"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, October 9, 2015

Bersantai mengembali ingatan...(51 tahun berlalu)....





Saya sampai dengan bas pada 2 Okt dan esuknya berehat seharian. Malamnya kami bertemu untuk "Majlis Rasmi Reunion". Rasa agak berdebar juga kerana sudah 51 tahun tidak bersua muka. Saya hanya bertemu dua atau tiga teman sekelas sahaja 5 bulan yang lalu. Lainnya saya jumpa malam itu.

Wah....agak rasa terkedu juga kerana tidak seorang pun yang mengenali rupa paras saya. Bila disebut nama barulah: Wah..... You Ngasobah, you look very different. Maybe your tudung make you look different.

Saya hanya kata: "of course I look different....its 51 years now!".

Saya dapat mengenali rupa beberapa orang tetapi juga tidak mengenali yang lainnya. Kami sudah banyak berubah. Ramai yang masih nampak kuat dan aktif. Rasa jelouse juga....

Foto di atas saya rakam di meja pendaftaran tidak ramai yang datang. Hanya 37 orang sahaja. Tapi itu sudah membuat saya teruja.




Kami menjamu selera sambil berbual santai. Semua meja bising dengan gelak ketawa. Kami dihiburkan dengan lawak MC (pengacara) yang luar biasa kebolehannya. Zainal Mustaffa namanya. Di foto di bawah ini ia berdiri kiri sekali. Masih tampan orangnya...





Ia meninggalkan kami selepas Tingkatan 3 untuk ke Malay Boys College Kuala Kangsar pada masa itu. Tetapi talian silaturrahim dengan beberapa teteman membuatnya terikat dengan Alumni sekolah kami. Alhamdulilah....tidak berhenti ketawa dengan gelagatnya.   Clean jokes tetapi membawa erti yang dalam. Yang menjadi bahan lawak ialah geru-guru yang hadir atas jemputan kumpulan kami. Mereka sangat "sporting" dan gelak sama.  Hanya 3 sahaja yang dapat hadir. Yang lainnya uzur atau telah kembali dulu bertemu yang maha Pencipta.


Tiga yang tengah adalah guru kami dengan isteri. Mr Kumar, Mr Joseph Santiago dan Mr Peter dari kiri. Mereka seronok membawa keluar cerita-cerita semasa di bilik darjah dahu. Ingatan mereka amat tajam. masyaAllah....

Yang kami nanti-nanti tidak dapat hadir ialah Ms Tan. Guru paling popular dikalangan kami kerana kerajinannya dan sifat kasih sayangnya pada pelajar. Maklumlah dia seorang perempuan.....

Kami rakamkan penghargaan kami dengan sebuah kek untuk dipotong dan diedarkan dan dikongsikan. Mereka juga rasa teruja.

Mr Joseph Santiago yang tertua dan kini sudah lebih 80 tahun. Tetapi masih boleh menyayi. Beliau menyayi lagu Jepun sempena beliau lama disekolah itu dari masa sebelum Merdeka lagi. Rasa sayu juga kami mendengarinya.  Begitu jauh kami sudah mengembara di Dunia ini....entah bila dijeput kembali.


Mr Joseph Santiago menyayi 3 buah lagu Jepun. Teringat juga seketika 
Emak mertua saya yang pandai menyayi lagu Jepun. 
Begitu kuat pengaruh Jepun walaupun hanya beberapa tahun menjajah Malaya.


Ini foto group "The Golden Girls". Kami sudah mulai "chat Group kami" dan rasa macam sentiasa bersama cara kita berhubung walaupun sudah 51 tahun berpisah.
Anehnya kami tidak merasakan kami Cina, India atau Melayu.
Kami rasa sama sahaja. Dan masih faham jokes yang lama-lama dulu kami dengari. Dan kami ejek mengejek seperti anak anak muda. Rasa nostalgia luar biasa....


......

No comments:

Related Posts with Thumbnails