"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, July 29, 2009

......life in "retirement"




Sebelum "bersara" dari perkhidmatan kerajaan, kami diberi kursus bagaimana nanti "hidup dalam persaraan" supaya tidak terkejut kerana banyak perkara akan berubah. Kami diberi contoh berbagai "life style" sebagai persediaan minda. Katanya hanya seramai 30% daripada persara sahaja yang dapat menyesuaikan diri dalam dua bulan persaraan.


CUCU JADI PENGHIBUR

Hari ini saya rasa semacam "kesunyian" kerana cucu-cucu dah balik setelah selama 2 minggu bersama kerana ibunya kerja di luar. Semasa ada bersama rasa macam tak terdaya melayan karenahnya tetapi bila tidak ada macam kehilangan pula. Sebelum bersara kami disarankan supaya "berbuat baik" dengan cucu kerana anak terlalu sibuk untuk cari kesempatan bersemabang-sembang. Kita "rasuah" cucu kerana nanti mereka yang akan "seret" ibunya dan ayahnya (i.e anak kita) untuk pulang ke rumah. Baik juga saranan ini, hati kecil berkata. Cucu jadi alat untuk mengeratkan hubungan dalam 'extended family'. Tetapi rasanya strategy ini relevan sementara cucu belum sekolah menengah. Selepas menengah kita akan "kesaorangan" balik. Ini adalah pemerhatian saya atas kehidupan kakak-kakak saya.

Tetapi sebenarnya saya tidak begitu terjejas dengan persaraan sebab sebelum itu pun saya sudah berpegang pada prinsip bahawa hidup ini "akhirnya" adalah kematian diri. Persaraan dari kerja hanya merupakan berlalunya satu fasa dalam hidup. Sekarang saya berkawan pula dengan orang-orang yang muda melalui satu badan sukarela NGO. Kebetulan NGO ini ahlinya dan barisan pemimpinnya lebih yang muda-muda. Ada yang masih berkerja dan ada yang memang berkerja sendiri atau suri rumah sepenuh masa. Hebatnya kawan-kawan baru ini ialah mereka dapat menerima saya walaupun rata-rata mereka lebih 10 tahun muda dari saya. Tapi bukan fakta umur yang dapat menjalin keeratan. Saya bersyukur kerana fikrah kami selari, perjuangan hidup kami serasi.

Dulu sudah saya katakan pada "kawan" yang menganjurkan kursus persaraan bahawa kalau kita pegang prinsip kerja itu ibadah maka persaraan tidak menjadi masaalah. Saya mengatakan kalau pekerjaan kita adalah juga merupakan perjuangan hidup kita yang ikhlas dan tulin, kita tak perlu 'khuatir" memikirkan sama ada kita boleh menyesuai diri bila bersara. Yang berbeza besar hanyalah sekarang pendapatan kita sangat berkurangan. Itu sahaja dan mungkin kesihatan kita mula berubah. Tetapi sebenarnya kesihatan minda dan pemikiran yang penting untuk kita terus merasakan keselesaan. Pegangan saya ini juga adalah nasihat dari "kawan-kawan" yang 'became wiser before me'. Mujurlah saya mendengar nasihat mereka.

Ramai kawan-kawan yang sama-sama berkerja dahulu sekarang ini sibuk menambah "ilmu keagamaan". Tetapi sayangnya ilmu yang didapati sekarang sudah amat kurang peluang untuk dilaksana kerana kita sudah tidak memegang jawatan-jawatan di peringakat membuat dasar. Jadi ilmu itu tinggal ilmu. Kalaulah dahulu pegawai-pegawai kerajaan diberi peluang mengikuti kursus "keagamaan" pasti ia boleh dimunafaatkan secara langsung. Sekarang kita hanya boleh memunafaatkannya untuk persendirian sahaja. Bukan untuk masyarakat dan negara. Bagi mereka yang "menyambung" perkhidmatan peluang ini juga menjadi terhad melainkan mereka sudah pun mempunyai kesedaran ini dahulu lagi.

Semasa berkerja dahulu saya diberi kursus mengenai mazhab Syiah kerana saya menghantar pelajar-pelajar keluar negara dan saya diminta memberi penerangan yang sewajarnya. Kursus itu dalam seminggu dalam ingatan saya dan bila diminta untuk bertanya soalan saya mengatakan bahawa pegawai-pegawai pun patut diberi kursus mengenai apa itu ahli sunnah wal jamaah. Rata-rata pengetahuan "keagamaan" pegawai hanya lah setakat tingkatan lima. Ini pasti tidak mencukupi. Tetapi pendekatan waktu dahulu ialah kita ada ustaz-ustaz di Jabatan Perdana Menteri, di JAKIM dan sebagainya. Tetapi saya rasa pemikiran seperti ini kurang sempurna sikit. Islam adalah kewajipan semua untuk mempelajarinya. Ia bukan "monopoli" mana-mana satu Jabatan atau individu. Sebagai pakar rujuk itu lain pula konsepnya.

Catatan ini sedikit sahaja. akan disambung dilain kesempatan, insyaAllah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails