"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, July 4, 2009

YANG DIKEJAR TAK DAPAT....................

Yang di kejar tak dapat,....bukan nak kata yang dikendung keciciran.
Cuma nak kata bahawa hari ini tamatlah tugas sebagai setiausaha, Biro Wanita sebuah Masjid di Petaling Jaya dengan hati yang masih terkilan kerana apa yang diharap dapat dicapai, belum dapat dicapai dan mungkin tidak dapat dicapai. Selama enam tahun memgang tugas dari 2003 hingga ke 2009, minda sentiasa berfikir bagaimana mengatur langkah untuk melaksana aktiviti yang diluar "peraturan" masjid, tetapi tidak diluar kehendak Islam.

Mula-mula memegang tugas ibarat meniti pelangi, begitu bersabar jangan sampai menyinggong perasaan ahli-ahli qariah yang sudah lama menetap di Kampung itu. Lagi pula ketika itu 2003 hingga 2006 masa yang terluang terpaksa dibahagi-bahagikan dengan tanggongjawab menemani dan menjaga ibu tua, dan ibu mertua yang mengidap alzaimer. Selepas itu barulah dapat menumpu perhatian lebih sedikit disamping meluangkan masa untuk menambah ilmu didada.

Sebelum bersara teringat dihati mungkin lepas bersara nanti tidak ada lagi ikatan peraturan yang menghalang kebebasan bercakap dan kebebasan bertindak. Nyata ingatan ini meleset kerana "peraturan" yang tertulis dan tidak tertulis masih membelenggu minda kebanyakan ahli qariah. Tapi mungkin bukan mereka yang patut dipersalahkan dalam hal ini. Mungkin kekangan ini terletak pada diri sendiri kerana dari mula bekerja lagi hati ini sering tidak bersetuju dengan cara pemikiran setengah-setengah pihak yang tidak berani mengambil risiko bertindak berlainan dalam keadaan tertentu demi kebaikan dan demi pencapaian matlamat yang dituju.

Di pejabat semasa dulu dokumen peraturan-peraturan am dan peraturan perbendaharaan dan lain-lain peraturan sentiasa menghantui fikiran. Katanya ini semua perlu. Sememangnya perlu tapi pasti kita boleh "bend the rule" dalam keadaan-keadaan tertentu yang tidak menjejas kepentingan organisasi dan rakyat. Tetapi ramai pegawai yang tidak berani langsung berfikiran berbeza demi kepentingan rakyat takut nanti kemajuan kerjaya terjejas. Kesemuanya mesti ikut "peraturan". Maka ada yang berkata, "biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya".

Selepas bersara, di Masjid pun begitu. Semua "peraturan " JAIS dan lain-lain peraturan mesti dipatuhi. Jadi hidup ini seperti dalam "penjara" dan sentiasa rasa terperangkap. Ingat dihati bila dah bersara sukalah hati ini ingin mendengar penceramah-penceramah yang hebat-hebat dari segi ilmu dan teknik penyampaian. Ini tidak boleh dibuat di Masjid kerana mungkin berlainan fikrah dan falsafah. Maka masjid hanya menjalankan aktiviti yang dibenarkan oleh "peraturan". Kadang-kadang ingin juga bertanya Islam ni siapa yang punya dan untuk siapa?

Dalam pada itu ada juga aktiviti yang tidak dapat dilaksana kerana perbezaan pendapat mengenai sesuatu isu. Contohnya aktivtii mengumpul dana untuk pejuang-pejuang dan rakyat Palestin. Ada yang mengatakan ini masaalah orang Arab, mengapa kita perlu menyibukkan diri. Sungguh meleset fahaman ini tapi apakan daya. Kita buat kecil-kecilan sahaja, demi cintakan AL Aqsa, dan demi membela bumi barakah kepunyaan orang Islam mengikut Al Quran.

Walaupun tidak dapat apa yang dikejar, hati ini terkilan tetapi tidak kecewa. Manakan boleh kecewa kerana perjuangan ke jalan Allah sememangnya bukan perkara yang mudah. Setelah tidak dapat dibuat melalui pentadbiran awam dan Masjid seperti yang diidamkan maka misi ini perlu diteruskan melalui jalan yang lain. Bumi Allah amat luas dan RahmatNya tidak terhingga. Jangan kita yang mengecil-kecilkannya. Kita mesti yakin atas janjiNya "buat apa yang Aku suruh, RahmatKu akan bersama". Inilah penawar hati dan pendorong minda. Semoga jalan yang lain akan ditemui dan usaha ini diberkati.Amin.


2 comments:

noraini said...

salam sobah. read your feeling about yang di kejar tak dapat..i must say that you are sincere in what you are chasing because your willingness to be with pmm is the right place for you to try achieve what you wish to get. i must admit that your presence in pmm motivate me a lot to persist with what i believe. Finding the right partner in thinking is pertinent in NGO, not to say the others are not of my thinking about Islam but our common experience as administrators can facilitate a lot. As of peraturan yang always put us off l presume we need a model organization to do otherwise. we need framework and policies but the operations differs according to clients and situations. if we practice our concerns in pmm or any of our commitment with the society perhaps there will be changes in doing things. Sometimes people put peraturan sebab dia malas nak cuba idea baru, others because to show power. Majority don't bother what are the peraturan laid upon them, they chicken out to put a protest, they just follow or buldoze when necessary. WaAllau'alam. Noraini

ngasobahseliman said...

Baru baca sekali lagi entry ini dan komen Datin. Betul tu. Sekarang sudah tidak aktif di PMM. Semoga Allah temukan dengan jalan yang lain.

Related Posts with Thumbnails