintainya, mencontohinya dan meneruskan perjuangannya....iaitu mendirikan Kebenaran kerana Kebenaran itu tetap Kebenaran dan ia tidak pernah memihak pada sesiapa.
Saya mula mengikuti jejak langkah TGNA dalam politik awal tahun lapan-puluhan. Itupun bukan secara aktif tetapi hanya melalui pembacaan dan perbincangan tidak rasmi antara teman-teman sehaluan dan seperjalanan. Subjek 'Inernational Relations and politics' adalah salah satu kertas yang saya ambil semasa di peringkat Sarjana Muda di University Malaya dalam tahun akhir enam-puluhan. Maka gerakan politik dalam koteks pembangunan ummah di mana jua memang menjadi minat saya. Tetapi setakat minat sahaja dan saya langsung tidak aktif dalam politik dahulu dan sekarang. Namun saya tetap peka tentang politik. Saya berbincang hal politik dalam keluarga termasuk keluarga besar saya semata-mata sebagai wasilah memahami apa yang berlaku di negara sendiri dan di negara luar sana.
Dalam Islam kita dituntut memelihara hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Maka saya percaya tidak lengakap hidup kita jika tidak ada kepedulian dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Tidak cukup hanya menjadi 'bystander atau spectator', tidak ada komitmen yang nyata dalam bentuk yang sesuai dalam konteks kemampuan diri dan kemampuan kerjaya.
Dari sejak saya memahami dan mengenali sedikit-sedikit apa itu politik dan dari pengajian mengenai Islam secara beransur-ansur, saya mula rasa tidak selesa berada di pinggiran dan menjadi pemerhati semata-mata, merungut-rugut sendirian. Maka pada penghujung tahun 1986 saya memberanikan diri untuk masuk menjadi ahli PAS seumur hidup. "Card carrying member" semata-mata. Hanya beberapa tahun kemudian saya memberi tahu Boss saya bahawa saya memihak pada Pas setakat memegang kad keahlian sahaja. Saya masih ingat Boss hanya melihat saya tanpa berkata apa-apa......
Pada masa yang sama saya terdorong untuk menambah Ilmu, dan pada tahun 1985 -1987 saya menghadiri program Diploma Pengajian Islam di University Kebangsaan Malaysia disamping mengikuti kelas-kelas pengajian di sana sini di Petaling Jaya tempat saya tinggal. Saya juga mengikuti Diploma Islamic Studies di International Islamic University pada tahun 1990. Kedua-dua diploma itu diikuti secara sambilan di hujung minggu.
Bagaiman mahu mengikut jejak Tuan Guru Nik Aziz (atau siapa jua) jikalau tiada Ilmu sama sekali di dada. Kalau bukan kerananya pun, saya seharusnya menimba Ilmu kalau mahu berjaya Dunia dan Akhirat. Perjalanan hidup saya berliku-liku, ada kalanya tegelincir dan ada kalanya terbabas. Saya harus bangkit semula dan mencari jalan kembali pada jalan -jalan yang sah untuk mencapai hakikat yang Benar. Maka menjadi lebih bermaknalah usaha saya mempelajari Islam di mereta tempat, cuba mengikuti guru yang Mursyid.
Namun saya menyedari bahawa ilmu saya amat sedikit sekali, tidak mencukupi untuk memungkinkan saya berhujah atas apa jua dan di mana jua. Kata pepatah KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL, JANGAN LAUTAN HENDAK DIDUGA. Sangat tepat . Hanya saya bersemangat tinggi kerana beberapa teman di luar dan dalam perkhidmatan memberi galakan dan menunjuki jalan bagaimana dan di mana mencari guru yang mursyid, dan Ilmu yang mana yang harus diberi keutamaan. Saya intai-intai juga Ilmu Tarekat dan saya mengikuti seorang guru hingga ke Hulu Dong untuk 'uzlah'. Saya sudah meninggalkannya untuk beberapa tahun kerana sudah kehabisan teman ke arah itu. Mula-mula saya tinggalkan kerana saya tidak mencukupi masa berkejaran seminggu sekali (paling tidak) untuk berzikir dan bersolawat secara kumpulan. Ketika itu saya berumur 44 tahun, tak silap saya. Kini saya sudah 68 tahun, tetapi masih jauh dari mencukupi untuk menerajui apa-apa tindakan seperti saranan TGNA.
Perjalanan mencari Redha Allah bukan suatu yang mudah. Saya dan suami melalui berbagai kerumitan menduga kesabaran. Mugkin itu ujian Allah kerana redha Allah itu perlu didahului dengan maghfirahNYA. Suami dan saya bertekad untuk mendapat kurnia taubat nasha, apa jua harus diharungi.
Alhamdulilah....dengan izin Allah saya rasa agak dapat bertapak dari segi pendirian saya dalam menghadapi masaalah sosial yang berkaitan, di kalangan staf dan keluarga vis-a-vis pergolakan politik dalam negara. Belum mencukupi tetapi tidaklah saya terkapar-kapar. Orang pertama yang saya cuba dekati dan menukar pendiriannya ialah Ibu saya sendiri. Alhamdulilah semoga Allah meredhainya dan semoga ia sedang beristirihat di Alam Barzah.
Sebenarnya tugas saya ketika itu tidak ada kaitan secara langsung dengan wujudnya PAS dan Tuan Guru Nik Aziz hinggalah ke satu masa saya di tugaskan khas mengurus lawatan YAB Perdana Menteri ke Kelantan untuk perasmian Jambatan yang di bina oleh kerajaan Persekutuan. Ketika itu saya bertugas di Kementerian kerja Raya dan hal-hal Majlis dan Protokol adalah di bawah tanggong jawab saya.
Lawatan itu adalah lawatan kali pertama YAB PM setelah Kelantan jatuh ke tangan PAS dan suasana politik agak sensitif, pada rakyat jelata dan juga kakitangan perkhidmatan awam.
Dalam kembara saya ke Kota Bahru dua minggu yang lalu, saya melihat sekali lagi rupa Jambatan Salor yang saya ditugaskan untuk mengurus Majlis Perasmian Jambatan ketika itu.
Foto disebelah kiri ini ialah permulaan masuk laluan Jambatan. Agak berdebar rasa di hati menyingkap kembali peristiwa Majlis yang hingga kini tidak dapat saya lupakan dan akan saya ceritakan dalam entry kali ini sebagai menganalisa hati budi manusia, dan adab berurusan dalam mentadbir jentera kerajaan. Dari peristiwa ini saya amat menginsafi diri.
Sudah melebihi 3 bulan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Allah jemput kembali ke pangkuanNya. Saya yakin ramai lagi yang terus rasa kehilangan walaupun ada juga yang rasa lega Allahyarham Tuan Guru sudah tidak ada di sampingan.

Ini laluan di atas Jambatan Salor
Sudut pandang dari aras bawah.
Jambatan Salor melalui di atas Sungai Kelantan
Mengingat kembali peristiwa tahun awal sembilan-puluhan (1991) hati saya berdebar kerana ia ada kaitan terus dengan sentimen saya berkaitan dengan tugas Allahyarham TGNA ketika itu.
Saya menjadi pengerusi Jawatan Kuasa mengurus Majlis perasmian. Ia tugas biasa yang menjadi luar biasa kerana ia melibatkan TGNA ketua Kerajaan PAS Kelantan yang menang luar biasa dalam pilihanraya, dengan YAB Dr Mahathir Perdana Menteri Malaysia di mana penyokong-penyolongnya rasa tercabar dengan kemenangan itu.
Saya diminta oleh penyokong-penyokong kuat BN di Kelantan supaya majlis itu tidak menempatkan TGNA dalam satu khemah dengan YAB Dr Mahathir. Pelik sekali permintaan itu. Saya amat menjaga tata tertib majlis dan Protokol Federal dan Negeri, maka saya tidak menerima permintaan itu. Walaubagaimanapun saya sentiasa melaporkan apa yang berlaku pada Ketua Setiausaha Sulit PM supaya saya tidak dikejutkan dengan apa-apa yang akan membuat Boss saya di Kementerian Kerja Raya marah pada saya.
Untuk memendekan cerita, semua hal protok selesai di mana TGNA duduk di kanan YAB Perdana Menteri.
Sebagai pengerisi saya meminta kerjasama semua ajensi kerajaan dan separa kerajaan untuk menjalankan tugas tanpa mengira pilihan hati. Ikut peraturan pentadbiran supaya semua berjalan licin.
