"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, July 2, 2009

dari Embah ke Huzaifah ---- Jangan keliru

Hari ini Jumaat, hari yang ada ibadah-ibadah khusus dalam Islam. Dulu Embah dari kecil lagi diajar baca surah Yasin setiap malam Jumaat. Sekarang Embah dapati ada Nas yang mengatakan kita baca surah Al kahfi. Maka Embah tukar. Tapi Embah tak banyak soal. Ada kawan-kawan Embah kata baca Yassin malam Jumaat itu bid'ah. Embah ambil pendirian, bukan "orang dulu" semuanya tak tahu akan Nas mengenai surah Al Kahfi. Tapi surah itu panjang , sekurang-kurangnya ambil masa 25 minit. Mungkin sebab itu ustaz-ustaz dulu suruh baca surah Yasin. Ia lebih baik daripada tak baca apa-apa langsung. Cuma kita jangan kata Rasulullah yang suruh untuk baca pada hari jumaat. Tapi kita ingat juga bahawa baca al Quran bila-bila masa itu memang digalakkan. Jadi ikut nas yang inilah, iaitu baca apa jua surah ikut kemampuan. Maka baca Yasin adalah diantaranya. Harap Ujai faham ini.

Memang kita selalu keliru mengenai hukum hakam Islam. Ada kalanya kita campur adukkan hukum dengan budaya. Yang mudah kita lihat ialah upacara Majlis Jamuan Perkahwinan. Kita ada cara upacara Isalm, tapi kita ada juga upacara yang tidak dikira Islam, semua dalam satu masa yang sama.Mungkin kita kurang memahami, maka eluklah kita bertanya pada yang arif. Jangan ikut-ikut saja. Pertamanya kita ada acara baca solawat nabi, kemudian kita ada baca doa selamat. Tetapi pada masa yang sama ada kalanya pengantin perempuan tidak menutup aurat. Jadi kita semacam ada 'contridiction'. Embah rasa tak selesa kalau ada acara macam ini. Ada setengah pendapat mengatakan tak kena pada tempatnya untuk solawat sedemikian. Kemudian ada pulak nyanyian-nyanian yang menyalahi hukum hakam. Embah pun pening. Embah nak syorkan pada Jabatan Agama Islam Selangor atau mana-mana pihak yang bertanggong jawab supaya membuat garis panduan mengenai aturcara majlis seperti ini. Buat edaran yang sewajarnya. Kalau ini jelas, maka pihak yang kurang arif akan menggunakan garis panduan ini. Jika tak ikut, maka pihak yang bertanggong jawab tidak boleh dipersalahkan.

Ada yang lain-lain lagi. Malam ni Embah penat sikit, jadi itu saja untuk Ujai kali ini.Mungkin lain kali Embah sambung lagi.Semoga Allah swt sentisa memimpin kita kejalan yang benar. Seronok di dunia sekejap sahaja. Sama-sama kita doa Allah mengampuni kita, mengasihani kita dan kita mati dalam redha Nya. Amin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails