Semasa Allah mencipta Alam ini kita mesti yakin bahawa Allah maha mengetahui sepenuhnya fenomena masa. Allahu Rabbulalamiin.... Maka masakan kita boleh kata: Saya tak ada masa, saya tak cukup masa, terlalu banyak yang hendak dibuat, mana nak cari masa dan berbagai lagi keluhan yang didengari. Semuanya seolah-olah mahu membela diri bahawa ketidakcukupan masa bukan salah kita sendri.
Begitulah manusia. Mahu sahaja mengatakan pihak lain bersalah, atau pihak lain tidak cukup peduli dan berbagai lagi. Saya sendiri mengakui diri saya pun selalu terkantoi dengan fenomena ini. Maka apa yang perlu kita lakukan.
Berbagai cara yang saya alami untuk "memanjangkan" masa.
Mula-mula seorang teman saya mengatakan kita harus ada "check list" dalam mengendali kehidupan atau senarai semak supaya kita tidak lupa. Jika tidak lupa maka kita boleh menjimatkan masa kerana tidak terkial-kial cuba mengingatkan apa lagi yang perlu dilakukan. Jangan ingat kalau kita muda kita tidak perlu check list sebab ingatan masih kuat. Kita perlu........
Setelah ada check list maka mudahlah kita menyenaraikan perkara yang perlu diberi perhatian khusus. Ini boleh mengelakan kita membuat sesuatu yang penting tetapi tidak urgent atau mendesak. Kita harus bijak membezakan perkara apa yang penting dan mendesak dari perkara penting tetapi yang tidak mendesak. Yang penting tetapi tidak mendesak bolehlah kita tangguhkan. Dan kita boleh tangguhkan juga perkara yang tidak penting walaupun mendesak. Selalu sahaja kita dikelirukan dengan cara kita berfikir kerana kita boleh dipengaruhi oleh kata-kata manis seseorang yang pandai mengarah kita membuat perkara yang tidak penting dan tidak mendesak.
Dalam alQuran Allah bersumpah dengan masa. Ini bukti masa itu hak Allah dan kita harus bijak mengurusnya.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Al-'Asr 103:3)
TIME IS THE ONLY COIN IN YOUR LIFE.
IT IS THE ONLY COIN YOU HAVE,
AND ONLY YOU CAN
DETERMINE HOW IT WILL BE SPENT.
BE CAREFUL LEST YOU LET OTHER PEOPLE SPEND IT FOR YOU.
Saya pernah diingatkan oleh seorang teman bahawa
"TIME IS GOD GIVEN".
Kalau masa itu milik Allah, maka saya sekarang yakin bahawa Allah
boleh menganugerah pada kita rupa bentuk masa
dan berapa panjamg masa itu.
Secara logik saya memikirkan bagaimana Ulama' silam yang menulis
berbagai kitab yang kita kagumi dan kita munafaatkan
hingga sekarang dapat menyempurnakan penulisan mereka
dalam umur mereka yang sama
dengan umur umat zaman ini. Dan ketika itu tidak ada teknologi canggih
untuk memudahkan kerja-kerja penulisan dan penyemakan,
termasuk kerja-kerja penyelidikan.
Saya yakin Allah menganugerahkan keistimewaan
pada mereka berasaskan Iman dan Taqwa mereka.
Dengan lain kata, saya yakin Ruh mereka
suci bersih dan tahap keikhlasan mereka amat tinggi yang tidak
dapat kita orang biasa melihat dan mengukurnya.
Kata teman saya check list
yang terpenting dalam pengabdian kita pada Allah ialah
sentiasa memeriksa kekuatan Ruh kita di sisi Allah
yang maha Besar dan maha Tinggi kedudukannya.
Saya ingin bicara setakat ini sahaja kerana apa jua perkara mengenai Ruh,
kita perlu mengaji di hadapan guru yang mursyid kerana
Allah di dalam alQuran berfirman yang bermaksud
Allah memklumkan manusia sedikit sahaja.
Dengan izin dan kehendaknya,
Allah anugerah jalanNya menuju padaNya......
Kita memohon dariNya.
Wallahua'lam.
Semoga Allah menunjuki kita jalan menujuNya dan mendapat
anugerah RahmatNya yang tidak terhingga.
Mohon keampunan Mu....
Aamiin ya Rabb.....
.....
No comments:
Post a Comment