Maka saya sendiri meminta Jabatan Polis lalulintas untuk memastikan laluan TGNA ke khemah Majlis boleh dilalui tanpa ganguan kenderaan awam. Demikian juga dengan laluan yang akan diambil oleh YAB PM Dr Mahathir. Sampai hari dan waktunya saya berdiri di atas jalan di hadapan khemah membuat arahan-arahan yang perlu. Sepatutnya TGNA tiba sekurang-kurangnya 15 minit sebelum ketibaan YAB PM. Malangnya bila samapai detiknya TGNA tidak muncul lagi. Saya rasa nervous dan cemas dan saya cari ketua Polis yang bertanggongjawab hari itu. Katanya jalan di halang oleh kenderaan orang awam dan dia tidak dapat mengawal. Ini satu jawapan yang membuat saya amat marah kerana implikasinya ialah ada perbuatan "sabotaj" supaya TGNA lewat dan boleh memalukan.
Saya terdiam seketika dan hanya berdoa memohon pertolongan yang Maha Bijaksana dan maha Berkuasa.
Di takdirkan pula dari sebelah hala lauan YAB PM berbagai acara rasmi oleh penyokong YAB PM mengadakan 'mini Acara" sendiri yang tidak dimaklumkan pada saya sebagai pengerusi persiapan. Itu juga membuat saya agak marah tetapi saya bersabar. Rupa-rupanya acara itu telah melambatkan ketibaan YAB PM ke khemah Perasmian dan TGNA sempat sampai dengan berjalan kaki sejauh lebih kurang satu kilometer.
Subhanallah, Allahuakbar. Turun pertolongan dari Allah yang tidak saya sangka- sangka dan saya pasti penyokong BN pun tidak menyangka TGNA akan selamat sampai. Tidak nampak di wajahnya kepenatan. Dalam 2 minit Beliau menanti ketibaan PM, maka PM pun sampai. Mereka berjabat tangan penuh senyuman dan beriringan turun dan duduk di khemah untuk memulakan Majlis.
Saya bersyukur, dan rasa amat lega. Alhamdulilah. Kata orang "the rest is history......" Itu pengalaman dan merupakan peristiwa pahit manis dalam sejarah perkhidmatan awam saya.
Sejak hari itu senyap-senyap saya mengikuti apa jua berita mengenai TGNA yang termampu. Saya bertambah suka dan yakin padanya. Saya menghormati PM Dr Mahathir hingga kini. Biar Allah swt yang menyatukan hati-hati mereka. Peristiwa itu menjadi satu pengajaran pada saya dan cuba menghayati erti keyakinan pada pertolongan Allah, erti kesabaran dan erti maaf memaafkan. Saya masih ingat pada malam itu saya cuba lupakan penat dan stress yang saya alami. Saya ajak staff dan pegawai saya pergi makan durian sepuas hati. Alhamdulilah.....
Hati saya berbunga-bunga mengingt kembali peristiwa itu dan kini saya rasa amat kehilangan seorang mentor. Insya Allah saya akan cuba mengikut jejaknya... berkhidmat untuk kemanuasiaan kerana Allah. Dia mengajar supaya berani kerana Benar dan bertidak dengan Ilmu, Iman dan taqwa. Doa merupakan senjata yang unggul dan sentiasa berusaha untuk mencapai tahap Ehsan terhadap Allah dan semoga Allah meredhai dari dunia hingga akhirat dan menganugerah Suyrga FIrdaus tanpa hisab dengan RahmatNya semata-mata.
Apapun yang berlaku sekarang dalam perjuangan Parti yang dahulu didukung oleh TGNA, saya secara peribadi akan hanya Setia pada Kebenaran. (meminjam istilah Ustaz Hasrizal di Saifulislam.com). Saya mengikuti perkembangan dan perjuangan untuk menegakkan Kenenaran di Malaysia kini dan ada pertelingkahan pendapat dan strategy. Saya membaca dan memerhatikan.
Saya akan hanya Setia pada Kebenaran dan semoga Allah akan memelihara mereka yang Ikhlas pada Kebenaran kerana KEBENARAN tidak pernah memihak. Yang Benar tetap Benar.

No comments:
Post a Comment